Zapin

4
10:25 AM

Sehari kemudiannya, selepas aku puas membuang masa di sekitar bandaraya Johor Bahru, aku pun bertolak ke sebuah taman perumahan di pinggir bandar Kluang untuk menyempurnakan hajat sebenar aku kembali ke negeri kelahiran ni. Menghabiskan masa beberapa jam di sana, aku cukup kagum dan bangga sebab penduduk di sini masih lagi memelihara identiti negeri Johor itu sendiri. Tak lain dan tak bukan, tarian zapin.

Seronok jugak layan budak-budak sekolah rendah ni menari zapin untuk tetamu dan pengantin. Rasa tak puas pun ada sebab dah lama tak tengok live show yang bertaraf amatur tapi masih lagi bernilai macam ni. Tahniah dan terima kasih jugak kepada mereka yang berusaha mengajar budak-budak ni. Semoga warisan tradisional macam ni kekal hidup sampai bila-bila.

Salah seorang sepupu aku ada dalam gambar ni. Ya, aku ada ramai sepupu. Dari yang umur 40 tahun sampai la yang tadika.

Takpe, dah besar sikit boleh la pakai tudung kot...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Np aku tak terpk nak upah bdk2 nari zapin ms kawen dulu eh? Huuuu!

    ReplyDelete
  2. tu la pasal. simple, ada kelainan dan tetap meriah.

    yang ni tak payah modal besar sebab budak2 tu anak jiran-jiran situ je.

    ReplyDelete
  3. suka tengok tarian zapin johor, tapi bknlah sebab saya anak johor. Kalau yg budak2 kecik tu..alahai comelnya!

    ReplyDelete
  4. Ujia : benda2 yang tradisional ni, kalau dapat tengok memang best. sebab susah nak jumpa.

    ReplyDelete