The Last March, Akhirnya...

0
2:14 PM
Dua minggu lepas, aku sekali lagi berpeluang pergi ke Sandakan secara percuma (out station). Dan aku kira, kemungkinan ini adalah kali terakhir aku ke sana memandangkan proses penstrukturan semula organisasi tempat aku bekerja, di mana aku ada harapan diletakkan di jabatan yang bukan teknikal tak lama lagi.

Jadi, mengambil kesempatan yang ke sekian kalinya ini, aku mencuba bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang memang dah lama aku idamkan sangat. Kali terakhir aku ke negeri di bawah bayu ni adalah pada bulan Mei lepas (percutian keluarga). Itu pun sikit punya azab nak cari benda ni. Habis satu shopping complex kat tempat hotel aku menginap tu aku jelajah. Tapi habuk pun tarak. Kalau nak encik kena cari outlet kami di town sana, kata sales assistant kat Harry's tu. Ceh.

Bila sampai je kat Sandakan, aku memang takde tengok benda lain macam seafood, mutiara atau pun lain-lain cenderamata, tapi benda ni jugak yang aku target. Hampir semua tempat sasaran yang aku singgah memang ada benda ni. Jadi, aku tak perlu risau sangat dah. Dan tempat yang memang pasti ada, sebagaimana kali pertama aku tengok naskhah ni adalah kat airport.

Dan, inilah dia...!


Harga dia boleh tahan jugak, makan la jugak minyak kereta buatan Malaysia aku selama tiga minggu. Hajat hati nak beli lagi satu sebab nak hadiahkan kat kawan baik aku, tapi tak jadi sebab budget aku tipis sangat time tu.

Apa pun, aku akan hadam betul-betul naskhah idaman aku ni.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 nasihat berguna: