Pandai Jaga Suami

10
2:01 PM
Selalu kita dengar orang akan kata macam ni, "wah, dah gemuk kau sekarang, pandai bini kau jaga" atau "dah berisi laki kau sekarang, pandai kau jaga". Tak pernah dengar? Besar punya tipu!

Mungkin mereka yang cakap macam tu berpendapat bahawa, lelaki yang meningkat berat badannya berbanding sebelum berkahwin disebabkan isteri yang pandai menjaga serba-serbi keperluan suami. Daripada makanan yang sedap-sedap, pakaian yang sempurna penjagaannya iaitu tiap-tiap pagi siap digosok sebelum kerja atau pun rumah yang bersih licin macam pipi Anita Sawarak.

Bolehkah dipanggil isteri mithali macam tu? Mungkin ya, mungkin tidak...

Pada pendapat aku : seorang isteri tu akan dikira pandai jaga suami kalau dia dapat mengekalkan tahap kesihatan suami sama macam masa dia belum kahwin dulu (atau lebih baik lagi). Bukan diukur pada berat badan semata-mata. Kalau berat badan naik mencanak daripada saiz cacing kerawit jadi macam anaconda tapi lepas 20 tahun bermacam jenis penyakit datang hinggap, pun tak guna jugak. Nak bangga apa kalau tiap-tiap minggu temankan suami pergi buat check-up darah tinggi atau kencing manis akibat makan tak berpada-pada.

Aku rasa, persepsi itu la yang perlu diperbetulkan. Tapi kalau dah semulajadi bila kahwin badan terus naik, aku anggap itu satu bonus. Isteri mana tak gembira tengok suami chubby, sama macam lelaki-lelaki yang dapat isteri gebu...

*aku minta maaf kalau ada yang berkecil hati, ini adalah pendapat peribadi...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Biasalah lepas kawin berat badan meningkat. Makan baik punya, kurang masa utk bersenam, hati ceria selalu...apa lagi, lemak melimpah ruahlah terutama perut....

    ReplyDelete
  2. Yess! Perut kenyang, hati girang, dada lapang, badan pun kembang. Itu yang sepatutnya. Perkahwinan mendatangkan kebahagiaan...

    ReplyDelete
  3. saya sependapat dgn SM.
    Lagi pun sbnrnya faktor hormon yg jadikan kita mudah berisi. Bila kawin, maksudnya umur meningkat..tu yg sng boroi, gemuk. Kerja pulak depan komputer je..lagilah.

    ReplyDelete
  4. hehehehe
    Yg penting sihat!

    ReplyDelete
  5. Ujie : masih tercari2 formula naikkan berat badan cara semulajadi ni...

    ReplyDelete
  6. Tirana : yes, sihat luar dalam...

    ReplyDelete
  7. tapi kesian juga kat abg bila kakak ipar sekat dia minum air manis..hihi..(sbb kandungan gula dlm darahnya tinggi)

    ReplyDelete
  8. 4feet8 : tu tandanya kakak betul-betul sayang. harap abang faham dan bersabar...

    ReplyDelete
  9. ada sorang pakcik puji aku pandai jaga suami bila husband aku turun berat badan..tapi skang berat dia da naik balik..pening aku.. aku jugak yg tak naik naik..hahaha..

    ReplyDelete
  10. haha! setakat naik berat je tapi kekal sihat luar dalam, pun dikira pandai jaga jugak...

    ReplyDelete