Hantu Kopek

10
11:44 AM
Pertengahan tahun 1980-an dulu...

"Balik cepat, dah maghrib ni!" Jerit mak aku dari depan pagar rumah teres kos rendah ke arah aku yang masih lagi tak sudah-sudah bermain. Aku, Zali, Akab dan Iwan memang suka main kat tebing yang menjadi pemisah antara kawasan kejiranan kami dengan kawasan berpaya sana. Tebing itu lebih tinggi beberapa kaki daripada aras paya bertakung air itu.

"Nanti la kejap, orang nak main lagi ni," balas aku entahkan sampai entahkan tidak ke cuping telinga mak aku. Sekilas pandang, rambut mak aku dah mengerbang macam watak hantu sundel bolong dalam filem Indonesia yang jadi kegilaan pada masa tu.

"Cepat balik! Sekarang jugak. Nanti kena sorok dengan hantu kopek baru tau!" Jerkah mak aku cuba menakut-nakutkan kami.

Sebaik mendengarkan amaran mak aku tu, Iwan bertanya kepada kami, "kalau hantu kopek tu macam Raja Ema, korang balik la dulu. Aku nak tinggal..."

Haramjadah, nak makan sorang nampak!!!

*baru lepas tonton filem Afdlin Shauki yang macam harrom...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. rezeki Jgn ditolak... Huhu

    ReplyDelete
  2. zaman skrg dah tak payah ugut2 gitu, dah mmg budak2 tak keluar rumah asik ngadap skrin.

    ReplyDelete
  3. Kalu mcm raja emma, aku pun nak stay gak

    ReplyDelete
  4. Zaman 80an hantu kopek Raja Emma..Kalau zaman skarang hantu kopek sape agaknya....

    ReplyDelete
  5. the malay male : rezeki jangan tolak, hantu jangan cari...

    ReplyDelete
  6. Ujie : semua benda kat luar senang2 masuk dalam rumah...

    ReplyDelete
  7. Khai : kalau sorok lepas tu pulangkan takpe jugak...

    ReplyDelete
  8. Jay Ar : entah la, sekarang dah ramai sangat perempuan 'menonjol' kat tv...

    ReplyDelete
  9. Thn 80an, korang dah bercerita psl Raja Ema? Mst ko da tua kan?

    ReplyDelete
  10. ya, tua sampai rambut pun takde...

    ReplyDelete