Tiada Azam

9
10:37 AM

Tinggal beberapa hari je lagi kita semua nak buang kalendar yang ada sekarang dan digantikan dengan kalendar percuma dari mana-mana kedai runcit. Ada kalendar dinding, ada jugak kalendar jenis letak atas meja. Yang paling aku tak boleh blah pulak kalendar saiz kad yang selalu along selitkan kat celah pagar rumah atau pejabat. Lagi berani, ada jugak yang akan selitkan kat celah leher belalang tempur aku. Kononnya supaya kita mengingati mereka sepanjang tahun, menandakan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan pertolongan.

Dan tak berapa lama lagi jugak (sebenarnya sekarang pun dah mula), kita semua sibuk cerita pasal azam. Apa azam baru tahun depan, apa azam tahun ni yang sudah dan belum tercapai. Nak carry forward atau biar burn macam tu je. Terpulang la...

Seingat aku, aku tak pernah ada azam tiap kali tiba tahun baru. Bukan sebab aku ni jenis yang tak bervisi dan bermatlamat dalam hidup, tapi biarlah aku sendiri tentukan bila masa sesuatu impian aku tu perlu tercapai tanpa dikongkong oleh jujukan nombor atas kertas yang dipanggil tarikh. Apa yang penting, misi aku sepanjang masa adalah mahu terus kekal sebagai penyumbang penting kepada kemajuan ekonomi negara tanpa disedari.

Caranya mudah je, terus membayar cukai atas satu komoditi yang tak ramai daripada kita semua suka iaitu...

(gambar dari entri ini)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

9 comments:

  1. Sebelum ni, aku tak pnh tanam azam tahun baru. Tp rsnya 2013, aku kena tanam azam juga.....

    ...dan aku hrp, bukan setakat azam je.

    ReplyDelete
  2. ahahaha..laki aku pun penyumbang utama..heh!

    ReplyDelete
  3. mf : moga sukses. jangan lupa share sesama kita semua...

    ReplyDelete
  4. Rai : kami memang berbangga sebab dapat berbakti...

    ReplyDelete
  5. hmm..yelah. sama. tak ingat pun nak berazam-azam ni. sbb yg buat sblm ni pun tak tertunai.

    ReplyDelete
  6. tahniah!
    terer bab tumbuhan..:)

    ReplyDelete
  7. karang tak tertunai, dah kira mungkir janji pada diri sendiri pulak...

    ReplyDelete
  8. Setakat tanam azam yg biasa2 boleh kud bro...

    ReplyDelete
  9. Khai : azam biasa2 ada banyak, tak larat pulak nak layan...

    ReplyDelete