Kawan Kepada Kawan

6
12:31 PM
"Bro, lu ada tak nombor mana-mana tow truck. Atau kawan-kawan lu ke. Bos gua punya kereta tersangkut la. Nak tunggu callman, mau koyak kena ketuk."
"Tunggu jap, gua selongkar dulu phone book ni. Nanti gua call balik."

"Bro, ada tak kenal mana-mana lawyer yang baik hati. Kira boleh kawtim punya. Gua buat loan rumah ni, nak appoint lawyer sendiri, senang sikit."
"Orait bro, gua nak check dulu. Nanti gua call balik."

"Bro, gua tengah cari orang yang boleh quote harga la. Nak extend gua punya dapur. Semua yang gua tanya nak makan belas-belas riban pulak."
"Small matter, ada ramai. Nanti gua call balik, bagi yang paling tak mahal."

"Bro, ada siapa-siapa nak angkat Kancil 660 lampu bulat tak? Kawan gua nak tolak ni. Starting harga 4 ribu boleh nego lagi. Dia nak duit cepat."
"Ha, gua rasa macam ada kot. Nanti gua tanya."

.
.
.
.
.
.

Dalam hidup, kita tak boleh cuma bergantung harap pada orang-orang tertentu je. Sebab, sudah pasti satu hari nanti kita akan memerlukan bantuan daripada orang-orang yang berlainan bidang kepakaran.

Mujur salah seorang kawan aku yang sedikit itu adalah bekas rakan sekolah dulu serta seorang ejen insurans yang berjaya. Berjaya kerana pergi melancong ke luar negara beberapa kali dalam setahun dan mampu memiliki rumah berharga lebih setengah juta ringgit.

Kelebihannya pada aku, dia mempunyai ramai orang yang dikenali sebagai `friend of my friend' yang nyata amat berguna...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. begitulah pentingnya ada kwn..atas kwn ni.

    saya pun penah alami situasi sukar, akhirnya selesai dgn bantuan kwn..juga kwn kpd kwn tadi. Ntah camne kalau takde mereka..

    ReplyDelete
  2. yang penting, kepercayaan. sebab takut dengan kawan yang makan kawan...

    ReplyDelete
  3. orang lelaki banyak ada kawan atas kawan mcm ni.. laki aku pun mcm tu.. aku rasa aku payah sikit nak jumpa.. bukan tak ada..tapi kurang.. nape eh..

    ReplyDelete
  4. mungkin sebab faktor latarbelakang pekerjaan atau tempat belajar kot...

    ReplyDelete
  5. Itulah gunanya kawan...

    ReplyDelete
  6. Khai : apa guna kawan, kita bagi dia susah sikit je...

    ReplyDelete