Angkut

4
10:41 PM
Memang dah lama aku bengang. Rasa tak puas hati yang teramat sangat. Hampir setiap hari sebenarnya terutama sekali bila aku balik kerja dah malam dalam keadaan yang agak letih. Perasaan aku makin sakit bila tengok tong sampah aku tak tertutup, terdedah dalam keadaan yang tak sepatutnya.

Kadang-kala sisa-sisa sampah bertaburan di sekitarnya. Entah kenapa, perkara ini selalu membuat aku rasa tak puas hati dengan kontraktor angkut sampah kat kawasan perumahan aku. Bukan baru sebulan dua, malah sejak aku berpindah ke sini lebih kurang tiga tahun lalu.

Dah la cerewet, banyak cekadak lagi tu. Mereka cuma akan angkut sampah yang terikat atau berbungkus sahaja. Kalau main longgok macam tu je, jangan harap nak dilayan. Rumput kering, ranting kayu atau yang seadik-beradik dengannya jugak tak terkecuali.

Dan sejak akhir-akhir ni, khidmat mereka semakin kurang konsisten. Pernah sekali, sampah kat kawasan aku tak dikutip selama hampir seminggu. Dan paling aku kurang percaya walau pun aku sendiri tengok depan mata, bila mereka melakukan operasi kutipan sampah jam dua pagi! Apa kes???

.
.
.
.
.
.

Namun begitu, beberapa hari yang lepas semua itu segera aku maafkan apabila aku terpandang satu fenomena yang sedikit menjentik hati. Ini yang aku saksikan apabila aku menghabiskan masa `mengepam asap' kat luar rumah petang tu. Dalam keadaan hujan petang yang turun dengan tiba-tiba (ya, aku ponteng kerja time tu), hembusan asap dari lubang hidung dan mulut berbibir munggil aku memang mengasyikkan, sebelum perhatian aku dialihkan kepada mereka...

Baru aku sedar, aku tak pernah berterima kasih terhadap apa yang mereka lakukan selama ni.
Jauh sekali untuk menghargai.
Siapa antara kita yang sanggup melakukan kerja sebegini dalam hujan???

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Aku suka gila entri ko yg ni. Yup. Aku tau, entri ko actually entri sinis. Metafora utk org yg selalu aje rs dia je yg byr income-tax. So, diorang berhak komplen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya aku sinis dengan diri sendiri. (sedikit menyesal)

      Delete
  2. Alamak, maknenya....ini entri naif ko le eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la, sebab aku ni jenis yang berpandangan negatif pada banyak perkara.

      Delete