Luka

0
12:17 AM
Maafkan aku wahai sahabat. Bukannya aku mahu menyepi, melarikan diri atau menjauhkan diri dari kalian. Tapi ada lelasan luka yang perlu aku tuam sendiri.

0 nasihat berguna:

0 nasihat berguna:

The Last March, Akhirnya...

0
2:14 PM
Dua minggu lepas, aku sekali lagi berpeluang pergi ke Sandakan secara percuma (out station). Dan aku kira, kemungkinan ini adalah kali terakhir aku ke sana memandangkan proses penstrukturan semula organisasi tempat aku bekerja, di mana aku ada harapan diletakkan di jabatan yang bukan teknikal tak lama lagi.

Jadi, mengambil kesempatan yang ke sekian kalinya ini, aku mencuba bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang memang dah lama aku idamkan sangat. Kali terakhir aku ke negeri di bawah bayu ni adalah pada bulan Mei lepas (percutian keluarga). Itu pun sikit punya azab nak cari benda ni. Habis satu shopping complex kat tempat hotel aku menginap tu aku jelajah. Tapi habuk pun tarak. Kalau nak encik kena cari outlet kami di town sana, kata sales assistant kat Harry's tu. Ceh.

Bila sampai je kat Sandakan, aku memang takde tengok benda lain macam seafood, mutiara atau pun lain-lain cenderamata, tapi benda ni jugak yang aku target. Hampir semua tempat sasaran yang aku singgah memang ada benda ni. Jadi, aku tak perlu risau sangat dah. Dan tempat yang memang pasti ada, sebagaimana kali pertama aku tengok naskhah ni adalah kat airport.

Dan, inilah dia...!
Continue reading →

0 nasihat berguna:

Jersi Keyakinan

0
1:01 PM
"Sebenarnya, warna jersi ni pun main peranan penting jugak. Kalau kena gayanya, kita masuk padang pun ada rasa confident yang lebih sikit." Kata Jeb masa dia tengah pilih warna jersi yang bakal digunakan untuk sesi latihan. "Ha, kalau aku la, aku suka warna merah atau biru ni. Tak payah banyak sangat kombinasi." Sambungnya lagi...

0 nasihat berguna:

Seretan

2
4:54 AM
Tok, tok tok...

Beberapa minit usai aku menunaikan solat maghrib, pintu bilik aku diketuk. Entah siapa agaknya. Tak mungkin kat tempat macam ni ada orang datang nak mintak sedekah kot. Kepala aku ligat memutarkan isinya sambil tangan perkasa aku memulas tombol pintu.

Sebaik daun pintu terkuak beberapa inci, aku dapat melihat seorang wanita yang lebih tua beberapa tahun daripada aku tercegat di laman bilik. Hari yang gelap masih gagal menyembunyikan wajahnya daripada pandangan aku, dek kerana simbahan cahaya dari mentol yang tergantung di koridor.

"Dik, akak nak balik sekarang. Malam ni memang takde siapa kat tempat ni. Cuma nanti dalam pukul 10 ada sorang pak guard datang. Kalau ada apa-apa hal, call nombor yang tadi tu ye." Dia memberitahu aku. Dapat aku lihat hanya tinggal sebuah kereta yang masih berada di hadapan bangunan yang menenpatkan kaunter pendaftaran sana.

"Ha, ok la. Nanti ada apa-apa saya call..." Jawab aku ringkas.

Setelah bercakap seketika dan mengucapkan salam, aku kembali menutup pintu...


******************************

Jam di muka telefon pintar aku menunjukkan lebih kurang pukul 8:15 malam. Sebaik siap berkemas serba sedikit di bilik tadi, kami pun segera keluar untuk mendapatkan makan malam. Lokasi tujuan kami, beberapa buah kedai makan yang terletak bersebelahan dengan jeti memancing di sungai besar sana. Sungai yang memisahkan antara dua negeri. Tempat penginapan aku di negeri sebelah sini, jeti itu pula berada di dalam negeri yang lagi satu. Kedua-duanya dihubungkan dengan sebuah jambatan dua lorong sepanjang beberapa puluh meter.

Sebaik menaiki bukit setelah keluar dari kawasan chalet, aku terdengar seakan ada benda yang tersangkut di bampar hadapan kereta buatan Malaysia aku. Diikuti dengan bunyi berdesing saling bercampur-aduk. Hati aku mula rasa tak sedap. Aku memandang dia yang duduk di sebelah kiri. Begitu dengan dia yang menoleh ke arah aku.

Kami meneruskan perjalanan. Terasa perjalanan merentasi jalan tanah merah pada malam itu terlalu jauh berbanding waktu siangnya. Sepanjang beberapa ratus meter berikutnya, aku tak berani menggunakan lampu tinggi walau pun keadaan di sekeliling kami amat gelap, tanpa bantuan cahaya bulan. Aku takut, kalau aku main suluh sembarangan tak pasal-pasal kami dapat melihat benda yang tak sepatutnya di hadapan sana. Dah la bunyi benda terseret tu tak hilang lagi.

