Seretan

2
4:54 AM
Tok, tok tok...

Beberapa minit usai aku menunaikan solat maghrib, pintu bilik aku diketuk. Entah siapa agaknya. Tak mungkin kat tempat macam ni ada orang datang nak mintak sedekah kot. Kepala aku ligat memutarkan isinya sambil tangan perkasa aku memulas tombol pintu.

Sebaik daun pintu terkuak beberapa inci, aku dapat melihat seorang wanita yang lebih tua beberapa tahun daripada aku tercegat di laman bilik. Hari yang gelap masih gagal menyembunyikan wajahnya daripada pandangan aku, dek kerana simbahan cahaya dari mentol yang tergantung di koridor.

"Dik, akak nak balik sekarang. Malam ni memang takde siapa kat tempat ni. Cuma nanti dalam pukul 10 ada sorang pak guard datang. Kalau ada apa-apa hal, call nombor yang tadi tu ye." Dia memberitahu aku. Dapat aku lihat hanya tinggal sebuah kereta yang masih berada di hadapan bangunan yang menenpatkan kaunter pendaftaran sana.

"Ha, ok la. Nanti ada apa-apa saya call..." Jawab aku ringkas.

Setelah bercakap seketika dan mengucapkan salam, aku kembali menutup pintu...


******************************

Jam di muka telefon pintar aku menunjukkan lebih kurang pukul 8:15 malam. Sebaik siap berkemas serba sedikit di bilik tadi, kami pun segera keluar untuk mendapatkan makan malam. Lokasi tujuan kami, beberapa buah kedai makan yang terletak bersebelahan dengan jeti memancing di sungai besar sana. Sungai yang memisahkan antara dua negeri. Tempat penginapan aku di negeri sebelah sini, jeti itu pula berada di dalam negeri yang lagi satu. Kedua-duanya dihubungkan dengan sebuah jambatan dua lorong sepanjang beberapa puluh meter.

Sebaik menaiki bukit setelah keluar dari kawasan chalet, aku terdengar seakan ada benda yang tersangkut di bampar hadapan kereta buatan Malaysia aku. Diikuti dengan bunyi berdesing saling bercampur-aduk. Hati aku mula rasa tak sedap. Aku memandang dia yang duduk di sebelah kiri. Begitu dengan dia yang menoleh ke arah aku.

Kami meneruskan perjalanan. Terasa perjalanan merentasi jalan tanah merah pada malam itu terlalu jauh berbanding waktu siangnya. Sepanjang beberapa ratus meter berikutnya, aku tak berani menggunakan lampu tinggi walau pun keadaan di sekeliling kami amat gelap, tanpa bantuan cahaya bulan. Aku takut, kalau aku main suluh sembarangan tak pasal-pasal kami dapat melihat benda yang tak sepatutnya di hadapan sana. Dah la bunyi benda terseret tu tak hilang lagi.

"Bunyi apa tu?" Dia bertanya. Alamak, apasal la mulut dia ni cabul sangat. Jangan tegur boleh tak. Dah la jalan besar sana pun tak nampak lagi. Kiri kanan gelap pulak tu.

"Entah, ada la tu benda tersangkut kot..." Jawab aku ringkas dan semacam tak acuh.

Sebaik melewati sebuah rumah tinggal di sebelah kiri, serta-merta bunyi yang menemani kami sejak tadi hilang. Aku jadi tertanya-tanya tentang ke mana arah hilangnya punca bunyi itu. Tetapi, aku tak berani melihat ke side mirror apatah lagi menoleh ke arah rumah besar itu.

Ah, mungkin benda itu telah `berjaya' melepaskan diri daripada tersangkut di depan bampar kereta buatan Malaysia aku kot. Atau mungkin dia hanya mahu bergurau dengan aku memandangkan itu adalah kali pertama aku ke situ. Tapi takpe, tak payah la aku keluar dari kereta malam-malam macam tu, semata-mata nak tengok benda apa yang menumpang kami.

Rumah tinggal yang aku maksudkan. Aku cuma berani ambik gambar ni waktu siang je, tu pun masa nak balik. Lokasinya terletak di jalan masuk ke Umang-umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. Anonymous17/2/13 23:39

    sorry la kacau entry ni...saya penah gak pegi umang2 nie..balik 2-3 pagi sebab mancing sekitar linggi ni..kat depan rumah x siap tu dan jalan sekitarnya kena la bukak lampu tinggi..ada nampak babi hutan lalu lalang kat situ..kesian dia kena langgar...dia pun makhluk tuhan jugak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun, umang2 chalet tetap terbaik sebab lokasinya...

      Delete