Test Power II...

4
10:52 AM

Percubaan memuat naik gambar ke dalam entri dengan menggunakan aplikasi android.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 nasihat berguna:

Sandy

0
9:03 AM
Aku pernah terbaca artikel tentang kenapa kebanyakan nama ribut taufan kat seluruh dunia ni dinamakan sempena nama perempuan, kecuali taufan Andrew yang terkenal tu sekitar awal 90-an.

Antara sebabnya adalah (seingat aku la) kesan fizikal yang terlihat selepas taufan tu melanda boleh disamakan kesan yang berlaku apabila seorang perwmpuan tu marah. Betul atau tak, sama atau tak, itu terpulang la kepada orang yang bagi nama.

Semalam, pantai timur Amerika sedang dilanda taufan Sandy, disifatkan antara yang terburuk dalam sejarah. Nak tau teruk atau tak, belum pun pusat tu sampai ke darat, dah banyak kegiatan ekonomi/harian yang terjejas. Sekolah tutup, airport tutup, hypermarket tutup, pejabat tutup, tingkap rumah tutup... Pendek kata, segala benda ditutup. Wall Street pun shut down jugak, kali pertama sejak pwristiwa 9/11.

Cuma, pagi ni aku tertanya-tanya nasib golongan gelandangan kat sana. Kat mana agaknya tempat mereka nak berteduh. Adakah mereka ni akan jadi mereka yang paling ramai terkorban?
Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Test Power...

2
7:59 PM

Testing, testing... Cuba memuatnaik entri menggunakan aplikasi terbaru. Ni yang rasa nak upgrade smart phone je. Barulah bertambah smart...

Apa pun, aku tau aku tetap hensem walau pakai public phone...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 nasihat berguna:

Masalah Jiwa

0
12:02 PM

Ini adalah satu pengakuan. Sebenarnya aku ada masalah jiwa yang dinamakan fenomena `otak-takde-sense-of-humor'.

Apa kan tidaknya, kadangkala (atau sebenarnya memang kerap kali berlaku) aku gagal memahami atau menghayati unsur-unsur lawak jenaka yang dipersembahkan kepada aku. Menyebabkan aku tidak memberikan reaksi spontan seperti yang sepatutnya, contohnya: tergelak besar sampai meleleh air hidung. Bermula dari Raja Lawak sampai la ke Karoot Komedia X, aku cuma tersengih atau ketawa manja bila mana para pelakunya membuat lawak bijak bercampur bangang.

Bukan hanya di hadapan tv, kadang-kala juga dia merungut kerana muka aku langsung tidak menimbulkan kedut-kedut ketawa apabila dia berlawak.

"Eh, orang buat lawak la. Tak ketawa langsung pun..." rungutnya.

"La, ye ke buat lawak? Ingatkan baca berita tadi..." aku jawab sebab nak cover line.

0 nasihat berguna:

Aidil Adha

2
10:45 AM
Tahun ini agak berlainan sedikit apabila baju melayu cekak musang dipadankan dengan cargo pant...

Apa pun, yang pentingnya aku tetap hensem...

2 nasihat berguna:

Tayar

0
6:40 PM
"Kalau Dunlop 195/55 berapa?" tanya aku.

"Murah saja, satu sembilan," jawabnya ringkas.

"RM190?" tanya aku dengan nada sedikit tinggi dan agak terkejut.

"Yala, satu ratus sembilan puluh," masih dengan nada sama dan keyakinan yang jitu.

"Apasal murah, stok lama nak expired ka?" kata aku semacam tak puas hati.

"Biasa la bos, stok baru jugak. Tapi sini tak boleh jual mahal ma. Bengkel ada banyak, untung sikit-sikit sudah la..." sedikit panjang jawapannya kali ini.

Sungguh jujur dan ikhlas sekali jawapanmu itu wahai tokey bengkel...!

Gambar dari Instagram.
Lokasi: Cymax Auto Tyre Sevices Centre,  
Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil,
Seri Kembangan, Selangor.

0 nasihat berguna:

Klaustrofobia

2
9:24 AM
Katakanlah kau adalah penderita penyakit ini. Mungkin kronik, mungkin tidak tetapi tetap menyulitkan perjalanan seharian.

Seringkali mengelak daripada berada di tempat sempit dan mempunyai ruang yang amat terbatas. Hinggakan kau lebih sanggup mendaki ratusan anak tangga untuk mencapai ke tingkat sepuluh bangunan tinggi.

Lif, kereta kompak, culvert terbiar di taman permainan atau tanah lapang, bawah meja, hatta di dalam tandas awam sekali pun. Semuanya mendatangkan seribu macam ketakutan ghaib yang akhirnya langsung membuatkan titisan-titisan peluh di dahi kau bercantum satu persatu hingga menitik di hujung dagu.

Biarkan. Hadapilah. Kerana satu hari nanti kau dan aku juga akan ditempatkan di dalam satu liang yang sempit beberapa kaki di bawah tanah. Ketika itu, kau tidak punya alasan serta tak mampu lagi untuk mengelak dan mencari jalan lain.

Tutuplah mata. Tenangkan jiwa. Hayatilah kegelapan bungkam ketika kau mengisi ruang sempit yang kau takuti sehari-hari itu. Kerana di dalam kegelapan itu, kau akan menemui satu ruang yang teramat lapang, tanpa horizon!

2 nasihat berguna:

Seimbang

2
12:39 AM
Sifat lelaki yang sukar untuk memahami emosi dan perasaan seorang perempuan itulah yang membuatkan bumi ini berputar dengan seimbang, walau segala petanda akan apa yang ada di dalam hati wanita itu telah jelas dipancarkan sama ada dari segi gerak laku atau kiasan pertuturan.

Percayalah, kekurangan lelaki berbandingan wanita yang bijak mentafsir gerak tubuh itu juga satu kelebihan. Kelebihan pada wanita...

2 nasihat berguna:

Skeptis

2
2:08 AM


Berdasarkan apa tercatit pada pelan di atas, pelan ini telah siap dilukis dan disemak untuk pengesahan pada 21 April 1910 oleh beberapa individu yang berlainan. Aku dapat bayangkan pada tahun 1910 tu masih ramai lagi penduduk Tanah Melayu yang tak pernah pun tengok macamana rupa bentuk basikal. Jauh sekali nak menyedut gas carbon monoxide daripa paip ekzos kenderaan bermotor. Masa tu bukanlah satu kejanggalan melihat orang ramai keluar rumah dengan berkaki ayam.

Namun begitu, imej bayangan yang terpapar dalam kepala aku semuanya merupakan imej hitam putih. Lama, dahulu kala, klasik...

Jadi, mengenangkan individu yang menurunkan tanda tangan kat atas dokumen ni mempunyai kuasa dalam bidang mereka tersendiri, dapatlah aku simpulkan bahawa mereka semua ini terdiri daripada orang-orang yang mempunyai profession yang dihormati pada mata masyarakat. Pengarah, penolong pegawai, jurukur atau pun pelukis pelan. Sebabnya bukan calang-calang orang yang mampu melakukan tugas macam mereka pada zaman itu.

Tapi sekarang...

Profession mereka ini selalu je dipandang hina. Entah la. Aku pun tak berapa faham kenapa. Sampaikan ke satu tahap di mana kawan aku yang kerjanya seorang jurukur (lulusan degree tu beb!) pernah dengar seorang makcik warning kat anak dia "ha, lain kali belajar pandai-pandai, jangan jadi macam ni" sambil menjeling ke arah kawan aku. Mentang-mentang la kawan aku tu buat kerja tengah panas, tepi jalan raya, pakai pun selebet... Simpati jugak aku kat kawan aku bila masyarakat pandang hina kerja dia tu.

Aku? Aku cuma pelukis pelan biasa je... Tak kaya, tak miskin. Tapi punyai hati yang cukup untuk memberontak...


Ini namanya batu sempadan. Dulu aku biasa masuk semak samun, redah paya bakau, randuk air busuk separas pinggang dan merangkak atas lumpur semata-mata nak cari benda ni...

2 nasihat berguna:

20 Sen

4
7:29 AM
Start hari ni, harga rokok naik 20 sen. Masih lagi dengan alasan kenaikan yang sama macam tahun-tahun sudah. Aku? Aku tetap steady, masih hidup lagi...

-Rangkaian DUNHILL RM10.20
-Rangkaian KENT RM10.20
-Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
-Rangkaian PALL MALL RM8.70 PALL MALL Biasa RM10.60
-BENSON & HEDGES RM10.20
-LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
-ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60


Alamak, Winston apa cerita?

4 nasihat berguna:

Selamat Tinggal, al-Fatihah...

