Klaustrofobia

2
9:24 AM
Katakanlah kau adalah penderita penyakit ini. Mungkin kronik, mungkin tidak tetapi tetap menyulitkan perjalanan seharian.

Seringkali mengelak daripada berada di tempat sempit dan mempunyai ruang yang amat terbatas. Hinggakan kau lebih sanggup mendaki ratusan anak tangga untuk mencapai ke tingkat sepuluh bangunan tinggi.

Lif, kereta kompak, culvert terbiar di taman permainan atau tanah lapang, bawah meja, hatta di dalam tandas awam sekali pun. Semuanya mendatangkan seribu macam ketakutan ghaib yang akhirnya langsung membuatkan titisan-titisan peluh di dahi kau bercantum satu persatu hingga menitik di hujung dagu.

Biarkan. Hadapilah. Kerana satu hari nanti kau dan aku juga akan ditempatkan di dalam satu liang yang sempit beberapa kaki di bawah tanah. Ketika itu, kau tidak punya alasan serta tak mampu lagi untuk mengelak dan mencari jalan lain.

Tutuplah mata. Tenangkan jiwa. Hayatilah kegelapan bungkam ketika kau mengisi ruang sempit yang kau takuti sehari-hari itu. Kerana di dalam kegelapan itu, kau akan menemui satu ruang yang teramat lapang, tanpa horizon!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. takutnya membayangkan 'hari itu'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sebenarnya takut-takut berani je.

      Delete