Bini Baru

9
9:50 AM

Setelah bertahun-tahun engkau memperhambakan diri engkau terhadap aku. Sanggup berhujan dan berpanas bersama-sama setiap hari, meredah perjalan sejauh 70 kilometer, dirasakan kasih sayang dan penjagaan yang engkau berikan pada aku selama ini amat sukar untuk dibalas dengan hanya memandikan engkau dua minggu sekali. Sekali pun tubuh engkau aku belai lembut hingga ke celah-celah tersembunyi dengan kain sutera import dari Monggolia, tetap juga tidak dapat menandingi jasa-jasa engkau selama ini.

Dengan ini aku amat berbangga untuk membiarkan engkau cuma melakukan tugas-tugas ringan sahaja agar bebanan harian yang engkau tanggung tidak lagi menjadikan engkau lebih tua daripada umur sebenar. Tidak perlu lagi menemani aku hingga lewat malam dibasahi hujan ribut yang pastinya melemaskan. Tidak perlu lagi engkau bangun seawal pagi sebelum matahari menampakkan jalur-jalur cahayanya, tidurlah engkau semahunya, lena diselimuti kehangatan mendamaikan.

Selepas ini, aku akan hanya mengajak engkau ke surau, pasar malam dan kedai runcit untuk membeli rokok. Aku terlalu menyayangi engkau sampai mati.


Diucapkan selamat datang kepada ahli baru dalam keluarga kami. Semoga dengan kehadiran engkau, dapat menyerikan lagi suasana yang sudah sedia ceria ini. Diharapkan juga status engkau sebagai bini nombor dua tidak akan menerbitkan rasa cemburu di hati kalangan ahli keluarga yang lainnya. Berbaik-baiklah kalian, supaya hati aku sentiasa tiada kegusaran.

Dan tugas pertama engkau adalah, hantar aku pergi kedai beli gas!


- tokey kedai moto ni pandai cakap jawa pulak, mungkin sebab tu kot aku beli kat kedai dia...
-ya, buat masa ni aku parking betul-betul depan pintu dan berantai walau pun rumah aku berpagar dan bertembok setinggi enam kaki.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

9 comments:

  1. Wah..rezeki moto baru!

    Wes eneng seng nom ojo kelalen kambek seng tuo. :)

    (ntah betul ke tak jawa aku ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu kot. Bukan 'yang tua' kak, tapi 'yang pertama'. Mana boleh lupa.

      Delete
  2. oip..monggolia monggolia sensitip woo.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih monggolia sebab tempat tu masih lagi terpencil, mesti barang2 pun tulen.

      Delete
  3. berlagak tayang bini yang tak ber`aurat' takpe beb... cantik tak? hahahaa!!!

    ReplyDelete
  4. hakhak sayang betul kat bini baru ek..

    ReplyDelete