Kehilangan

4
12:08 PM
Dulu masa semua kecil, budak-budak lagi... Kalau balik kampung mesti riuh. Anak dua orang pun dah kecoh macam bawak satu bas sekolah. Nak kencing la, nak berhenti makan la. Macam-macam perangai.

Kat rumah pun tak nak kalah. Kalau tak bergusti sesama adik-beradik, mak bapak la yang jadi mangsa `keganasan rumah tangga'. Habis barang kena selongkar. Pinggan mangkuk dari dalam kabinet kena keluarkan, disusun atas lantai. Baju-baju dari dalam almari habir bergumpal atas tilam. Yang teruk jadi speaker mesti la emaknya. Dari pagi sampai pagi dengar suara dia je.

Dengan si bapak pun sama je, tak nak kalah. Berebut remote tv. Asyik nak tengok dia punya rancangan je. Lepas kartun, kartun... Lepas Upin & Ipin, tukar tengok Boboiboy pulak. Takde chance langsung bapaknya nak tengok result bola.

Dah penat tengok tv, pantang tengok kita baring. Habis satu badan dipanjatnya. Disuruhnya jadi kuda nak tunggang keliling ruang tamu. Disuruhnya mengaum macam singa dalam zoo. Dan mengekek-ngekek ketawa bila perutnya digeletek.

Tapi...

Bila anak-anak masing-masing dah mula membesar, kita mesti akan rasa sedikit kehilangan. Tiada lagi gangguan semasa memandu. Tiada lagi perebutan anak dengan bapak di depan tv. Tiada lagi dapur yang bersepah.

Si kakak sibuk dengan facebook. Si adik sibuk main-main kat luar dengan kawan. Bila balik kampung, masing-masing pandai buat hal sendiri. Tiada lagi teriakan nak mintak belikan permainan aksi dari kedai Mesra. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, anak-anak lebih suka tidur atau melayan dunia masing-masing di telefon bimbit.

Itulah kehilangan yang dirasakan oleh ibu bapa walau pun anak-anak berada betul-betul di depan mata...

...meminjam sedikit kata-kata Abang Ariff, orang lama kat tempat aku kerja.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Baru nk kata..'anak sm dh bsr2 ya..':-)
    Mmg betul kan..yg kecoh & susah tu yg indah!

    *pegi blog satu lg..dh takleh komen. ni terjah sini pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerita pasal anak orang lain. blog tu dah tak di`update' lagi la.

      Delete
  2. Aku igt, pengalaman ko.

    Err, ada berita baik ke?

    ReplyDelete