You Have My Respect!

10
2:31 AM
Aku terlupa entah bila kali terakhir aku jejakkan kaki ke dalam stadium semata-mata nak tengok game. Kalau tak silap lebih kurang sepuluh tahun dulu kot, masa tu team Malaysia kalah dengan Pakistan (kalau tak silap) dalam Piala Sultan Azlan Shah kat Bukit Jalil. Itu dulu, zaman aku masih lagi `berkaki lipan'. Sekarang, menjejakkan kaki ke dalam mana-mana stadium adalah sesuatu yang agak mustahil jugak bagi aku walau pun kedudukan rumah aku cuma lebih kurang 10 minit dari Bukit Jalil.

Kalau dah malas tu, malas la jugak. Tak payah nak cari banyak alasan...

Tapi entah macamana, hari tu boleh pulak tergerak hati aku nak tengok game yang aku jangka tak memihak kat pasukan kita. Berdasarkan game sebelumnya, aku agak diorang ni memang tak boleh blah lebih-lebih lagi kalau diorang turun pakai jersi biru.

Perancangan dibuat sehari sebelumnya dengan satu lagi kaki. Mengikut perjanjian, lepas Asar dia akan datang rumah aku dan parking kereta dia kat sini. Idea bernas, cantik. Apa punya gila nak pergi sana naik kereta.

Dalam renyai, kami kuatkan jugak semangat pergi sana dengan belalang tempur aku. Sebab aku dapat rasakan semacam ada satu aura halus yang membisik ke dalam cuping telinga aku, tapi aku tak dapat tentukan butir kata-katanya. Cuma yang aku tau, suara tu mungkin datangnya dari tengah padang Stadium Nasional sana.

Sampai lebih kurang jam enam petang. Orang memang dah ramai. Pelik betul aku, diorang ni tak pergi mengaji ke petang-petang macam ni? Lantak, yang penting aku masuk terus mencelah cari port parking yang aku senang nak ingat.

...Damn, tiba-tiba malas pulak nak menaip pagi-pagi buta ni.

 Gila, sampai pukul 6, ada lagi lebih kurang 3 jam nak kikc-off tapi dah penuh.

 Geng-geng Ultras tengah buat warm up kat luar. Kawan aku kata, "Ritual apa yang diorang buat ni?"
Aku jawab dalam hati, "Ni bukan ritual, tapi nak bakar semangat la bebal!"

Hitam kuning... 

 Aku sebenarnya tak berapa gemor tangkap gambar masa tengah game, boleh lari fokus...

Kecewa betul aku dengan diorang ni. Tak macam dua tahun lepas masa kita balun diorang kat tempat sendiri. Belum habis lagi, seat dah banyak kosong. 

Hitam kuning memang dominan betul malam tu. Mungkin jersi biru tak cun kot... 

Bila game habis, ni je yang tinggal. Boleh sumbat dalam dua biji bas sekolah. Tapi aku rasa penonton kita pun lebih kurang macam ni kot kalau kalah. 

Mak aih, nasib baik aku naik belalang tempur. Kalau tak boleh berak cair aku dalam kereta nak keluar dari sini. On the way balik, aku tengok ramai yang parking kat highway KESAS. Sampai nak dekat tol pun ada.

Suka la korang sebab kita menang malam tu. Aku? Aku biasa-biasa je, sebab aku bukan kaki bola tegar...

Sedikit kesimpulan aku tentang apa yang berlaku sepanjang petang dan malam tu:

  • Jersi hitam kuning jadi pilihan berbanding biru merah..
  • Harimau Malaya menang bukan sebab mereka bermain lebih baik berbanding lawan, tapi sebab aku yang datang. Kalau aku tak datang, ada kemungkinan besar diorang kalah.
  • Super Safee betul-betul kena ikat malam tu. Aku rasa dia kena kurangkan makan nasi lemak supaya dapat berlari lebih pantas macam lipas berkaki 16.
  • Player kita banyak buat mistake yang sama macam game sebelum. Nak control bola pun sedikit goyang walau pun takde challenge.
  • Farizal main terlalu daring, Kunanlan pulak bersahaja. Dia lupa kot yang ini bukan training.
  • Jika anda lelaki peminat bola tegar yang selalu pergi stadium, anda berpeluang besar memiliki awek hot. Cilakak betul! Juling lubang hidung aku tengok cikaro ni semua...
Apa pun, tajuk entri ni sebenarnya aku tujukan kepada Ultras Malaya sebab mereka layak diberi penghormatan dengan semua sokongan dan usaha yang penuh komited tu. Salut!

*tambahan, untuk semi-final karang aku tak pasti sama ada nak pergi atau tak sebab harga tiket dah jadi RM40 pulak. Cis!





About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Ko ley jdk presenter Sportcenter la beb. Hahahahah!

    Aku tak ley jdk fan yg cekal mcm pompuan2 yg dtg ke stadium tu (dtg bwk anak). Mmg aku tabik le...

    ReplyDelete
  2. paling tak boleh blah..diorang menang sebab ko datang.. hahaha.. cisss!

    ReplyDelete
  3. Ni sbnrnya nak citer, awok ni ada aura baik la ya! sblm ni kalah, kali ni menang la pulak. ^__^

    ReplyDelete
  4. fara : pergh, pun ada jugak yang aku tengok dukung anak keluar stadium...

    ReplyDelete
  5. Rai : well, aku yakin itu la sebab utama...

    ReplyDelete
  6. Ujia : you've got my point...

    ReplyDelete
  7. perghh best gila dapat gi. kau pakai jersey kaler apa sm?? teringin jugak nak pergi tengok live tapi ramai sangat laki la. huuuu me iz malu (*__*)

    ReplyDelete
  8. aku bagitau kawan aku, kalau dapat masuk semi, aku nak beli jersi hitam kuning gred AAA.

    ReplyDelete
  9. Beb, ko dah beli jersi hitam kuning gred triple A ke? Selai RM50...ok?

    ReplyDelete
  10. xpaham. so kau xde lagi la jersey hitam kuning ek. haha

    ReplyDelete