0
1:03 AM

April 2009

Kemasukan aku adalah sedikit lewat iaitu selama dua minggu berbanding mereka yang lain, gara-gara masih terdapat beberapa tugasan yang tertangguh di tempat kerja lama. Cukup tempoh dua minggu, aku segera memasuki pejabat yang terletak di tingkat enam dengan satu semangat yang baru.

Seperti biasa, kejutan budaya memang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi tempat baru ini aku perlu berhadapatn dengan hampir 50 puluh orang rakan sepejabat dari pelbagai peringkat jawatan berbanding hanya seorang sahaja yang menjadi peneman bual aku di tempat lama iaitu Priya.

Mulanya, dia menjadi antara golongan yang aku anggap sebagai annoying kerana budaya kerja mereka yang terlalu statik hingga aku rasa langsung tak boleh blah. Can not go! Kemudian, sedikit demi sedikit aku mulai mengasingkannya daripada golongan annoying itu kerana aku baru tahu yang dia adalah seorang yang komited dalam diam.

Walau pun dia tidak tahu melakukan banyak kerja, tetapi dia tetap tidak banyak merungut dan akan menyudahkan kerja itu sebaik mungkin. Cuma jika ada beberapa perkara yang tidak difahami, barulah dia akan bertanya dan minta tunjuk ajar daripada orang baru yang lebih mahir tanpa segan silu.


November 2010

Tanggapan positif aku terhadap dia diperkuatkan lagi apabila aku pertama kali berpeluang keluar out station ke negeri di bawah bayu bersamanya dalam satu kumpulan berlima. Walau pun umurnya sudah lanjut, dia tetap setia menerima arahan ketua kumpulan tanpa banyak alasan. Badan sengal, tak larat panjat tangga tinggi-tinggi. Kaki sakit, tak boleh jalan jauh-jauh. Itu langsung tak keluar daripada mulutnya.

Malahan, dia adalah orang pertama yang sampai di KL Sentral sebelum jam 6:30 pagi lagi pada hari kami bertolak ke sana. Sangat komited!

Dan satu lagi kenangan manis (sedikit lucu sebenarnya) apabila secara tiba-tiba dia mahu mengikuti kami bertiga (tiga lelaki dan dua perempuan termasuknya dalam kumpulan) dalam aktiviti malam iaitu menonjol bola! Bayangkan ada seorang wanita tua berusia  lebih separuh abad menemani kami bermain snuker. Kami rasa, mesti ramai yang berbisik "eleh, muka je ganas tapi main snuker bawak mak" sesama sendiri.


15 Oktober 2012

Pagi tu, sebaik sampai ke pejabat, aku dapati suasana sedikit riuh terutama sekali dari kalangan makcik-makcik di sebelah sana. Setelah diselidiki, barulah aku tahu dia telah didiagnos dengan penyakit barah pankreas peringkat ketiga. Waktu tu, aku rasa macam nak tikam dada sendiri dengan pisau sebab aku sedikit pun tak perasan yang dia tidak datang bekerja sejak lebih sebulan yang lalu.

Ketiadaannya di tempatnya langsung tidak menarik perhatian aku, walau pun mejanya terletak betul-betul di laluan aku setiap hari. Dalam sehari, lebih dua puluh kali aku akan melalui hadapan mejanya.

Jadi, pagi itu kami berpakat untuk pergi melawatnya di rumah. Aku yang tak ada kenderaan berbumbung cuma menumpang mpv seorang pegawai berjawatan lebih tinggi yang aku kurang senangi sejak dulu.

Ketika di rumahnya, aku adalah antara yang paling awal sampai. Untungnya, dia dapat melihat aku lebih lama walau pun tidak banyak bercakap. Badannya ketika itu dilihat cukup lemah. Kami diberitahu oleh anak keduanya seorang doktor, dia mengalami komplikasi selepas pembedahan membuang tumor di dalam perut. Ditambah dengan pengaruh emosi, dia tidak banyak menjamah makanan. Paling banyak pun hanya sekeping roti bersama segelas air Milo. Itu pun tidak mampu dia habiskan.


18 Oktober 2012

Tengahari itu suasana di pejabat agak ceria kerana kami mengadakan sedikit jamuan makan sempena sambutan hari lahir beberapa kakitangan dan majlis penyampaian hadiah aktiviti beberapa acara sukan yang bermula sejak beberapa bulan sebelumnya. Aku yang dalam terpaksa sertai acara bowling, cuma mendapat tempat ke-empat kategori pasukan. Lain-lain acara, aku tak ambik port langsung.

