Rezeki

6
8:42 AM

Apa makna yang tersurat dan tersirat pada imej yang aku tangkap ni? Sebenarnya tiada sebarang maksud yang mendalam pun.

Benda ni cuma bekas makanan milik tokey bengkel tempat persinggahan aku sekarang. Kisahnya, pagi ni sengaja aku keluar lewat sikit, iaitu tepat jam 8 pagi aku melangkah keluar dari restoran mamak; lepas pekena roti telur, kopi tarik, 3 batang Winston dan bacaan beberapa tajuk laporan was-was daripada Sinar Harian.

Tapi sepanjang perjalanan beberapa minit merentasi hampir 3 kilometer, cuma bengkel ni aje yang dah bukak. Bengkel lain sepanjang jalan ni semua masih lagi belum bukak pintu.

Seingat aku, kalau aku lalu depan bengkel di pukul 7 pagi pun, tetap dah bukak.

Nah, bukan susah pun nak bangun awal dan memulakan hari dengan senyuman ramah, macam apek ni. Rezeki pun mesra je masuk. Sampaikan nak breakfast pun tak sempat.

Terima kasih wahai encik apek...

Published with Blogger-droid v2.0.9

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. makan boleh tangguh..rezeki tak boleh tolak. kan??

    *kemain lagi sarapan, lengkap. ^__^

    ReplyDelete
  2. pakej sarapan lengkap bro. hehe

    ReplyDelete
  3. Ujie : ya betul, setiap rezeki tu kan kurniaan tuhan. mesti usaha nak dapatkan, dan tak boleh menolak.

    ReplyDelete
  4. razik : bekas makanan ni cantik...

    ReplyDelete
  5. "laporan was-was daripada Sinar Harian...!!!"... hehehe

    eh. baca iklan lagi mulia. hahaha

    ReplyDelete
  6. iklan penguat tenaga...

    ReplyDelete