Gretel dan Hensel

4
6:56 PM
Suatu masa dahulu, dua beradik bernama Gretel dan Hansel tinggal di dalam hutan. Bapa mereka ialah seorang pemotong kayu yang miskin. Ibu tiri mereka seorang yang jahat.

Suatu hari, ibu tiri menghasut suaminya untuk menghalau Gretel dan Hansel disebabkan mereka kini kehabisan wang dan makanan. Dia mengatakan Gretel dan Hansel perlu mencari makanan sendiri di hutan.

Setelah dibawa ke dalam hutan, ibu tiri memberikan sedikit roti kepada mereka dan berpesan. " Tunggu di sini, aku akan kembali." Mereka menunggu tetapi ibu tiri tidak lagi kembali.

Apabila malam tiba, mereka tidur di bawah pokok. Keesokan paginya, mereka memakan roti masing-masing dan cuba mencari jalan pulang. Tetapi, laluan di dalam hutan tebal itu kelihatan serupa. Mereka telah sesat!

Setelah lama berjalan, mereka semakin letih. Tiba-tiba, mereka terlihat sebuah rumah kecil yang dibina daripada kek, biskut dan manisan! Mereka mengopak rumah itu dalam cebisan kecil untuk dimakan. Tiba-tiba, terdengar satu suara. "Siapakah yang sedang menjamah rumahku?"

Itu suara ahli sihir! Ahli sihir menangkap mereka. Dia mengurung Gretel dan Hansel untuk dimasak dan dimakan! Dia menyuruh Gretel memungut kayu api. Dia kemudian menyalakan api di dalam ketuhar.

Setelah api di dalam ketuhar marak hingga cetusan baranya menjulang naik ke serombong, dia segera memanggil Gretel agar membuka kunci kurungan yang membelenggu Hansel. Sebaik terbuka, Gretel dimasukkan ke dalam kurungan itu bagi menggantikan abangnya sementara Hansel yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar akibat suntikan sedatif sebelumnya, dibaringkan di atas lantai. Dalam posisi meniarap, ahli sihir itu mencangkung di atas dada Hansel yang tidak berdaya seraya tersenyum jijik.

"Masanya telah tiba," kata hatinya. Kemudiannya dia mencengkam leher Hansel dan meletakkan mata pisau yang tajam. Sambil menjegilkan mata, dia terus menekan mata pisau tersebut agar terbenam ke leher anak muda itu. Darah memancut beberapa kaki di sekitar membasahi lantai. Selebihnya, berlinang dan bertakung di tempat jasad Hansel. Pada wajahnya, percikan-percikan darah merah Hansel kini mulai meratai dari dahi hingga ke hujung dagu. Gretel yang menyaksikan peristiwa itu dari dalam kurungan segera jatuh terjelupuk ke lantai. Tidak berdaya, dia akhirnya pengsan menatap satu kejadian yang maha dahsyat bagaimana cara abangnya mati dibunuh.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ahli sihir yang tak bernama itu meneruskan kerja-kerja penyembelihan itu hingga tamat. Kini, kepala Hansel yang telah terpisah dari badan diletakkannya di sisi agar memudahkannya memotong anggota-anggota badan yang lain. Kedua-dua belah tangan Hansel dipotong pada bahagian sendi di siku dan bahu dan disusun bertimpa dengan sepasang kaki yang juga telah siap dipotong. Terkulai di sisi, anggota badan itu sebenarnya bukanlah bahagian yang menjadi kegemarannya.

Mata ahli sihir tak bernama itu kini tertumpu di bahagian dada mayat Hansel pula. Dengan tangan tua berkedut seribu, dia tangkas membelah dada Hansel hingga terburai segala isi perutnya. Kedua-dua paru-paru dikeluarkan sebelum dihiris halus manakala sebiji jantung muda yang tidak lagi berdegup di genggam erat-erat dengan tangan kiri. Inilah anggota yang menjadi idamannya, terutama sekali datangnya dari tubuh yang masih muda belia. Sebolehnya pada ketika itu juga dia mahu melahap jantung segar itu.

Setelah semuanya selesai, dia menghumban kesemua anggota yang terpisah itu ke dalam kebuk ketuhar yang telah panas. Siap untuk memanggang daging manusia bernama Hansel kecuali jantung. Padanya, jantung itu akan dilahap begitu sahaja sementara menantikan anggota badan yang lain siap dimasak.

Demikianlah penamat kisah kepada sepasang adik-beradik yang selama ribuan tahun telah disembunyikan dari telinga masyarakat umum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. bro..cmne tau cite ni klu dorg da mati bro??hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...diceritakan oleh waris ahli sihir tu. (terkejut ada komen kat blog part time yang ni, selalu layan blog lagi satu je kalau free)

      Delete
  2. Replies
    1. SaddLone : dongeng kanak2 agak membosankan, saje tambah sos sikit.

      Delete