Penyampaian lain-ain hadiah pun, aku tak berapa nak peduli. Aku lebih selesa bertepuk tangan dari sudut terpencil dan tersorok dari pandangan. Lagi pun aku memang seorang yang anti-sosial. Bila penat, aku kembali duduk sambil mengadap monitor.

Belum pun tamat kemeriahan majlis tengahari itu, kami semua dikejutkan dengan berita kematiannya. Masing-masing terpaku. Ada yang semacam tak percaya, ada jugak yang terus tergamam. Aku? Aku tak rasa aku mampu memberikan apa-apa reaksi.

Kebetulan juga, masa dia menghembuskan nafas terakhirnya adalah ketika kami semua sedang riuh bertepuk tangan. Serta namanya adalah antara yang tertulis di atas kek!


19 Oktober 2012

Semua urusan pengkebumian jenazah berjalan dengan lancar. Cuaca pagi tu sedikit mendung dan kadang-kala metahari cuba jugak mahu menunjukkan cahaya kejaguhannya. Aku lihat, aktiviti manusia di sekitar kawasan perumahan di sekitar Segambut berjalan seperti biasa. Ada yang membeli akhbar di kedai runcit tepi jalan, ada mekanik yang membaiki motosikal di bengkel, dan ada jugak bas Rapik KL yang menyusuri jajaran jalan yang sempit.

Bagaikan tiada perubahan. Tapi, bagi aku selepas pagi itu pasti akan ada sedikit perubahan dengan suasana sekitar atmosfera pejabat dari kaca mata aku.

Tiada lagi orang yang sesuai menjadi bahan usikan aku. Tiada lagi bebelan meleret-leret daripada mulut seorang tua berpangkat emak ke telinga aku. Biasanya, aku akan buat` telinga pekak' apabila dia bercakap dengan aku. Masuk telinga kanan, keluar telinga kanan jugak. Biasa la, tabiat orang tua yang takkan cukup  dengan satu ayat apabila bercakap. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal duniawi dan alam di sana. Dan biasanya jugak, omelan panjangnya itu akan tersekat dengan usikan aku yang kemudiannya diakhiri dengan mulutnya yang tersipu-sipu sambil berkata "ish, kamu ni".

Sebagai lelaki dan seorang yang tidak mempunyai talian saudaranya, aku tidak menangis sepanjang mengikuti proses penyempurnaan sehingga jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Tetapi sebaik sahaja beberapa kepalan tanah yang pertama dihulurkan ke dalam liang lahad, hati aku tiba-tiba menjadi sayu. Dalam kesayuan itu, ada sedikit perasaan sebak.

Selepas ini, aku tak akan memanggil lagi namanya atau menegurnya tiap kali aku melalui hadapan mejanya. Dan tiada lagi omelan berisi yang membingitkan.

Semuanya tinggal kenangan. Dengan mata cangkul yang mengaut masuk tanah ke dalam liang lahad, maka terpisahlah dia dari dunia aku. Berpindahlah dia ke alam yang pasti menemukan dia dengan janji-janji terdahulunya. Selepas kali terakhir aku menjenguk ke dalam liang lahad, itu adalah kali terakhir aku melihat wajahnya yang tenang.

Selamat tinggal, nama dan wajahmu akan kekal bersemadi di dalam kotak fikiran aku sampai bila-bila.

al-Fatihah...

Petang kemudiannya, bumi sekitar Kuala Lumpur dibasahi dengan hujan...
(Gambar dari Facebook rakan yang lain.)

0 nasihat berguna:

Rasa

2
2:54 PM

Dilahirkan sebagai khalifah bumi bernama manusia, kita ini dianugerahkan dengan pelbagai jenis rasa sepanjang kita bernyawa.

Semenjak masih bergelar bayi sehinggalah kita dapat mengenal hukum dunia, kita telah sedikit demi sedikit belajar memahami jenis-jenis rasa itu.

Apabila mengantuk atau lapar, kita akan menangis minta untuk didodoikan atau disuakan dengan susu. Dan jika permintaan kita itu gagal dipenuhi, kita akan mula berasa marah. Menangislah kita sekuat hati dengan suara nyaring dan merdu saling bersulam.

Semakin kita membesar setelah berjaya belajar menapak daripada merangkak, rasa kecewa, sedih, keliru, simpati atau bosan akan sering mendatangi diri kita. Secara bergilir, silih berganti, tanpa disedari.

Tetapi, apabila dewasa dan mula mengenali cinta, kita akan hanya memiliki satu rasa sahaja, iaitu rasa `sama'. Apabila dia gembira, kita akan turut berasa gembira. Apabila dia berasa sedih, kita juga seboleh-bolehnya merasakan perkara yang sama juga.

Tetapi akan ada satu rasa yang cuba untuk kita atau dia elakkan iaitu, rasa kehilangan...

2 nasihat berguna:

Bawa Aku Terbang

2
7:02 PM

...maaf jika ada kesilapan ejaan, sedang cuba untuk memperbaiki diri.

2 nasihat berguna:

Zurin (I)

0
12:40 AM
Jarum pendek jam dinding telah melewati angka tiga beberapa minit yang lalu manakala larian bayu dinihari yang melepasi jalur-jalur fabrik jarang langsir di tingkap sana semakin mendinginkan hingga mencuit liang roma aku. Mata aku sudah mulai berair menahan rasa mengantuk yang teramat sangat. Sepertinya ada berderetan makhluk-makhluk super mikro yang berjuntaian di hujung setiap bulu mata aku. Semakin lama, semakin pedih.

Aku rasa, malam ini tak mungkin aku dapat menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh sejak kelmarin ini. Ah, biarkan saja. Esok pagi kalau aku masih bernyawa lagi, akan aku sudahkan saja di tempat kerja seperti selalu-selalu. Bukannya aku tak biasa curi-curi buat kerja lain sambil berpura-pura buat kerja semasa waktu pejabat.

Dari skrin berlatarbelakangkan warna hitam dengan dihiasi garis-garis vektor berwarna-warni, aku melarikan kursor ke arah tab tertulis Facebook (1 New Message) di sebelah atas.
Continue reading →

0 nasihat berguna:

Ini Bukan Perbuatan Khianat

0
5:47 PM
Kalau orang putuskan kord atau pecahkan gagang kat pondok telefon awam, itu vandal namanya. Kalau ada pintu tandas awam yang pecah, terkopak atau berlubang, itu vandal namanya. Kalau ada contengan kata-kata kesat atau lucah pada dinding pondok menunggu bas, itu juga vandal namanya. Dan kalau ada mana-mana pokok hiasan lanskap kat tepi jalan yang tercabut, seharus itu juga dinamakan perbuatan vandal.

Pada aku, vandalisme itu adalah suatu perbuatan yang merosakkan harta awam atau mencacatkan suatu benda yang diwujudkan khas untuk kegunaan orang ramai, sehingga kecacatan itu menyusahkan golongan yang memerlukan.

Tetapi, aku tidak anggap ini sebagai satu perbuatan vandalisme. Ini adalah salah satu cara untuk menyampaikan mesej dengan menggunakan medium seni. Street art!


Aku lakukan perbuatan ini lebih kurang jam 6:30 petang tatkala hampir semua orang dah balik. Konsepnya di sini adalah `lekat dan lari'. Lekatkan stiker pada tempat yang dikira strategik dan melarikan diri daripada tertangkap oleh pengawal keselamatan atau cctv.

Hasilnya, berjaya...

0 nasihat berguna:

Nasi Ayam Tempayan

0
12:20 PM

"Ok, berhenti sini pun boleh jugak." Arah aku kat penunggang FZ150 warna biru.

Elok dia perlahankan kuda tunggangan ke tepi jalan, tapi sebenarnya bukan nak berhenti. Dengan separa tiba-tiba dia membuat pusingan-u menuju satu lagi kedai makan di seberang jalan. "Eh, apasal tak berhenti situ? Nampak macam ada nasi campur." Tanya aku.

"Tak nak la, kedai yang ni lagi ramai orang. Mesti sedap." Jawabnya selamba. Aku selaku pembonceng cuma mampu menurut je. Kalau nak melompat turun, agak mustahil jugak memandangkan kotak Givi yang terpasak kemas kat belakang aku ni agak sukar jugak nak dilepasi memandangkan aku cuma dapat nombor dua je dalam acara lompat tinggi peringkat daerah satu masa dulu.

