Bontrot

12
9:32 AM
Dulu, kawasan luar bandar atau sebahagian kawasan sedikit urban kat Johor, budaya ni diamalkan semasa adanya kenduri-kendara di satu-satu tempat. Tetamu yang datang takkan pulang dengan tangan kosong. Masing-masing akan dipastikan pulang dengan makanan, sama seperti apa yang mereka makan ketika majlis. Bukannya `goody bag' macam sekarang. Biasanya majlis perkahwinan.

Kalau tetamu dihidangkan dengan nasi ambeng (sebutan sebenar adalah `ambeng' bukan `ambang'), mereka tetap juga akan membawa pulang makanan ke rumah, untuk dijamu oleh seisi rumah yang tak hadir iaitu baki (bukan baki sebenarnya sebab yang dimakan kat situ sikit je, tapi yang dibawa balik lebih banyak) makanan di dalam dulang tu. Ini adalah tradisi masyarakat jawa.

Benda ni kebiasannya disebut sebagai `berkat'. Selalu benar kita dengar kita tegur orang yang balik dari kenduri dengan soalan "dapat berkat apa?" atau "dapat berkat tak?". Aku tak pasti kenapa benda ni dinamakan sebagai berkat. Mungkin sebagai (1) simbol kepada keberkatan yang tuan rumah perolehi dengan memberi sedekah makanan kepada orang ramai atau (2) boleh juga dikatakan berkat (hadiah) yang diperolehi oleh tetamu yang tak dapat datang. Entah, tak terfikir pulak aku nak tanya siapa-siapa sebelum ni.

Hari Ahad lepas, aku ada memenuhi undangan majlis perkahwinan kat Sungai Panjang (dalam daerah Sungai Besar). Kawasan kampung, orang kampung, tuan rumahnya pulak adalah orang banjar (bapa pengantin) dan orang minang (mak tiri pengantin). Dan sebelum pulang, aku dibekalkan dengan berkat untuk dibawa balik.


Sebenarnya, benda ni kalau orang jawa mereka panggil `bontrot'...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. bapak aku jawa..tapi aku tak pandai jawa..so kitorang mmg guna berkat je.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. bontrot ni saya tau lps kawin dgn suami org BP, walau sama2 jawa..tapi dlm family saya panggil 'berkat' je.

    lama dah tak dpt berkat, rindu la pulak!

    ReplyDelete
  3. terkejut aku dengar. baru aku tau namanya bontrot bro.

    ReplyDelete
  4. Bontrot??
    Lucu je bunyinya...:-)

    ReplyDelete
  5. Rai : bapak aku juga 100% jawa, tapi aku ni langsung takde skill jawa...

    ReplyDelete
  6. Ujie : budaya bagi berkat ni aku tak nampak langsung kat sini. kat kampung pun dah kurang...

    ReplyDelete
  7. Razik : sebutan huruf O tu bukan macam sebutan huruf O dalam perkatan `botol', seolah macam huruf E dalam perkataan `kereta"...

    ReplyDelete
  8. diana : haha, kebanyakan perkataan jawa memang lawak bunyinya kalau tak biasa dengar...

    ReplyDelete
  9. Area kg halaman hamba tu.. Aku jawa yg belum murtad.. Masih menggunakan bontrot...

    ReplyDelete
  10. Khai : rilek bro, pelihara baik2. jangan hilang pedoman...

    ReplyDelete
  11. brontrot= bekalan makanan

    Bojrot brontrot tey mau..sangkeng abot banget.

    Hehe

    ReplyDelete
  12. Tirana : kue wong jowo opo?

    ReplyDelete