Penumpang Sepi

0
7:18 AM
Sepanjang perjalanan dari Plaza Tol Gombak sehingga melewati Tol Bentong, perbualan kami tidak pernah putus. Mungkin kerana ini adalah kali pertama kami keluar menjalankan tugasan luar bersama. Banyak jugak topik perbualan yang kami bincangkan. Ada yang serius, ada yang ringan-ringan. Ada yang berkenaan keluarga, ada jugak yang berkaitan dengan masalah negara.

Antara kami berempat, Shah yang paling kurang bercakap. Tapi, kadang-kala dia pulak yang paling galak ketawa terutama sekali bila salah seorang daripada kami (atau dia sendiri) menjadi bahan lawak.

Beberapa saat sebaik melepasi susur keluar ke pekan Bentong, tiba-tiba Shah terdiam. Matanya tak berkelip langsung dan terpaku ke hadapan. Dia yang duduk di tempat duduk penumpang belakang terus terdiam untuk beberapa minit. Aku yang duduk di sebelah kirinya dah mula semacam. Macam ada yang tak kena.

Ah, sudah... Jangan dia buat hal lagi sudah. Hari belum malam lagi ni. Jam baru pukul enam lebih.

"Apasal ni Shah? Tiba-tiba senyap je." Tegur aku. Ujang dan Azrul yang berada di tempat duduk hadapan masing-masing menoleh ke belakang.

 "Haah. Apasal ni Shah?" Soal Ujang pulak.

"Ada `orang ' tumpang kita..." Jawab Shah ringkas.

Aku meneguk air liur dalam-dalam. Alamak, jangan la wei. Perjalanan ke Kuantan ni jauh lagi. Kecut jugak telur aku kalau ada benda-benda yang tak nampak dengan mata kasar ni. Nak pulak ada ruang antara aku dengan si Shah ni.

"Lelaki ke perempuan?" Eh, si Ujang ni gatal mulut pulak bertanya setelah beberapa minit kami senyap.

"Perempuan." Jawab Shah pendek.

Entah kenapa tiba-tiba bulu roma aku meremang. Tadi masa Shah bagitau pasal `penumpang' ni takde la seram sangat.

Aku beranjak sedikit ke kiri. Rapat ke tingkap. Seolah memberikan ruang kelegaan yang lebih di kanan aku.

"Apasal dia tumpang kereta aku ni? Cuba tanya dia." Cilakak betul Ujang. Dah la tu, jangan lebih-lebih pulak tanya. Karang `dia' ikut sampai Kuantan, naya je. Diam. Shah terdiam tak menjawab. Cuma matanya sahaja yang terkebil-kebil memandang kusyen pemandu di hadapan.

Tak lama kemudian dia kembali menjawab. "Saje suka-suka. Jang, dia tanya nama kau..."

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 nasihat berguna: