Rokok

4
12:24 PM

Sebentar tadi, dalam kesibukan membikin kerja kat depan monitor ni, sempat jugak aku jengok kat blog listing aku. Tiba-tiba tertengok entri terbaru seorang blogger dikenali ramai tengah posing muka ketat dengan sebatang objek seakan rokok terselit di celah bibir tak munggilnya. Entahkan nak gelak, entahkan nak tercirit... Aku pun tak pasti sebab kelakarnya berada pada tahap yang sukar untuk dijustifikasikan. Hahahahaa! <sambung bawah>

Kat ofis aku, ada beberapa tempat yang jadi port hisap rokok secara tak rasmi. Pertama, tangga iaitu tempat yang menjadi favorite ramai perokok tegar. Sebab boleh `nongkrong' sambil sembang hal-hal dunia. Kedua, kat pantri. Ini favorite spot aku dan beberapa orang lain, terutamanya waktu petang. Yang bestnya, kat sini boleh mengepam sambil pekena teh (atau minuman lain). Ketiga, kat meja sendiri. Kat sini, cuma beberapa orang je yang berani termasuk aku. Itu pun bila aku dah pastikan orang-orang `kuat' dah balik dan line betul-betul clear. <sambung bawah>

Sepatutnya, semua bangunan kat Malaysia ni menyediakan tempat khas untuk orang merokok, terutamanya pejabat kerajaan. Sebab, para perokok ni makin dilarang, makin galak la diorang cari port melepaskan ketagihan. Itu yang berlakunya kebakaran. Bila takde port, mula la buntut rokok yang menyala tu bersepah-sepah kat tempat yang sepatutnya. Aku teringat masa kat Sandakan Airport hari tu. Ruang terminal yang terhad tak jadi penghalang untuk pihak berkenaan menyediakan tempat khas untuk merokok. Walau pun sempit, tapi sekurang-kurangnya dapat la mengawal perangai para perokok ni. <sambung bawah lagi>

Aku nak cadangkan majikan aku buat perkara yang sama, sediakan tempat merokok yang khas. Tapi kali ni lebih ekstrim lagi. Saiz lantai 5'x5' dengan ketinggian ruang kelegaan cuma sejengkal melebihi paras kepala lelaki dewasa, tanpa sebarang sistem pengudaraan. Jadi kepada sesiapa yang tak bawak rokok, masuk lima minit pun dah macam hisap sekotak rokok... Baru la betul!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Heh. Aku setuju. Klu boleh, bia sempit mcm surau kt tmpt keje aku ni. Sekangkang kera. Baru bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops, aku pun pernah terfikir pasal isu surau ni. saiz kecik macam kat shopping complex tu.

      Delete
  2. cdgn dari org yg terlibat, pasti hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la, kalau nak berhenti pun payah sangat. hisap je la sampai berbirat.

      Delete