Komplot Roti Canai dan Milo Ais (1)

12:40 AM

"Woi penyangak! Slow la sikit bawak kereta tu. Gua nak beradu ni..." getus aku perlahan namun dalam nada yang agak menekan. Mata aku terus terpejam, kepala pula masih lagi tersandar kemas di kerusi empuk tetapi berbau sedikit hapak akibat beberapa tahun tak di`vacum'. Udara bergerak yang dipanggil angin menyusup masuk dari tingkap penumpang hadapan. Terasa sedikit sejuk tatkala menyapu pipi aku yang semakin cengkung berbanding ketika baru lahir dulu.

"Rilek la Botak, lu duduk je diam-diam. Gua tengah concentrate ni. Babi betul, boleh pulak gua terlajak bangun pagi tadi," Sani cuba menenangkan hati aku yang sedang dalam mode berahi.

Kereta kebal buatan Malaysia keluaran tahun 1993 terus meluncur menghampiri had kelajuan melusuri Jalan Skudai menuju ke arah utara, cuba keluar dari pusat bandaraya. Kadang-kala kereta kebal sedan berwarna coklat muda berada di lorong paling kanan, kadang-kala pula berada di lorong tengah seolah-olah dipandu oleh seorang lelaki yang tiada pedoman hidup. Apabila menjadi penumpang kereta kebal ini, aku agak sukar menganggar kelajuan kerana semua jarum pada meter yang terpapar di papan pemuka langsung tidak berfungsi. Di sini, had kelajuan maksimum adalah 90km/j walau pun struktur permukaan jalannya bertaraf empat bintang lebih-lebih lagi pilihanraya baru saja berlalu.

Wajah Sani selaku ketua kami kelihatan agak tenang mengemudi kereta kebal membelah angin pagi, sambil tangan kanannya tersepit sebatang rokok kretek buatan negara seberang. Rokok underwater katanya. Underwater kepala abah dia. Aku tak pernah nak into dengan taste si buncit katik ni. Di sebelahnya, Din Panjang tak habis-habis menekan-nekan telefon selular buatan China. Aku perasan, sejak meninggalkan rumah pagi tadi, jari-jarinya tak lepas langsung daripada mengetuk-ngetuk mata keypad. Semua orang tau yang Din Panjang adalah seorang yang gila sms. Entah dengan cikaro malang mana yang tengah melayan anak pegawai Special Branch pagi-pagi buta ni pun aku tak tau. Ramai sangat cikaro yang ada dalam simpanan poket dia. Baru hari tu aku ikut dia pergi cyber cafe bukak akaun Friendster semata-mata nak friend dengan sorang cikaro Shah Alam. Bodoh punya kerja, budak muka macam bapuk pun nak jugak.

"Sani, sarap pagi ni macamana? Gua tak minum kat rumah tadi." Ayam yang duduk di sebelah kanan aku mula bersuara. Ayat kedua dia untuk pagi ni. Mengikut bancian rambang aku, hampir semua ayat yang keluar dari mulut Ayam adalah berkaitan dengan makanan atau resipi terbaru. Antara kami, Ayam adalah seorang tukang masak yang paling handal. Sebut je resipi barat atau timur, pasti tidak mendatangkan sebarang masalah padanya. Dua minggu sebelumnya, aku dan Din Panjang baru jemput dia masak kat rumah kami dan lauk ikan pari masak asam pedas Ayam ni memang terbaik. Melihatkan cara dia menyiang ikan pari pun aku dah salut mantul-mantul. Tak sia-sia dia tolong abang dia berniaga kedai makan kat atas bukit berhampiran masjid Kampung Melayu hampir setiap malam. Tetapi walau pun dia pakar dalam masakan Melayu, hidangan sering menjadi pilihannya adalah masakan barat. Mudah katanya.

"Macam biasa la, kat mamak semalam. Dia punya milo betul-betul kaw. Sampai petang pun rasa tak hilang," Sani menjawab.

Ayam menegakkan sedikit badannya ke arah pemandu, "Kat mana? Gua mana kerja semalam. Kan gua tolong mak gua bakar bahulu semalam. Gila babi, penat sial. Orang yang kat Plentong tu order tak nak sikit pulak. Tapi gua steady, takat asap sabut kelapa ni gua tepis pakai bulu mata je. Mak gua kalau buat bahulu memang terbaik. Tak keras sangat, tak lembut sangat, sedang elok je. Lambat expired pulak tu. Gua tau apa rahsia dia. Gula tu kena..."

"Kat Tun Aminah la. Ni port baru. Line clear beb!" cepat-cepat Sani memotong kata-kata Ayam. Mungkin sebagai servis kuda buat mematikan ayat-ayat Ayam yang diketahui bakal mengandungi rahsia masakan milik keturunannya.

"Cantik, gua punya menu macam biasa. Roti bawang garing dengan milo ais." Ayam tangkas membuat pesanan awal.

"Woi, gua macamana? Duit gua tinggal berapa ringgit ni. Lepas beli Winston sepuluh je. Tu pun nak tong-tong dengan Botak. Sani, payungkan gua dulu. Minggu depan gua bayar," tiba-tiba Din Panjang mencelah. Antara kami, Din Panjang adalah ahli komplot yang paling muda sekali. Budak Ampang. Dihantar datang ke Johor Bahru oleh bapanya untuk bekerja di firma milik pakciknya, iaitu bos kami. Supaya dapat timba pengalaman kat tempat orang, kata bapanya. Dan Din Panjang sering manjadi bahan buli kami bertiga.

Kali ni aku pulak yang menegakkan badan ke arah Din Panjang yang duduk di depan aku. Mata merah aku dibulatkan sedikit. "Ah, lu pergi mati cepat sikit. Kalau boleh petang ni lepas siap kerja. Semalam sampai dua keping roti canai lu dah sebat, tapi pakai duit gua jugakl. Rokok tiga batang tak bayar lagi ni. Apa kes?" aku menggegarkan sedikit seat depan tempat rasmi Din Panjang bersemayam setiap kali kami menjadi penumpang di kereta kebal ni dengan harapan konsentrasinya dalam ber`sms' terganggu.

"Kimak, kan gua dah kata dapat gaji kang gua bayar. Adoi la Botak ni," mata Din Panjang masih lagi tak lepas daripada menjadikan skrin telefon selularnya sebagai titik fokus. " Rokok tiga batang pun nak berkira. Kata nak jadi abang ipar".

"Pundek, kalau macam ni punya perangai baik gua pinang anak aci kat tingkat atas tu," aku kembali bersandar pada kerusi hapak kereta kebal. Masa tu aku tau akak sulung dia belum kahwin lagi. Cun macam Maria Farida masa lepas SPM. Cuma hidung kurang mancung sikit je.

"Sani, kat depan tu lu jangan lupa ambik kiri. Kang terlajak pulak nak belok masuk Tun Aminah." Aku memberi arahan yang lebih berupa amaran keras. Pernah sekali dulu si bebal ni buat drift dengan kereta kebal buruk dia ni. Aku rasa masa tu tayar belakang sikit lagi nak gesel kerb jalan kat island simpang tiga ke arah Pontian. Kalau kena sikit, aku rasa memang melambung kereta kebal masa tu jugak. Tak pasal-pasal kami berempat dikebumikan dalam satu liang lahad. Tak ingin aku. Muka macam kepala taik, dalam tanah pun aku tak sudi serumah. Pada kami, si Sani ni kadang-kadang dia punya perangai menonong dah serupa khinzir hutan pun ada. Kalau dah jalan, susah sangat nak usha kiri kanan. Tu yang selalu sangat terlajak dan terlepas simpang.

...bersambung.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.