Princess

6
8:01 AM
Percayalah!

Jika terdapat seorang lelaki bukan muhrim kamu yang mengatakan kamu adalah princess di hatinya, itu adalah sebesar-besar dusta. Jangan percaya kerana dia mengangkat kamu ke tempat yang tinggi itu dengan hanya menggunakan mata.

Mungkin dia telah jatuh cinta kepada kamu kerana kamu terlalu cantik hingga mampu membuat semua orang termasuk perempuan berpaling untuk kali kedua dan ketiga. Katakan sahaja semua ratu cantik yang pernah ditabalkan di dunia, pasti kamu memiliki semua ciri-ciri fizikal yang mereka ada...

Mungkin dia telah jatuh cinta kepada kamu kerana kamu seorang yang bijak dan begitu menyerlah di dalam kelas. Tak siapa yang dapat mengalahkan kamu dalam peperiksaan sejak hari pertama kamu mendaftar di tadika...

Mungkin dia telah jatuh cinta kepada kamu kerana kamu adalah jenis wanita idamannya. Hampir semua ciri impiannya ada pada kamu seperti mendapat anugerah dekan setiap semester, pandai memasak pelbagai resepi, tidak terlalu cantik atau terlalu hodoh, cukup membuatkannya bangga apabila kamu berdua jalan beriringan...

Percayalah...

Ada seorang lelaki yang serta-merta menjadikan kamu princess di hatinya sebaik kamu dilahirkan, tanpa perlu dia ucapkan berulang-ulang kali... Tanpa perlu dia memuji segala kelebihan yang kamu ada berbanding orang lain...

Dialah lelaki pertama yang kamu kenali... Dan kamu adalah princess yang sebenar dihatinya...

(imej ada kaitan sikit dengan aku)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. tu kaki princess SM eh? comel..

    ReplyDelete
  2. ada kaitan sikit-sikit...

    ReplyDelete
  3. betul la apa yg dikatakan dlm entri ini.

    ReplyDelete
  4. bukan aku kata... haha!

    ReplyDelete
  5. Comelnya kaki..dan hati juga pasti lebih comel dari kaki...

    ReplyDelete
  6. yes! aku sangat suka komen ni. kalau budak ni tau ada orang puji dia, mesti kembang jari kaki...

    ReplyDelete