Kertas Ujian

12
3:55 AM
Sebenarnya, aku memang dah lama tak memaki dan mencarut terutamanya dalam blog yang baru ni. Kalau dulu, hampir setiap hari aku akan `compile'kan kata carutan yang terbuku ke dalam bakul sampah sampai melimpah-limpah, membuak-buak... Terlalu banyak yang aku tak puas hati, terlalu berderet perkara yang buat aku panas hati, semuanya berulang-ulang.

Kadang-kala je aku akan memberikan kata-kata pujian (ikhlas, bukan bodek membabi buta) pada perkara atau orang yang aku rasa patut diberi penghargaan. Dan, aku mahu kekal `bersih' dalam blog ni.

Tapi, sepanjang hari kita celikkan mata bermula dari kita bangun tidur sampai la kita kembali melelapkan mata (atau mati sempat mengucap), sesekali kita akan didatangkan dengan ujian yang bukan dalam bentuk peperiksaan bulanan atas kertas. Syukur, Tuhan masih lagi sudi memberikan ujian yang tak seberapa ni menandakan dia tak terlepas pandang akan kita, supaya akan ada sesuatu untuk dicatitkan pada kemudian hari...

*Berderau darah aku bila tahu ipar aku nyaris kemalangan dengan sebuah kereta gila awal-awal subuh tadi, masa dia memboncengkan bini dan anak dia yang umur setahun lebih atas moto... Nasib kau baik wahai pemandu budiman, aku dah malas nak memaki...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. tula sebabnya dah tak menulis kat blog satu lagi tu ya..

    *saya pun kdg 'terlepas kata' gak kalau berdepan dgn pemandu2 gila ni.

    ReplyDelete
  2. Terlepas kata, kena cepat2 mengucap dan beristighfar...

    ReplyDelete
  3. Biasanya org yg suka mencarut dan memaki dlm blog adalah manusia budiman yg tak pernah mencarut dan memaki org secara face to face. Spt juga org yg suka cakap nak kawin 2, 3 dan 4 tak pernah melakukannya sebab yg melakukannya ialah mereka yg tak pernah bercakap apa2...

    ReplyDelete
  4. encik suami aku hari2 nak terbabas.. tau je la driver kat selangor-kl ni.. etika memandu tah ke mana mana.. aku duk sebelah yg takde lesen pun boleh jadi stress..

    ReplyDelete
  5. Tadi, aku nyaris nak maki hamun rider yg menyusup-sasap celah2 kete termasuk harimau kumbang aku. Padahal, federal highway ade laluan utk motosikal. Klu eksiden, nak claim insuran pun tak ley! Plg2 pun die mati tp takkan aku nak doakan die mati, ye tak?

    Aku bygkan ipar ko tu, kami sekeluarga yg nek moto. Aduhai! Bahaya!

    ReplyDelete
  6. Ujie : yang jenis sngkat tangan tu, sejuk sikit hati ni...

    ReplyDelete
  7. Khai : tu kalau teringat la. almaklum, hati tengah marah...

    ReplyDelete
  8. Jay Ar : haha, baru petang tadi keluar topik `madu' dalam group whatsapp...

    ReplyDelete
  9. Rai : orang sebelah tolong tenangkan keadaan. urutkan dada encik suami tu...

    ReplyDelete
  10. mf : aku tak salahkan 100% sama ada kat rider atau driver. masing2 ada ego bila atas jalan. yang kecik berlagak berani, mencelah sana sini, last2 terselit celah tayar. yang besar pulak tunjuk besar kepala, macam orang lain tak wujud. kita yang budiman ni la (eh?) kena banyak bersabar...

    ReplyDelete
  11. Tirana : namanya suara-suara dinding...

    ReplyDelete