Abon

3
10:24 PM
Walau pun aku ni seorang yang agak sukar untuk ketawa apatah lagi untuk terbahak-bahak apabila menonton rancangan komedi di tv, tapi aku adalah antara pengikut setia Raja Lawak bermula musim kedua (musim pertama rumah aku takde Asstro) sehingga Maharaja Lawak, dan yang terbaru Maharaja Lawak Mega yang masuk musim tahun 2012.

Ada sesuatu yang aku agak senang dengan para pelawak zaman sekarang ni iaitu mereka lebih berani untuk mengambil situasi dan orang-orang sekeliling sebagai bahan lawak. Ada yang menjadi, ada jugak yang macam harom lawaknya. Si Nabil dengan idea-idea simple tapi tersusun, Jozan pulak dengan hasil lawak kreatif dua kepala dan Boboi pulak dengan cara tersendiri ala lawak teaterikal (tak pasti terma ini wujud atau tidak).

Dalam ramai-ramai tu, aku tertarik dengan kumpulan Sepah dan jugak Osbon.

Pada aku Sepah kumpulan lawak yang superb dengan idea sederhana tapi tajam, ditambah pulak mereka ni sering memasukkan unsur simpulan bahasa dalam pengisian mereka. Sesuatu yang jarang (atau malas) dilakukan oleh kebanyakan penghibur zaman sekarang.

Manakala kumpulan Osbon pulak aku cukup tabik dengan Abon yang selalu berpantun dalam persembahan mereka. Yang istimewanya, dia jarang mengucapkan pantun dua kerat seperti kebanyakan pelawak (dan David Teo) yang lain. Tetapi pantun empat kerat yang cukup sempurna sifat dan cirinya seperti yang aku dah naikkan dalam entri terdahulu (blog sebelumnya).

Bukan senang tu beb. Apa pun syabas kepada Abon walau pun dia tak menang kali ni!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

3 comments:

  1. Ms mlm Maharaja Lawak aritu, hati aku tgh marah+sedihkan sesuatu. Smpi mengalir airmata. Smpi aku istighfar byk kali semata nak redakan kemarahan aku dr terus jdk org gile.

    Tapi, Jozan mmg celaka. Lawak diorang tentang Awie bt nangis aku hilang, sedih aku hilang, marah aku hilang. At last, aku gelak tersenguk-sengguk. Terus jiwa aku tenang n sikit ceria.

    Weee~

    ReplyDelete
  2. ketawa penawar duka? ada benarnya kot...

    ReplyDelete
  3. masih kuno..takde astro. tapi nak komen gak..

    saya mmg jenis susah nk terima lawak ni..tapi lawak dalam Hantu Mak Limah tu mmg buat saya ketawa abis.

    ReplyDelete