Ternyata, keputusan kami (aku terpaksa rela) sebentar tadinya memang berbaloi. Kat sini aku dah jumpa hidangan nasi ayam yang mampu menandingi kelazatan nasi ayam kat Giant Bandar Kinrara dan jugak nasi ayam Esso Datuk Keramat (dekat dengan Keramat Mall). Apa yang menambahkan keistimewaan hidangan nasi ayam ini adalah, terdapat tiga jenis cara hidangan iaitu ayam black pepper, ayam berempah dan satu lagi aku dah lupa.

Ayam bukan sebarang ayam, halal bukan sebarang halal. Ayam ni dimasak dengan menggunakan tempayan!


Lokasi sebenar, betul-betul bersebelahan dengan Petronas simpang tiga Jalan Masjid, Telok Panglima Garang. Untuk lokasi tepat, koordinat GPS adalah latitud 2º55'32.3" dan longitud 101º28'26.2" (search 2.925635,101.473956 dalam Google Map).

0 nasihat berguna:

Ayah

0
7:40 AM
"...ayah ialah insan lelaki yang pertama yang dikenali oleh seorang anak. ramai anak semasa kecilnya ingin menjadi seperti ayahnya. ayah adalah lambang perlindungan dan ladang kasih sayang. namun jika ayah itu berperangai sebaliknya; sentiasa bercakap kasar dan celupar kepada anak, selalu memukul dan menyakitinya maka ayah hanya satu mimpi ngeri yang wujud tanpa diminta dalam hidup anak. kehadiran ayah akan digusari, ketiadaannya suatu yang dirai, kepulangannya dibenci. ayah sebegini hanya perosak kasih dan akhlak anak-anak. maka jangan hairan ramai ayah yang apabila tua dibiarkan tanpa cinta dan kasih. ayah yang baik ketiadaannya keluarga rasa sunyi, kepulangan disambut. semasa kesedihan hati dia dicari. apakah anda ayah yang baik?"
Sumber : Facebook page DrMAZA.com

Soalan ini memang untuk aku dan kalian semua di luar sana tak kira apa pun status kita sama ada masih teruna, berkeluarga atau dah bercucu-cicit. Sesekali, terlintas juga dalam kepala aku... Golongan yang mana satukah akan anak-anak aku akan letakkan diri aku ini suatu hari nanti?

0 nasihat berguna:

Payung Kembang Setelah Hujan

0
7:02 PM

Situasinya, dua kenalan sepejabat sedang membuang masa duduk di pantri sambil menghisap rokok. Berbekalkan segelas teh tarik setiap seorang, perbualan antara mereka telah beralih kepada topik yang lebih serius berbanding isu pakaian seksi Nabila Huda ketika malam Anugerah Blockbuster tempoh hari.

Kamarul Idham : Bro, lu dah ada insurans?

Fadrulhisham Azali : Insurans apa? Kalau gua punya kapcai tu dah lama kojol. Malas nak pergi renew. Susah nak cari insurans yang boleh cover. Banyak sangat cekadaknya.


Kamarul Idham : Bukan tu, ni ha insurans hayat. Lu dah ada ke belum?

Fadrulhisham Azali : Oh, belum lagi sebab sampai sekarang gua rasa nyawa gua ni liat sikit. Apahal, nak jual insurans kat gua pulak ke?


Kamarul Idham : Yesszaa... Lu ambik dengan gua, confirm anak bini lu boleh hidup senang sampai umur pencen. Gua bagi pakej yang ada saving sekali.

Fadrulhisham Azali : Tak mau ah. Bikin pening kepala je tiap-tiap bulan nak commit.


Kamarul Idham : Apa susahnya pulak. Lu boleh buat potongan kat akaun apa. Orang sekarang ramai yang dah ambik insurans macam ni. Untuk kegunaan time susah jugak. Gua tak nak satu hari nanti gua datang melawat lu kat hospital, gua cuma hulur RM50 je selit bawah bantal. Kalau boleh gua nak datang bawak cek riban-riban bagi lu anak beranak senyum sampai tengkuk.

Fadrulhisham Azali : Ala, bukan wajib pun benda-benda insurans ni. Zaman rasulullah takde pulak insurans ni bagai. Boleh jugak hidup sampai generasi sekarang.


Kamarul Idham : Memang la boleh hidup. Tapi zaman tu takde lagi orang mati kena langgar kereta. Lu tau?