"Bunyi apa tu?" Dia bertanya. Alamak, apasal la mulut dia ni cabul sangat. Jangan tegur boleh tak. Dah la jalan besar sana pun tak nampak lagi. Kiri kanan gelap pulak tu.

"Entah, ada la tu benda tersangkut kot..." Jawab aku ringkas dan semacam tak acuh.

Sebaik melewati sebuah rumah tinggal di sebelah kiri, serta-merta bunyi yang menemani kami sejak tadi hilang. Aku jadi tertanya-tanya tentang ke mana arah hilangnya punca bunyi itu. Tetapi, aku tak berani melihat ke side mirror apatah lagi menoleh ke arah rumah besar itu.

Ah, mungkin benda itu telah `berjaya' melepaskan diri daripada tersangkut di depan bampar kereta buatan Malaysia aku kot. Atau mungkin dia hanya mahu bergurau dengan aku memandangkan itu adalah kali pertama aku ke situ. Tapi takpe, tak payah la aku keluar dari kereta malam-malam macam tu, semata-mata nak tengok benda apa yang menumpang kami.

Rumah tinggal yang aku maksudkan. Aku cuma berani ambik gambar ni waktu siang je, tu pun masa nak balik. Lokasinya terletak di jalan masuk ke Umang-umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka.

2 nasihat berguna:

Qis

0
9:05 PM
"Fuyooo, pakai lipstick tu. Tapi tak cantik pun", tegur aku pada dia.

"Eleh, kalau orang tak cantik, uncle pun tak hensem..." jawabnya selamba.

Hampeh punya budak!

Nama : Nur Qistina Batrisya
Umur : 6 tahun
Adik-beradik : kedua daripada tiga
Pencapaian Akademik : Biasa-biasa je tapi petah membebel

0 nasihat berguna:

Penumpang Sepi

0
7:18 AM
Sepanjang perjalanan dari Plaza Tol Gombak sehingga melewati Tol Bentong, perbualan kami tidak pernah putus. Mungkin kerana ini adalah kali pertama kami keluar menjalankan tugasan luar bersama. Banyak jugak topik perbualan yang kami bincangkan. Ada yang serius, ada yang ringan-ringan. Ada yang berkenaan keluarga, ada jugak yang berkaitan dengan masalah negara.

Antara kami berempat, Shah yang paling kurang bercakap. Tapi, kadang-kala dia pulak yang paling galak ketawa terutama sekali bila salah seorang daripada kami (atau dia sendiri) menjadi bahan lawak.

Beberapa saat sebaik melepasi susur keluar ke pekan Bentong, tiba-tiba Shah terdiam. Matanya tak berkelip langsung dan terpaku ke hadapan. Dia yang duduk di tempat duduk penumpang belakang terus terdiam untuk beberapa minit. Aku yang duduk di sebelah kirinya dah mula semacam. Macam ada yang tak kena.

Ah, sudah... Jangan dia buat hal lagi sudah. Hari belum malam lagi ni. Jam baru pukul enam lebih.

"Apasal ni Shah? Tiba-tiba senyap je." Tegur aku. Ujang dan Azrul yang berada di tempat duduk hadapan masing-masing menoleh ke belakang.

 "Haah. Apasal ni Shah?" Soal Ujang pulak.

"Ada `orang ' tumpang kita..." Jawab Shah ringkas.

Aku meneguk air liur dalam-dalam. Alamak, jangan la wei. Perjalanan ke Kuantan ni jauh lagi. Kecut jugak telur aku kalau ada benda-benda yang tak nampak dengan mata kasar ni. Nak pulak ada ruang antara aku dengan si Shah ni.

"Lelaki ke perempuan?" Eh, si Ujang ni gatal mulut pulak bertanya setelah beberapa minit kami senyap.

"Perempuan." Jawab Shah pendek.

Entah kenapa tiba-tiba bulu roma aku meremang. Tadi masa Shah bagitau pasal `penumpang' ni takde la seram sangat.

Aku beranjak sedikit ke kiri. Rapat ke tingkap. Seolah memberikan ruang kelegaan yang lebih di kanan aku.

"Apasal dia tumpang kereta aku ni? Cuba tanya dia." Cilakak betul Ujang. Dah la tu, jangan lebih-lebih pulak tanya. Karang `dia' ikut sampai Kuantan, naya je. Diam. Shah terdiam tak menjawab. Cuma matanya sahaja yang terkebil-kebil memandang kusyen pemandu di hadapan.

Tak lama kemudian dia kembali menjawab. "Saje suka-suka. Jang, dia tanya nama kau..."

0 nasihat berguna:

Kawalan Jauh

0
11:44 AM
Lebih kurang dalam 45 minit aku mengadap monitor, aku pun rasa macam tak boleh blah lagi. Kepala yang dah start pening sebelum aku duduk dalam bilik suram ni makin serius pulak rasanya. Cilakak, ni mesti kes tidur lambat malam tadi.

Terus keluar dari bilik, menuju ruang tamu dengan tv yang masih terpasang. Entah setan mana pulak yang tengok tv ni. Orangnya takde pulak. Membazir. Siapa yang bayar, aku jugak.

Belum sempat bontot aku dilabuhkan kat atas sofa, aku segera menegakkan semula badan. Mata menatap tv. Apasal ntv7 pulak ni. Takl show pulak tu. Takde faedah langsung. Tengok la Jeremy Wade ke, Pawn Star ke, paling koman pun Oh My English versi ulangan kali ke seratus.

Tapi ada satu yang aku kena cari.

Toleh kiri, tak jumpa. Toleh kanan, tak jumpa. Jenguk bawah sofa, lagi la haram jadah takde.

Setengah minit berlalu. Pencarian aku menemui jalan buntu. Sampai ke bilik dan dapur habis aku masuk. Atas katil takde. Sebelah mesin basuh pun takde. Yang ada cuma spender yang baru dua kali pakai je. Tu pun aku gantung balik dengan berat hati. Lusa boleh pakai lagi.

Dengan langkah putus asa, aku kembali ke ruang tamu. Berhenti di hadapan tv dengan hajat untuk berbaring di atas lantai, dalam julat jarak yang boleh dicapai oleh ibu jari kaki aku ke decoder Astro.

Aku tepuk-tepuk sikit bantal yang tersadai atas lantai sejak malam tadi, supaya lebih gebu dan dapat membelai kepala aku dengan lebih enak lagi.

...cilakak, kat sini rupanya remote Astro ni. Toyol mana pulak yang sorok bawah bantal ni!

0 nasihat berguna:

Memujuk

0
9:29 AM
Kalau nak pujuk isteri, langgan la Astro pakej Mustika.
Kalau nak pujuk anak, bawak main-main kat playground.
Kalau nak pujuk mak mertua, belikan kain batik paling mahal.
Kalau nak pujuk kawan, belanja makan atau basuhkan kereta dia selama seminggu.
Kalau nak pujuk diri, pergi pasar malam beli dvd.
...tapi tak semestinya semua cara di atas berkesan. Bergantung kepada berapa tahap kekerasan hati orang yang nak dipujuk tu.

0 nasihat berguna:

Ciri Penting

0
1:19 AM
Boleh diharap adalah salah satu ciri penting yang perlu ada untuk menjadi menantu kesayangan. Pada pendapat aku la...

0 nasihat berguna:

Short

0
7:30 AM
Jarum panjang pada jam tangan aku masih belum melepasi angka 12. Membuktikan pagi masih awal lagi, selain daripada matahari yang masih bersembunyi di sebalik garisan horizon sana. Cuma menghulurkan jalur-jalur cahayanya di selah-celah awan sitrus.

Dah beberapa saat aku perhatikan sebelum aku memintas. Dia dengan tenang memacu kenderaan tunggangannya pada kelajuan sederhana. Aku kira mungkin lebih kurang 70km/j. Pergh, aku memang respek dengan brader ni.

Tak sejuk ke naik moto pagi-pagi buta ni dengan pakai short je? Aku yang pakai baju tiga lapis ni pun terasa kecut sampai ke telur...

0 nasihat berguna:

Alamak, istiadat!

0
9:15 PM
"Nanti masa majlis istiadat tu kena pakai kemeja tau," aku diingatkan. Orait. Aku takde masalah dengan baju kemeja sebab aku pergi kerja memang pakai kemeja pun.

"Tapi kena pakai kemeja long sleeves la," terdapat ingatan tambahan untuk aku. Hm, sedikit perkataan `alamak' tersembul keluar dari kotak fikiran aku. Kali terakhir aku pakai kemeja long sleeves adalah semasa tingkatan tiga, bermakna itu adalah lebih sepuluh tahun lalu.

"Seluar macamana, pakai jeans boleh?" cabul mulut aku bertanya soalan.

"Eh, mana boleh. Mesti la kena pakai seluar slack. Lepas tu tak boleh pakai sandal. Pakai kasut. Yang paling penting, tak boleh pakai warna kuning." sedikit berjela jawapannya petang tadi.

"Walau pun satu garisan kuning pun tak boleh ke?" aku terus melepaskan pandangan ke arah lain sambil pura-pura dengar dan faham akan jawapan yang ditujukan ke telinga aku.

Baiklah, nampak gayanya ada satu tempat yang bakal aku jenguk hujung minggu ni... iaitu Mydin Mall!

0 nasihat berguna: