Dua Menara

8
1:09 PM
Dua minggu lalu, hari Sabtu dan Ahad jasad dan minda aku memang takde kat sini tapi dah dilencongkan ke negeri kelahiran aku, atas tujuan memenuhi undangan majlis perkahwinan di sana. Tapi, petang sebelum hari kejadian tu sempat jugak aku pusing-pusing sekitar bandaraya Johor Bahru buat seketika. Tak banyak tempat yang mengujakan, memandangkan Danga Bay pun taklah semeriah macam mula-mula dulu.

Cuma, ada dua tempat yang mendatangkan kerinduan aku pada kehidupan masa lalu. Semuanya berlaku di sini. Dating dengan awek lama (damn!), lepak dengan kawan-kawan, buat kerja luar, buang duit yang tak berapa nak ada dan macam-macam lagi.

**************************************************

Kali ini, imej yang aku cuba fokuskan adalah dua menara yang menjadi mercu tanda kat situ.

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Terletak di atas bukit mengadap Selat Johor, aku pernah bermalam kat dalam masjid ni dan jugak menjadi masjid pilihan aku kalau aku ada urusan luar pada hari Jumaat. Aku pernah terbaca artikel, senibina masjid ni diiktiraf sebagai antara yang tercantik di Malaysia.

Gambar-gambar lain...







**************************************************

Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

Menjadi ikon ketika Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya. Antara acara yang kerap diadakan kat sini (dulu) adalah Karnival Jom Heboh, cis! Kat sini, perniagaan steamboat masih lagi berjalan seperti biasa macam dulu. Cuma kali ni aku tak nampak lagi brader `jaga parking' yang bertugas dengan upah minima sebatang rokok. Mungkin juga hari masih terlalu awal.

Abaikan waktu yang tertera atas muka jam besar tu, semuanya tak betul! Masa tu jam aku baru menunjukkan pukul 6:45 petang. Perhatikan imej bulan di bahagian atas kanan gambar, awal pulak dia masuk kerja.

Gambar-gambar lain...






About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. insyallah nanti aku akan pergi ke dua-dua menara ini...

    ReplyDelete
  2. suka tengok bulan tu...skrg ni siang2 dah nampak bulan kan.

    pernah beberapa kali solat kat masjid abu bakar, suka dgn senibina lamanya. Lagi satu suka tengok pemandangan sekitar JB dari tingkap masjid. Boleh nampak mcm2, kedudukan masjid tu tinggi.

    ReplyDelete
  3. walaupun pernah sampai johor..
    xpernah sampai sini lagi..
    harap berpeluang nnti..
    ehehehe

    ReplyDelete
  4. Khaifaiz : jangan lupa pekena steamboat...

    ReplyDelete
  5. Ujie: memang strategik. apa yang baik tentang lokasi tepi laut, pembangunan tak tertumpu ke situ lagi...

    ReplyDelete
  6. mie : jangan lupa, masjid tu sebelah je dengan zoo. boleh sambil2...

    ReplyDelete
  7. Tiba-tiba, aku rindu JB....mmmm...

    ReplyDelete
  8. aku juga. tempat jatuh tersembam dan bangun...

    ReplyDelete