"Friend of my friend" di Legoland

15
12:09 AM
Sejak awal pembukaannya secara rasmi beberapa bulan lepas, tak pernah terlintas dalam kepala botak kacak aku nak menjejakkan kaki ke tempat ni. Makin aku kutuk lagi ada. Bagi aku, tempat yang mengenakan bayaran hingga boleh dihitung dalam kiraan ratus bukanlah untuk aku. Aku yang tak berapa banyak duit dalam akaun bank. Aku yang tak berapa nak up-to-date dalam perkembangan dunia sosial. Dan aku yang tak berapa gemar berada di tengah-tengah orang ramai...

Pun begitu, demi menurut pujukan dan muncungan bibir seorang perempuan bernama Adele, aku terpaksa mengalah lantas menyemak berepa baki duit yang ada dalam akaun secara online. Mujur, rezeki Adele ada dalam bentuk kegembiraan di taman tema yang pertama di Asia ni. Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Pada mulanya, aku dapati tak ada sesuatu yang boleh dikatakan istimewanya tentang tempat ni. Apa yang ada cuma beberapa jenis permainan yang dibahagikan kepada beberapa zon seperti Lego Kingdoms, Land of Adventure, Miniland dan Lego City. Semuanya seperti dijangka dipenuhi dengan permainan macam dalam taman tema lain. Ada kereta lumba Nissan untuk budak-budak, ada permainan roller coaster untuk mak dan bapak budak, ada Legoland Express iaitu kenderaan untuk mereka yang malas berjalan tapi terpaksa beratur hampir sejam untuk 20 minit perjalanan, ada kedai `cederahati' yang menjual topi berjenama Lego berharga RM59.90 dan jugak gerai menjual popsorn berharga RM10! Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Cuma ada satu ciri penting yang menjadikan Legoland ini adalah Legoland, iaitu kebanyakan permainan dan binaan bangunan di sini diperbuat (atau sekurang-kurang kelihatan seperti diperbuat) daripada bongkah-bongkah kecil dan besar permainan Lego. Bab yang satu ni memang aku terpegun sangat hinggakan aku berlegar-legar di Miniland beberapa kali untuk merakamkan gambar statik dan video bandaraya miniatur ni dari dekat. Bukan itu je, kenderaan-kenderaan kecil di celah-celah bangunan, komuter yang menjalar sepanjang Miniland, kipas kapalterbang di lapangan terbang mini, kapal dagang dan kren di pelabuhan, semuanya bergerak! Menjadikan dunia miniatur ini seolah-olah hidup. Tak lupa jugak, terdapat satu konsert mini yang sedang berlangsung di Dataran Bandaraya kecil ni.

Tu dia Dataran Bandaraya, memang macam real seh! 

Yang ni pulak Masjid Sultan  Abu Bakar, terus mengingatkan aku pada entri aku yang ni.

Tapi, satu-satunya binaan miniatur yang buat aku terpegun adalah ini, Menara Berkembar Petronas (KLCC).Setinggi lebih kurang dua kali ganda aku, terasa macam badan aku tiba-tiba membesar macam godzilla jantan berkepala botak pulak. Sangat terperinci buatannya. Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Tu dia, kalau aku update status dalam facebook aku gunakan gambar ni dan bagitau jejantas udara tertinggi dunia ni bakal runtuh sebab kegagalan salah satu struktur penyokongnya, mesti ramai yang panik.

Malangnya, cuma itu sahaja yang membuatkan aku teruja sepanjang berada di tanah Lego ni. Sebelum tu, aku terpaksa beratur lebih sejam semata-mana nak menaiki roller coaster termasuk menunggu sehingga masalah teknikal dapat diorang atasi. Tapi tak sampai seminit aku dapat main benda ni. Ditambah dengan cuaca terik, walau pun langit berawan dan awal pagi sebelumnya bumi sekitar Johor Bahru dibasahi hujan, ketiak aku betul-betul basah...

Sebelum tu...

Ketika kami menunggu urusan tiket diselesaikan oleh `friend of my friend' di pintu masuk, kami sempat jugak dihiburkan oleh seorang artis muda. Aku panggil dia ni artis sebab kerjanya kat situ adalah menghasilkan objek-objek seni dengan hanya menggunakan sepuluh jari tangan sahaja. Jangankan budak-budak, orang tua pun dia layan jugak. Mintak je la bentuk apa pun, dia akan cuba buatkan...

Kau tak perlu memiliki wajah penyanyi Kpop atau bersuara Justin Bieber untuk aku gelarkan artis, cukup sekadar menghasilkan sesuatu supaya ada orang lain terhibur.

Sebelum tu...

Aku ada jugak merakamkan beberapa aksi pengunjung di luar pintu masuk Legoland ni. Ada yang bermata sepet dengan bahasa Jepun mereka, ada awek cantik bertudung dan badan dibaluti t-shirt ketat, ada kanak-kanak berlari-lari sekeliling tiang pintu gerbang... Semuanya datang ke sini dengan berbekalkan hati yang gembira sambil melupakan harga tiket yang sebenarnya. Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Nampak tu, si kerdil ni tak pernah mengadu penat berdiri lama-lama atas pintu gerbang ni walau pun tak pernah diberikan bayaran setimpal. Tetap setia menyambut semua orang yang datang.

"Aku dah pergi Legoland, korang hado?" Damn, tiba-tiba aku rasa benci pada diri sendiri bila keluarkan ayat bapak berlagak macam ni.

Sebelum tu lagi, aku tiba kat situ lebih kurang pukul 10:30 pagi. Aku menjangkakan tempat ni masih lagi tak dipenuhi dengan manusia-manusia gila dari serata tempat, tapi tekaan aku silap apabila dari jauh aku dapat tengok ratusan manusia tengah beratus dalam barisan yang berliku-liku menuju ke kaunter tiket. Aku tertonggok kat depan kaunter tu bukan sebab nak beli tiket, tapi masa tu aku sedang melayani perasaan kaget dengan apa yang berlaku. Soalan pertama aku kepada Adele adalah, "Apasal ni, sultan nak bagi duit raya ke?"

Gila, ini betul-betul gila...

Ohya, sebenarnya harga untuk bayaran basuk bagi orang dewasa adalah RM140 sahaja. Diulangi, RM140 sahaja! Tetapi sebenarnya aku dan Adele separuh bertuah hari tu sebab `friend of my friend' yang aku maksudkan adalah salah seorang pekerja di situ. Jadi dapatlah kami masuk situ berlagak macam orang kaya dengan separuh harga iaitu RM70 seorang. Pun begitu, tangan aku tetap menggigil seram sejuk masa menghulurkan not RM140 (untuk dua orang) kepada `friend of my friend' tu...

Dan khabarnya, harga sebenar tiket ni akan dinaikkan dua kali ganda tahun depan apabila taman tema air kat dalam tu siap sepenuhnya. Pergh...!!! Memang sah tanah Lego itu bukan untuk orang tak kaya macam aku...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. Tak mampu nak ke situ.. Tak sedarjat dgn poket aku.. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. tempat org kaya bertambah kaya..hehe..

    ReplyDelete
  3. saya pun sampai skrg blm ada keinginan lagi.
    Kalau dah teringin, mahal pun buat tutup mata je kot.

    ReplyDelete
  4. Huh! Ko show off sbb dpt half price. Tiba-tiba aku rs mencik!

    Bak mai no. tepon kawan ko.

    ReplyDelete
  5. aku? tunggu aku mampu sewa rumah kat bumbung klcc baru aku pegi kot.. eh ada ke? hahaha..

    ReplyDelete
  6. Seram bulu tengkuk bila dengar harga tiket RM140...bayangkan org yg ada anak 6 mcm JR, isteri lagi..RM140x8=RM1,120....demam..demam..

    ReplyDelete
  7. Seram bulu tengkuk bila dengar harga tiket RM140...bayangkan org yg ada anak 6 mcm JR, isteri lagi..RM140x8=RM1,120....demam..demam..

    ReplyDelete
  8. Khai : samo la den. separuh harga pun berpeluh tapak tangan...

    ReplyDelete
  9. 4feet* : tapi aku buat2 kaya je kat sana...

    ReplyDelete
  10. Ujia : kalau hati dah suka...

    ReplyDelete
  11. fara : amacam, jelas tak? hahahaa...

    ReplyDelete
  12. Jay Ar : rm140 tu normal price untuk dewasa. tapi kalau orang yang jenis penggila theme park, itu semua takde hal...

    ReplyDelete
  13. Rai : kau jangan, silap haribulan ada pulak yang buat penthouse kat atas klcc tu...

    ReplyDelete
  14. doakan tirana aduka leh sampai situ

    ReplyDelete
  15. Tirana : ok, takde hal. moga kawan2 semua dapat pergi jugak...

    ReplyDelete