Skeptis

2
2:08 AM


Berdasarkan apa tercatit pada pelan di atas, pelan ini telah siap dilukis dan disemak untuk pengesahan pada 21 April 1910 oleh beberapa individu yang berlainan. Aku dapat bayangkan pada tahun 1910 tu masih ramai lagi penduduk Tanah Melayu yang tak pernah pun tengok macamana rupa bentuk basikal. Jauh sekali nak menyedut gas carbon monoxide daripa paip ekzos kenderaan bermotor. Masa tu bukanlah satu kejanggalan melihat orang ramai keluar rumah dengan berkaki ayam.

Namun begitu, imej bayangan yang terpapar dalam kepala aku semuanya merupakan imej hitam putih. Lama, dahulu kala, klasik...

Jadi, mengenangkan individu yang menurunkan tanda tangan kat atas dokumen ni mempunyai kuasa dalam bidang mereka tersendiri, dapatlah aku simpulkan bahawa mereka semua ini terdiri daripada orang-orang yang mempunyai profession yang dihormati pada mata masyarakat. Pengarah, penolong pegawai, jurukur atau pun pelukis pelan. Sebabnya bukan calang-calang orang yang mampu melakukan tugas macam mereka pada zaman itu.

Tapi sekarang...

Profession mereka ini selalu je dipandang hina. Entah la. Aku pun tak berapa faham kenapa. Sampaikan ke satu tahap di mana kawan aku yang kerjanya seorang jurukur (lulusan degree tu beb!) pernah dengar seorang makcik warning kat anak dia "ha, lain kali belajar pandai-pandai, jangan jadi macam ni" sambil menjeling ke arah kawan aku. Mentang-mentang la kawan aku tu buat kerja tengah panas, tepi jalan raya, pakai pun selebet... Simpati jugak aku kat kawan aku bila masyarakat pandang hina kerja dia tu.

Aku? Aku cuma pelukis pelan biasa je... Tak kaya, tak miskin. Tapi punyai hati yang cukup untuk memberontak...


Ini namanya batu sempadan. Dulu aku biasa masuk semak samun, redah paya bakau, randuk air busuk separas pinggang dan merangkak atas lumpur semata-mata nak cari benda ni...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. benchmark ..batu sempadan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu sempadan (konkrit). paling legend, yang jenis granit tu. gajah kuis pun tak apa2...

      Delete