Taman Kayangan

0
1:43 PM

Mula-mula tiga, kemudian dua. Sekarang dah tinggal satu je. Maksudnya adalah negeri yang kaki aku belum jejak lagi kat Malaysia ni. Masa dulu, negeri-negeri yang belum pernah aku sampai adalah Sabah, Kelantan dan Perlis. Perlis ni kira belum pernah sampai lagi la walau pun pernah terlajak secara tak sengaja. Lain kali kalau ingat, akan aku ceritakan.

Sejak aku bertugas kat tempat kerja aku sekarang, Sabah adalah antara negeri yang kerap aku kunjungi atas tujuan kerja selain Pahang, menjadikan tinggal dua negeri yang belum pernah aku sampai.

Dua minggu lepas, sebaik selesai urusan keluarga kat Pulau Mutiara, aku mengambil kesempatan untuk singgah (bukan singgah sebenarnya sebab kena gunakan dua kali putaran penuh jarum minit untuk sampai ke destinasi) ke pekan Padang Besar. Bukannya sebab aku ni gila shopping ke apa, tapi cuma nak menurut kehendak salah seorang ahli komplot yang teringin sangat ke bazaar jualan kat sempadan tu. Sebagai seorang yang tak gemar membeli-belah, tak ada apa yang menarik minat pandangan mata rabun jauh aku melainkan masakan dari kedai makan tepi jalan tu yang memang masuk dengan tekak aku. Cara nak basuh tangan pun sedikit istimewa. Cuma disediakan satu jag kecil daripada plastik untuk kita cuci tangan tanpa bekas tadahan. Kalau nak cuci tangan, pergi la ambik jag berisi air tu dan hulur je tangan ke tepi kedai. Simple...

Sepanjang beberapa jam aku berada di negeri terkecil kat Malaysia ni, semacam ada satu aura ketenangan yang menyapu dada aku. Perjalanan pergi tu aku sengaja drive dengan kelajuan sederhana (balik aku henjut sikit sebab nak kejar check-in kat sungai Petani), semata-mata nak menghayati saujana tanaman tebu di kiri dan kanan jalan. Dalam hati aku, patut la tempat ni dinamakan Padang Besar. Memang ada padang yang luas rupanya. Sedang elok la tu.


Dan sekarang, aku dah tahu di mana tempat yang paling sesuai untuk aku menetap kelak bila dah bersara... Aku harap ada sesiapa yang sudi menjualkan tanah kat aku buat aku bercucuk tanam kelak...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 nasihat berguna: