Dinding

10
10:37 PM
(gambar sebenar, bukan curi dari Google)

Ini adalah gambar yang aku snap beberapa hari lepas. Sebenarnya ini bukan dinding luar barisan belakang kedai mamak, bukan jugak tiang column di bawah jejambat sekitar KL, jauh sekali nak mengatakan bahawa ini adalah sebahagian besar runtuhan sebuah bangunan lama yang menjadi mangsa vandal.

Tapi ini adalah sebahagain kecil daripada salah satu dinding panel di dalam rumah. Tu dia, dalam rumah! Bukan luar rumah. Tak cukup dengan kesan tampalan poster yang mengakibatkan cat terkopek, ditambah pulak dengan tampalan huruf-huruf ABC yang tak cukup sifat. Itu kira ok lagi. Tambah menyakitkan mata kepala, terdapatnya kesan contengan dari hujung kanan sampai la ke hujung sebelah kiri setinggi paras pinggang lelaki kacak macam aku.

Bila aku tanya, "kenapa dibiarkan budak-budak tu conteng sana-sini, lepas tu kau tak marah ke?" dan jugak "kau tak nak cat balik ke, sayang la sebab dulu pakai cat mahal yang jenis limited color".

Tapi dia jawab selamba... "Aku memang sengaja biarkan ada satu tempat untuk budak-budak tu berkarya. Dari mata kasar kita, ini cuma contengan biasa budak-budak kecik je. Tapi ada sorang psikiatris kanak-kanak bagitau aku yang diorang ni sebenarnya sedang berimaginasi, sedang mencipta sesuatu, mengolah kepada sesuatu yang cuma mereka je faham dan jugak sedang mengasah daya kreativiti. Biarkan je la, lagi pun aku dah khaskan dinding tu untuk diorang buat sesuka hati..."

Iye la tu, aku hampir setuju dengan pendapat psikiatris tak bertauliah yang tak pernah masuk tv tu. Apa pun, kalau nak cat rumah raya tahun depan, jangan lupa panggil aku sekali. Dan kepada budak-budak tu, aku harap mereka tak mensia-siakan peluang mengasah bakat dari usia yang muda lagi...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. yg ckp takkisah tu,owner rumah tu ke..? hehe..biasala budak2 nk mbesar,asal ada pensel mulala nk ber'karya'..hihi

    ReplyDelete
  2. Mcm mengasah bakat jdk vandal je. Hehehe. Tp bg aku, nak asah atas kertas pun boleh. Mmm...

    ReplyDelete
  3. 4feet8 : ya, owner rumah tu. harap dah besar jadi seniman...

    ReplyDelete
  4. mf : kalau boleh jangan jadi vandal, jadi artis graffiti. bidang yang sering dipandang serong...

    ReplyDelete
  5. Semua budak2 masa kecik memang suka menjadikan dinding rumah sbg Balai Seni Lukis. Rumah JR pun mcm tu juga. Yg paling menghangatkan hati pernah kereta yg baru tak sampai seminggu dibeli juga menjadi tempat mereka mengasah bakat seni mereka. Tapi apa nak buat...memang dah nama pun budak2...Hingga bila dah masuk sekolah rendah baru bakat itu hilang perlahan2.

    ReplyDelete
  6. Bg saya, sebaiknya ajar conteng kat kertas..utk didik bezakn mana boleh & mana tidak.

    ReplyDelete
  7. Jay Ar : nah, sadis jugak kes ni bila kereta baru pun jadi mangsa...

    ReplyDelete
  8. Ujie : dah ajukan soalan yang sama. tapi jawapannya, tak begitu berjaya bila rumah jadi makin bersepah dengan cebisan kertas. jadi bila guna dinding, lebih terkawal...

    ReplyDelete
  9. kalau nak asah bakat pun kena juga bg didikan yg betul...

    ReplyDelete
  10. Khai : mungkin betul pada pandangan dia kot...

    ReplyDelete