Kawalan Jauh

0
11:44 AM
Lebih kurang dalam 45 minit aku mengadap monitor, aku pun rasa macam tak boleh blah lagi. Kepala yang dah start pening sebelum aku duduk dalam bilik suram ni makin serius pulak rasanya. Cilakak, ni mesti kes tidur lambat malam tadi.

Terus keluar dari bilik, menuju ruang tamu dengan tv yang masih terpasang. Entah setan mana pulak yang tengok tv ni. Orangnya takde pulak. Membazir. Siapa yang bayar, aku jugak.

Belum sempat bontot aku dilabuhkan kat atas sofa, aku segera menegakkan semula badan. Mata menatap tv. Apasal ntv7 pulak ni. Takl show pulak tu. Takde faedah langsung. Tengok la Jeremy Wade ke, Pawn Star ke, paling koman pun Oh My English versi ulangan kali ke seratus.

Tapi ada satu yang aku kena cari.

Toleh kiri, tak jumpa. Toleh kanan, tak jumpa. Jenguk bawah sofa, lagi la haram jadah takde.

Setengah minit berlalu. Pencarian aku menemui jalan buntu. Sampai ke bilik dan dapur habis aku masuk. Atas katil takde. Sebelah mesin basuh pun takde. Yang ada cuma spender yang baru dua kali pakai je. Tu pun aku gantung balik dengan berat hati. Lusa boleh pakai lagi.

Dengan langkah putus asa, aku kembali ke ruang tamu. Berhenti di hadapan tv dengan hajat untuk berbaring di atas lantai, dalam julat jarak yang boleh dicapai oleh ibu jari kaki aku ke decoder Astro.

Aku tepuk-tepuk sikit bantal yang tersadai atas lantai sejak malam tadi, supaya lebih gebu dan dapat membelai kepala aku dengan lebih enak lagi.

...cilakak, kat sini rupanya remote Astro ni. Toyol mana pulak yang sorok bawah bantal ni!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 nasihat berguna: