Janji Temu

0
10:58 AM
Dua tiga hari ni, kepala aku makin kuat pulak rasa gatalnya. Sekejap kat atas, sekejap kat tepi. Lepas tu pulak rasa gatal tu turun ke dahi. Pakai helmet pun rasa tak sedap je. Tu belum lagi bila landing atas kusyen kat ruang tamu, aktiviti menonton Pawn Star terus terganggu. Seolah-olah ada beribu-ribu pijat bersaiz super mikro yang tengah buat kerja-kerja tunnel berdekatan dengan akar rambut aku.

Jadi, petang semalam sebaik keluar dari ofis, aku terus pecut aku punya Honda ke arah yang sebelum ni aku pernah singgah. Niat hati nak singgah satu tempat kat Equine area Seri Kembangan tu. Tapi memandangkan jarum pendek kat jam tangan aku hampir melepasi angka enam, aku terus ambik lajak sikit singgah satu tempat kat Seksyen 1, Kinrara.

Selalunya setiap bulan (biasanya awal bulan), aku akan memenuhi janji temu dengan seorang lelaki berketurunan India. Inilah rutin aku untuk mengelakkan rasa gatal kat kepala ni. Cuma kali ni, rasa gatal tu datang lebih awal daripada yang sepatutnya.

Pagi ni, masa sampai kat tempat kerja, aku rasa rerambut halus kat atas kepala aku dah kembali tumbuh. Mungkin dalam setengah milimeter kot...


Walau apa pun, aku rasa lega untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh empat minggu lagi.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 nasihat berguna: