Pemberontakan Radio

10
12:30 AM
Secara jujurnya, sebahagian besar diri aku ni didisplinkan oleh cikgu-cikgu (warden) ketika aku menghabiskan masa selama dua tahun di sekolah teknik. Nak bangun pagi dengar bunyi siren, nak turun sarapan dengar bunyi siren, nak pergi sekolah kena buat row call lepas dengar bunyi siren, nak pergi main kat padang pun dengar bunyi siren. Pendek kata, aku ni dah macam ahli bomba pelatih yang katilnya letak betul-betul sebelah siren.

Tapi tu cuma sekejap je. Bila aku dah menjawat jawatan senior, barulah semua tu ada sedikit kelonggaran. Bila tiba waktu makan (kalau malas nak turun), aku cuma jerit ke bawah "wei, ambikkan aku nasi" kat budak-budak junior yang tengah beratur. Kebetulan, dorm aku sepanjang dua tahun tu tak berubah, terletak betul-betul kat atas dewan makan.

Bila petang-petang waktu padang, aku lebih suka membuta dalam bilik. Beberapa jam melepasi waktu tengah malam, aku masih lagi tak tidur dan melepak dalam dewan prep. Bila orang lain semua dah tidur termasuk brader jaga dapur kantin, aku pulak tengah berusaha panjat pagar nak keluar tengok tengok wayang kat Leisure Mall. Selagi tak kantoi dengan cikgu, kawasan asrama itu adalah hak milik kami bersama. Sampaikan aku pernah berkomplot dengan dua lagi geng bawak lari tv dari dewan makan ke dalam bilik semata-mata nak layan World Cup, tengah-tengah malam buta. Ternyata kerja terkutuk tu berjaya direalisasikan berkat usaha dan perancangan rapi semua pihak terlibat.

Dan beberapa kali jugak tapak tangan aku bengkak kena libas dengan cikgu dan pengetua, tak termasuk bibir aku berdarah kena tempeleng sebab kantoi ponteng program maulud kat surau asrama. Jimbet betul, kan aku dah kata, belakang bengkel tu tak berapa clear, tapi geng aku tu tak percaya. Ambik kau!

Cuma, sampai sekarang aku tak faham kenapa peralatan elektronik macam radio mini atau walkman (masa tu memang dah canggih) tak dibenarkan sama sekali untuk beroperasi di dalam kawasan asrama.

Adakah kami ini budak-budak teknikal (sebahagian besarnya vokasional) berpotensi menjadikan benda-benda tu sebagai senjata api atau kami ini mudah terdedah dengan anasir jahat dari luar dengan hanya mendengar saluran radio Best104 dan beberapa saluran dari negara jiran Singapura semata-mata? Cuba bagitau aku kenapa...

*kepada Cikgu Shahuddin, saya masih terkenangkan radio kecil saya yang dibeli dengan duit simpanan yang cikgu rampas hampir 20 tahun lalu. Dengan radio itulah saya selalu mendengar Careless Whisper dari stesen 107.5fm...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. pergilah cari cikgu shahuddin, mesti dia terharu ada bekas student yg sudi dtg melawatnya..sekadar tanya khabar pun ok. ;). patutla pernah tv hilang kat kantin masa belajar tu. tak terfikir pun student bawa ke bilik..ekekeke..

    ReplyDelete
  2. eh cop cop..leisure mall? tu kat jb kan..ko skolah mana dulu weh? hahaha.. bajet aku skolah kat jb kan.. hahaha...

    zaman aku dok hostel paling advance pun kitorang curik curik pegi outing je..tak berbaloi nak fly memalam.. kiri kanan hutan kat bandar penawar tu.. kalau nak meronggeng ngan beruk boleh la..hihi..

    ReplyDelete
  3. terkongkong, antara sebab aku taknak duduk asrama...

    ReplyDelete
  4. hehe. habit duk jerit suh amik nasik pun aku wat bro masa form 5. haha. memang malas nak trun amik makanan. hehe

    ReplyDelete
  5. 4feet8 : cun jugak idea tu. takkan nak tunggu hari guru pulak kan...

    ReplyDelete
  6. Rai : yesss...! aku sekolah kat jb dulu. jengok keluar tingkap dah nampak singapore...

    ReplyDelete
  7. Khai : tapi dah lumrah, bila dah masuk mesti nak cari jalan boloskan diri jugak...

    ReplyDelete
  8. razik : nikmat gila bro jadi senior ni...

    ReplyDelete
  9. ketatnya peraturan, hostel saya (sekolah agama) pun tak ketat camtu. Takde bunyi siren (kecuali utk perhimpunan pagi sekolah & roll call).

    radio transistor yg comel tu pun boleh bwk. walk man mmg tak bolehlah.

    ReplyDelete
  10. Ujie : biasa la, sekolah ramai `budak jahat' memang ketat sikit peraturan...

    ReplyDelete