-berdasarkan situasi sebenar, tetapi nama watak telah ditukar untuk mengelakkan individu tertentu menerima tekanan masyarakat melalui Facebook.




0 nasihat berguna:

Skyfall

0
10:13 AM
Disebabkan Adele ni adalah buah hati aku, ditambah pulak lagu ni adalah lagu tema untuk Bond yang paling best, Skyfall menjadi filem wajib tonton aku tahun ni.

0 nasihat berguna:

Sajian Ketenangan

0
1:14 AM
Resolution : 3264x2448
Bit Depth : 24
Camera Model : Samsung GT-I9100G
Shutter Speed : 1/17
Lens Aperture : F/2.6
Focal Length : 3mm
ISO Speed : ISO-100
Date Picture Taken : 8/10/2012 7:19am
Location : Petaling Jaya


Yr claims cut off date on 15/10/12. Prepare and email on 15th. payment before raya hj.
2:50pm
8 Oct 2012

Dalam keletihan mengejar `garis mati' sejak beberapa minggu ni, terasa saraf yang menunjangi tubuh aku kerap kali hilang daya untuk berdiri tegak. Begitu juga, kadang-kala gagal duduk dengan sempurna walau pun berada di atas kerusi empuk berkemasan fabrik harum.

Segala kepincangan tugas itu akhirnya mampu menenggelamkan fungsi otak aku agar terus bekerja dan memproses segala macam data-data input, bagi menjelmakan garisan-garisan vektor dan teks-teks pelbagai rupa dan saiz ke atas kertas.

Lama-kelamaan, aku akur juga akan suatu kehendak yang mesti diutamakan terlebih dahulu selain daripada keletihan minda atau kelesuan tubuh iaitu tuntutan perut!

Setelah tidur hanya kurang daripada dua jam sambil menatap wajah monitor rata, baru aku sedar bahawa kombinasi pau daging yang panas baru keluar dari pengukus elektrik dengan teh tarik Lipton segera ini adalah sesuatu yang diturunkan dari syurga.

Betapa nikmatnya menjadi manusia yang mempunyai deria rasa!

0 nasihat berguna:

Membeli Kebahagiaan

0
7:52 AM
Resolution : 2048x1536
Bit Depth : 24
Camera Model : N5800 Xpress
Shutter Speed : 1/17
Lens Aperture : F/2.8
Focal Length : 4mm
ISO Speed : ISO-480
Date Taken : 25/02/2012 7:35pm
Location : Pasar Malam, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Tertulis "BERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA ANAK-ANAK ANDA DENGAN HARGA RM5 SAHAJA!" pada kadbod yang tergantung di dada dan belakang si penjual belon ini.

Sesetengah daripada kita sering memperkatakan bahawa kebahagian itu tidak boleh ditukarganti dengan wang ringgit. Dan apabila diminta memilih sama ada kasih sayang atau wang ringgit, ramai daripada kita akan menjawab kasih sayang tanpa berfikir panjang. Betulkah begitu?

Sebenarnya, ada lagi beberapa kisah menarik yang tersembunyi disebalik gambar ini. Juga berkaitan dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Biarlah aku simpan sahaja untuk aku ceritakan kemudian hari, kepada sesiapa yang sudi berkongsi. Apa pun, petang itu aku telah mengangkat sahabat aku sebagai seorang wira kecil kerana telah menghadirkan sebutir senyuman ke atas sepasang bibir yang tidak dikenalinya sama sekali. Syabas sahabatku!

0 nasihat berguna:

Gula-gula

0
1:42 AM


Seorang lelaki bertanya kepada seorang lelaki Muslim.

"Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?"

Lelaki Muslim itu tersengih sambil mengeluarkan dua biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu salah satu dibuka bungkusannya. Kemudian dia melemparkan kedua-dua gula-gula itu ke atas lantai dan bertanya pula.

"Antara kedua-duanya, yang mana satu akan kamu pilih?"

"Sudah tentulah yang masih berbungkus itu," jawab lelaki yang pertama itu.

"Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa," kata lelaki Muslim itu sambil melebarkan sengihan.

"Dengan mencampakkan mereka ke atas lantai?" Tanya lelaki itu kembali.


.....untuk menjadi Muslim dalam dunia serba canggih sekarang ni, ada empat perkara yang perlu dititik beratkan selain rukun yang lima tu iaitu `berilmu, beriman, beramal dan berdakwah'. Apabila kesemuanya berjalan seiringan, barulah agama Islam dan penganutnya akan dipandang lebih mulia. Dan lagi, tak perlu menyalahkan penganut agama lain bila agama kita sendiri dipandang hina. Ini cuma pendapat aku sahaja.

0 nasihat berguna:

Janji Temu

0
10:58 AM
Dua tiga hari ni, kepala aku makin kuat pulak rasa gatalnya. Sekejap kat atas, sekejap kat tepi. Lepas tu pulak rasa gatal tu turun ke dahi. Pakai helmet pun rasa tak sedap je. Tu belum lagi bila landing atas kusyen kat ruang tamu, aktiviti menonton Pawn Star terus terganggu. Seolah-olah ada beribu-ribu pijat bersaiz super mikro yang tengah buat kerja-kerja tunnel berdekatan dengan akar rambut aku.

Jadi, petang semalam sebaik keluar dari ofis, aku terus pecut aku punya Honda ke arah yang sebelum ni aku pernah singgah. Niat hati nak singgah satu tempat kat Equine area Seri Kembangan tu. Tapi memandangkan jarum pendek kat jam tangan aku hampir melepasi angka enam, aku terus ambik lajak sikit singgah satu tempat kat Seksyen 1, Kinrara.

Selalunya setiap bulan (biasanya awal bulan), aku akan memenuhi janji temu dengan seorang lelaki berketurunan India. Inilah rutin aku untuk mengelakkan rasa gatal kat kepala ni. Cuma kali ni, rasa gatal tu datang lebih awal daripada yang sepatutnya.

Pagi ni, masa sampai kat tempat kerja, aku rasa rerambut halus kat atas kepala aku dah kembali tumbuh. Mungkin dalam setengah milimeter kot...


Walau apa pun, aku rasa lega untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh empat minggu lagi.

0 nasihat berguna:

Taman Kayangan

0
1:43 PM

Mula-mula tiga, kemudian dua. Sekarang dah tinggal satu je. Maksudnya adalah negeri yang kaki aku belum jejak lagi kat Malaysia ni. Masa dulu, negeri-negeri yang belum pernah aku sampai adalah Sabah, Kelantan dan Perlis. Perlis ni kira belum pernah sampai lagi la walau pun pernah terlajak secara tak sengaja. Lain kali kalau ingat, akan aku ceritakan.

Sejak aku bertugas kat tempat kerja aku sekarang, Sabah adalah antara negeri yang kerap aku kunjungi atas tujuan kerja selain Pahang, menjadikan tinggal dua negeri yang belum pernah aku sampai.

Dua minggu lepas, sebaik selesai urusan keluarga kat Pulau Mutiara, aku mengambil kesempatan untuk singgah (bukan singgah sebenarnya sebab kena gunakan dua kali putaran penuh jarum minit untuk sampai ke destinasi) ke pekan Padang Besar. Bukannya sebab aku ni gila shopping ke apa, tapi cuma nak menurut kehendak salah seorang ahli komplot yang teringin sangat ke bazaar jualan kat sempadan tu. Sebagai seorang yang tak gemar membeli-belah, tak ada apa yang menarik minat pandangan mata rabun jauh aku melainkan masakan dari kedai makan tepi jalan tu yang memang masuk dengan tekak aku. Cara nak basuh tangan pun sedikit istimewa. Cuma disediakan satu jag kecil daripada plastik untuk kita cuci tangan tanpa bekas tadahan. Kalau nak cuci tangan, pergi la ambik jag berisi air tu dan hulur je tangan ke tepi kedai. Simple...

Sepanjang beberapa jam aku berada di negeri terkecil kat Malaysia ni, semacam ada satu aura ketenangan yang menyapu dada aku. Perjalanan pergi tu aku sengaja drive dengan kelajuan sederhana (balik aku henjut sikit sebab nak kejar check-in kat sungai Petani), semata-mata nak menghayati saujana tanaman tebu di kiri dan kanan jalan. Dalam hati aku, patut la tempat ni dinamakan Padang Besar. Memang ada padang yang luas rupanya. Sedang elok la tu.


Dan sekarang, aku dah tahu di mana tempat yang paling sesuai untuk aku menetap kelak bila dah bersara... Aku harap ada sesiapa yang sudi menjualkan tanah kat aku buat aku bercucuk tanam kelak...

0 nasihat berguna: