Persediaan

7
6:40 PM
Sesekali, bila terpandangkan langit gelap sampai ke penghujung garis horizon, aku akan persiapkan beberapa perkara sebelum bertolak dengan belalang tempur kesayangan ni.

  • mengenalpasti laluan yang paling kurang berisiko.
  • baju hujan percuma yang boleh dapat dengan harga RM16.90 kat Mydin.
  • baca doa naik kenderaan kalau teringat.
  • pastikan solat sebelumnya dah tertunai dengan sempurna.
  • pekena dulu Winston Light barang sepam dua, buat pelega saluran pernafasan.
  • dan juga bayangan liang lahad, mana la tau kalau aku tak selamat sampai.

...sebentar tadi, tiba-tiba hati aku jadi sayu bila melintas di hadapan mejanya. Masih lagi kosong, tak berpenghuni. Moga dia kini di bawah lindunganNya.

al-Fatihah...

7 nasihat berguna:

Bekal

10
10:13 AM

Zaman yang serba mencabar macam sekarang ni, bawak bekal ke pejabat bagi lelaki tak kira sama ada hidup bujang atau pun yang dah kahwin, bukannya sesuatu yang janggal atau perlu digelakkan. Apa guna berlagak macho tapi perut lapar, itu tak bijak namanya... Jadi kepada lelaki di luar sana, marilah kita bawa bekal makanan dari rumah (bagi yang berkesempatan) dan bersama-sama mencetuskan era baru yang gemilang bagi para pembawa bekal lelaki!

Camera : Samsung GT-I9100G
Bit Depth : 24
Shutter Speed : 1/388
Lens Aperture : F2.6
Focal Length : 3mm
ISO Speed : ISO-32

10 nasihat berguna:

Payung Keegoan

10
8:33 AM

Pagi ni aku memilih untuk manjadi pemandu memandangkan semalam aku dah puas bermandikan air dari langit malam. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi risiko ancaman cuaca untuk ke parking lot dari pintu ofis, aku gagahkan jugak diri mengepit menatang ni naik lif. Bukan senang nak tengok lelaki macho bawak payung!

Published with Blogger-droid v2.0.9

10 nasihat berguna:

Saya Rindu Awak

6
8:00 AM
Perempuan : Hello awak... (suara manja, kepala lentok ke kanan)
Lelaki : Ya, hello. Siapa ni?
Perempuan : Ni saya la, tak cam suara ke...
Lelaki : Oh.
Perempuan : Tu je? Awak tak rindu saya ke?
Lelaki : Tak...
Perempuan : Eleh, tipu... Tak percaya lah! (semakin manja, kepala lentok ke kiri pulak)
Lelaki : ...tap! tuuuuutt...... (talian diputuskan)

-sebagai wakil, aku nak memohon maaf kepada perempuan Malaysia, nak cari lelaki Melayu yang romantik memang payah, tapi kalau Bangla memang ramai...

6 nasihat berguna:

Oksigen

2
7:01 AM

"Houston, Houston... Kami ada masalah!"

"Kami terima, teruskan Rapollo 18".

"Salah satu tangki oksigen kami mengalami kebocoran ketika pelancaran. Bekalan kini hanya tinggal 60% daripada sepatutnya. Mohon bantuan segera!"

"Rilek, jangan risau. Sepanjang misi ni, korang tutup sebelah lubang hidung. Mesti dapat jimat oksigen punya..."

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 nasihat berguna:

Bini Baru

9
9:50 AM

Setelah bertahun-tahun engkau memperhambakan diri engkau terhadap aku. Sanggup berhujan dan berpanas bersama-sama setiap hari, meredah perjalan sejauh 70 kilometer, dirasakan kasih sayang dan penjagaan yang engkau berikan pada aku selama ini amat sukar untuk dibalas dengan hanya memandikan engkau dua minggu sekali. Sekali pun tubuh engkau aku belai lembut hingga ke celah-celah tersembunyi dengan kain sutera import dari Monggolia, tetap juga tidak dapat menandingi jasa-jasa engkau selama ini.

Dengan ini aku amat berbangga untuk membiarkan engkau cuma melakukan tugas-tugas ringan sahaja agar bebanan harian yang engkau tanggung tidak lagi menjadikan engkau lebih tua daripada umur sebenar. Tidak perlu lagi menemani aku hingga lewat malam dibasahi hujan ribut yang pastinya melemaskan. Tidak perlu lagi engkau bangun seawal pagi sebelum matahari menampakkan jalur-jalur cahayanya, tidurlah engkau semahunya, lena diselimuti kehangatan mendamaikan.

Selepas ini, aku akan hanya mengajak engkau ke surau, pasar malam dan kedai runcit untuk membeli rokok. Aku terlalu menyayangi engkau sampai mati.


Diucapkan selamat datang kepada ahli baru dalam keluarga kami. Semoga dengan kehadiran engkau, dapat menyerikan lagi suasana yang sudah sedia ceria ini. Diharapkan juga status engkau sebagai bini nombor dua tidak akan menerbitkan rasa cemburu di hati kalangan ahli keluarga yang lainnya. Berbaik-baiklah kalian, supaya hati aku sentiasa tiada kegusaran.

Dan tugas pertama engkau adalah, hantar aku pergi kedai beli gas!


- tokey kedai moto ni pandai cakap jawa pulak, mungkin sebab tu kot aku beli kat kedai dia...
-ya, buat masa ni aku parking betul-betul depan pintu dan berantai walau pun rumah aku berpagar dan bertembok setinggi enam kaki.

9 nasihat berguna:

Sibuk

4
9:54 AM

Agak sibuk dalam beberapa hari ni. Sekejap kat ofis, sekejap kat tepi jalan, sekejap kat atas bukit, lepas tu tiba-tiba aku sedar tengah makan cendol bawah pokok.

Ada beberapa cerita yang aku nak tipukan kat sini, tapi aku lebih selesa menaip menggunakan papan kekunci, bukan skrin sesentuh.

Namun begitu, jejari runcing aku tetap gatal nak naikkan entri jugak.

Deskripsi ringkas tentang diri aku dari kaca mata sendiri iaitu...

...seorang yang tak berapa hensem tapi tetap pernah dan sedang menjadi kegilaan beberapa wanita yang waras!

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 nasihat berguna:

Rezeki

6
8:42 AM

Apa makna yang tersurat dan tersirat pada imej yang aku tangkap ni? Sebenarnya tiada sebarang maksud yang mendalam pun.

Benda ni cuma bekas makanan milik tokey bengkel tempat persinggahan aku sekarang. Kisahnya, pagi ni sengaja aku keluar lewat sikit, iaitu tepat jam 8 pagi aku melangkah keluar dari restoran mamak; lepas pekena roti telur, kopi tarik, 3 batang Winston dan bacaan beberapa tajuk laporan was-was daripada Sinar Harian.

Tapi sepanjang perjalanan beberapa minit merentasi hampir 3 kilometer, cuma bengkel ni aje yang dah bukak. Bengkel lain sepanjang jalan ni semua masih lagi belum bukak pintu.

Seingat aku, kalau aku lalu depan bengkel di pukul 7 pagi pun, tetap dah bukak.

Nah, bukan susah pun nak bangun awal dan memulakan hari dengan senyuman ramah, macam apek ni. Rezeki pun mesra je masuk. Sampaikan nak breakfast pun tak sempat.

Terima kasih wahai encik apek...

Published with Blogger-droid v2.0.9

6 nasihat berguna:

ATM

4
12:45 PM
Aku ada seorang kenalan yang boleh dikatakan langsung tak pernah menggunakan apatah lagi memiliki kad ATM.  Apa yang aku perhatikan, hidupnya tidak banyak terganggu kecuali apabila tiba musim orang ramai memenuhi kaunter.

Dia kata (lebih kurang macam ni), apa susahnya takde kad ATM ni, janji pandai arrange pemasaan yang tepat antara keperluan kewangan semasa keluarga dengan berapa budget yang ada dan diperlukan dalam tangan.

Entahlah, sesuatu yang agak sukar untuk aku praktikkan. Mujur aku mendiami kawasan yang dikelilingi dengan tiga buah Giant, stesen minyak dan bank. Dengan kedudukan yang tak jauh antara satu sama lain.

Location, location, location...

4 nasihat berguna:

M

2
11:38 AM
Gambar yang sedang ligat berlegar di ruang laman sosial.

Sebenarnya aku tetap dengan pendirian aku, pendirian yang mungkin dianggap tak sealiran dengan kebanyakan. Atau bertentangan dengan apa yang kalian sedang fikirkan. Kerana...

2 nasihat berguna:

Abon

3
10:24 PM
Walau pun aku ni seorang yang agak sukar untuk ketawa apatah lagi untuk terbahak-bahak apabila menonton rancangan komedi di tv, tapi aku adalah antara pengikut setia Raja Lawak bermula musim kedua (musim pertama rumah aku takde Asstro) sehingga Maharaja Lawak, dan yang terbaru Maharaja Lawak Mega yang masuk musim tahun 2012.

Ada sesuatu yang aku agak senang dengan para pelawak zaman sekarang ni iaitu mereka lebih berani untuk mengambil situasi dan orang-orang sekeliling sebagai bahan lawak. Ada yang menjadi, ada jugak yang macam harom lawaknya. Si Nabil dengan idea-idea simple tapi tersusun, Jozan pulak dengan hasil lawak kreatif dua kepala dan Boboi pulak dengan cara tersendiri ala lawak teaterikal (tak pasti terma ini wujud atau tidak).

Dalam ramai-ramai tu, aku tertarik dengan kumpulan Sepah dan jugak Osbon.

Pada aku Sepah kumpulan lawak yang superb dengan idea sederhana tapi tajam, ditambah pulak mereka ni sering memasukkan unsur simpulan bahasa dalam pengisian mereka. Sesuatu yang jarang (atau malas) dilakukan oleh kebanyakan penghibur zaman sekarang.

Manakala kumpulan Osbon pulak aku cukup tabik dengan Abon yang selalu berpantun dalam persembahan mereka. Yang istimewanya, dia jarang mengucapkan pantun dua kerat seperti kebanyakan pelawak (dan David Teo) yang lain. Tetapi pantun empat kerat yang cukup sempurna sifat dan cirinya seperti yang aku dah naikkan dalam entri terdahulu (blog sebelumnya).

Bukan senang tu beb. Apa pun syabas kepada Abon walau pun dia tak menang kali ni!

3 nasihat berguna:

Kolot

6
2:57 PM

Entah kenapa, walau pun aku adalah antara pengguna telefon pintar (cewah!) sejak beberapa bulan lalu, aku masih lagi menganggap dan mahu terus kekal sebagai seorang yang kolot. Kolot pemikiran, ketinggalan dalam pemakaian, daif tentang citarasa masa kini atau masih lagi bernafas di bawah tempurung. Pendek kata sangat tak 'up to date' dalam banyak perkara. Katalah itu semua adalah aku, aku bukan sahaja tak kisah malah lebih senang dikatakan sebegitu.

...kerana aku sememangnya tak mampu mengikuti arus peredaran yang terlalu deras, yang mungkin akan membuatkan aku mati lemas satu hari nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.9

6 nasihat berguna:

Belanja

4
10:42 AM
Aku seorang penunggang motosikal harian. Pergi pagi, balik petang. Dalam pada mengharungi perjalanan pergi dan balik sehari-hari tu, banyak jugak yang sempat aku perhatikan di kiri dan kanan jalan. Kadang-kadang kat tengah jalan pun ada yang menarik perhatian aku.

Semua yang aku perhatikan tu kebanyakannya perkara yang sama tetapi dengan tingkah laku yang pelbagai. Beruntunglah bagi mereka yang menunggang motosikal berbanding yang memandu kereta walau pun sering menerima ancaman cuaca dan malapetaka kemalangan.

Sebenarnya pagi tadi aku ada ternampak satu fenomena yang biasa dilihat atas jalan iaitu para penunggang/pembonceng wanita yang gemar memberikan `rezeki mata' kepada lelaki. Pakaian dah elok dengan bertudung dan berbaju kurung. Tapi bila pandang ke bawah...

Alamak, sekali dia belanja tengok betis da...

4 nasihat berguna:

Sweet

0
10:01 AM
.
.
.
"War is sweet to those who have never experienced it". - Pindar
.
.
.

0 nasihat berguna:

Sahabat

2
7:58 PM

Internet dan smart phone adalah dua sahabat baik.

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 nasihat berguna:

Satu, Dua, Tiga...

8
11:08 AM

Ambil masa dalam beberapa minit aku nak bagi lembut jari-jemari runcing aku ni. Dan terbuang la jugak tujuh, lapan keping kertas nak dapatkan tulisan macam ni. Aku tak ingat secara tepat bila kali terakhir aku menulis dalam tulisan jawi. Kalau tak silap, beberapa bulan lepas masa aku turunkan autograf atas buku tetamu kat satu kenduri kahwin kawan aku (kot).

Apa pun, aku tetap sedar bahawa kualiti tulisan aku tak pernah meningkat sejak 20 tahun lalu.

8 nasihat berguna:

Different

0
6:17 PM

...am not living in the same world as you are. So, I decided to watch you far away from here and pray you will remember me for five minutes of your 24 hours of day...

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Lari

0
8:06 PM

.
.
.
Bermula sejarah tertulis sejak ratusan ribu tahun lampau, kita semua terlalu asyik berlari-lari mengejar sesuatu yang kita sendiri tak pasti akan tujuannya. Kita mula berlari entah berapa lama... Akhirnya tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang dikejar oleh benda yang kita kejar selama ini.
.
.
.

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Tidur

0
8:25 AM
.
.
.
Hilangkanlah apa-apa saja yang kau pernah impikan selama ini, kerana kita tak pernah tidur walau sesaat...
.
.
.

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Pandu Lalu

2
7:01 AM

Ini adalah port roti canai kegemaran aku sebab:
- selalunya aku tak perlu turun dari belalang tempur, tak perlu matikan enjin.
- cuma angkat tangan dan sebut "bang, macam biasa".
- rotinya kekal lembut walau pun dah sejuk.
- harga masih 80 sen untuk roti kosong.
- memang laluan aku pergi kerja.
- boleh cuci mata membanci kenderaan yang lalu.

Tapi:
- aku lebih selesa singgah sebelum waktu puncak.
- kenderaan masih belum banyak, sekali gus habuk pun kurang sikit.

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 nasihat berguna:

Endah

0
2:39 AM

Ada banyak perkara dalam hidup ini yang kita tidak faham dan sukar untuk dirungkaikan maksudnya, walau pun kita telah melalui lebih separuh abad usia.

Tak perlu mencari, tak perlu menggeledah mencari kandungan tersurat. Hanya, teruskan kehidupan seperti yang sepatutnya.

Dan nikmati sebaiknya...

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Wajah Membosankan

0
9:57 PM

Kadang-kala kita suka membayangkan rasa bosan dengan tanggungjawab rutin seharian. Melakukan perkara yang sama berulang kali. Over and over again... Sehingga pada satu tahap, wajah-wajah yang kita kenali seharian juga turut menerbitkan rasa jemu.

Tapi, ada satu wajah yang tidak pernah gagal menarik perhatian kanta mata kita, hingga tak terlintas langsung rasa bosan. Iaitu wajah orang-orang yang kita sayang, walau pun mereka telah tiada untuk disentuh.

Teruskan, teruskan mengukir imej wajah mereka ke atas dinding memori kita. Semakin lama, semakin halus ukiran itu. Agar semakin kejap rasa kasih kita kepada mereka, sampai bila-bila...

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Air

2
2:15 PM

Kat masjid. Bila pulas je kepala paip, menderu air macam air terjun kat Bentong. Tak pasti berapa liter air yang aku guna untuk wudhu' tadi...

Ustaz aku kat sekolah rendah dulu pernah bagitau, dia cuma guna sebotol air je untuk wudhu' masa pergi haji...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 nasihat berguna:

Terselit Di Celah

1
7:42 AM
Bila aku rapati, seperti nyawanya telah tidak lama meninggalkan jasad. Kejung, kaku. Jasadnya yang separuh di luar itu kelihatan masih lagi segar. Mungkin jika ditoreh perutnya, akan meleleh darah segar.

Aku dekati lagi. Amati dengan lebih teliti. Dengan hujung jari aku yang runcing, aku cuba menjentik ekornya untuk lebih kepastian.

Sebaik tersentuh, dia pun melesapkan diri entah ke mana di dalam lubang. Bijak betul kau berlakon meminta simpati!


1 nasihat berguna:

Bisa Luka

2
11:09 PM
.
.
.
Luka yang paling memeritkan adalah luka yang tidak berdarah dan tidak kelihatan. Bisanya amat tak tertanggung dan terasa hingga ke hujung nyawa...
.
.
.

2 nasihat berguna:

Rokok

4
12:24 PM

Sebentar tadi, dalam kesibukan membikin kerja kat depan monitor ni, sempat jugak aku jengok kat blog listing aku. Tiba-tiba tertengok entri terbaru seorang blogger dikenali ramai tengah posing muka ketat dengan sebatang objek seakan rokok terselit di celah bibir tak munggilnya. Entahkan nak gelak, entahkan nak tercirit... Aku pun tak pasti sebab kelakarnya berada pada tahap yang sukar untuk dijustifikasikan. Hahahahaa! <sambung bawah>

Kat ofis aku, ada beberapa tempat yang jadi port hisap rokok secara tak rasmi. Pertama, tangga iaitu tempat yang menjadi favorite ramai perokok tegar. Sebab boleh `nongkrong' sambil sembang hal-hal dunia. Kedua, kat pantri. Ini favorite spot aku dan beberapa orang lain, terutamanya waktu petang. Yang bestnya, kat sini boleh mengepam sambil pekena teh (atau minuman lain). Ketiga, kat meja sendiri. Kat sini, cuma beberapa orang je yang berani termasuk aku. Itu pun bila aku dah pastikan orang-orang `kuat' dah balik dan line betul-betul clear. <sambung bawah>

Sepatutnya, semua bangunan kat Malaysia ni menyediakan tempat khas untuk orang merokok, terutamanya pejabat kerajaan. Sebab, para perokok ni makin dilarang, makin galak la diorang cari port melepaskan ketagihan. Itu yang berlakunya kebakaran. Bila takde port, mula la buntut rokok yang menyala tu bersepah-sepah kat tempat yang sepatutnya. Aku teringat masa kat Sandakan Airport hari tu. Ruang terminal yang terhad tak jadi penghalang untuk pihak berkenaan menyediakan tempat khas untuk merokok. Walau pun sempit, tapi sekurang-kurangnya dapat la mengawal perangai para perokok ni. <sambung bawah lagi>

Aku nak cadangkan majikan aku buat perkara yang sama, sediakan tempat merokok yang khas. Tapi kali ni lebih ekstrim lagi. Saiz lantai 5'x5' dengan ketinggian ruang kelegaan cuma sejengkal melebihi paras kepala lelaki dewasa, tanpa sebarang sistem pengudaraan. Jadi kepada sesiapa yang tak bawak rokok, masuk lima minit pun dah macam hisap sekotak rokok... Baru la betul!

4 nasihat berguna:

Kehilangan

4
12:08 PM
Dulu masa semua kecil, budak-budak lagi... Kalau balik kampung mesti riuh. Anak dua orang pun dah kecoh macam bawak satu bas sekolah. Nak kencing la, nak berhenti makan la. Macam-macam perangai.

Kat rumah pun tak nak kalah. Kalau tak bergusti sesama adik-beradik, mak bapak la yang jadi mangsa `keganasan rumah tangga'. Habis barang kena selongkar. Pinggan mangkuk dari dalam kabinet kena keluarkan, disusun atas lantai. Baju-baju dari dalam almari habir bergumpal atas tilam. Yang teruk jadi speaker mesti la emaknya. Dari pagi sampai pagi dengar suara dia je.

Dengan si bapak pun sama je, tak nak kalah. Berebut remote tv. Asyik nak tengok dia punya rancangan je. Lepas kartun, kartun... Lepas Upin & Ipin, tukar tengok Boboiboy pulak. Takde chance langsung bapaknya nak tengok result bola.

Dah penat tengok tv, pantang tengok kita baring. Habis satu badan dipanjatnya. Disuruhnya jadi kuda nak tunggang keliling ruang tamu. Disuruhnya mengaum macam singa dalam zoo. Dan mengekek-ngekek ketawa bila perutnya digeletek.

Tapi...

Bila anak-anak masing-masing dah mula membesar, kita mesti akan rasa sedikit kehilangan. Tiada lagi gangguan semasa memandu. Tiada lagi perebutan anak dengan bapak di depan tv. Tiada lagi dapur yang bersepah.

Si kakak sibuk dengan facebook. Si adik sibuk main-main kat luar dengan kawan. Bila balik kampung, masing-masing pandai buat hal sendiri. Tiada lagi teriakan nak mintak belikan permainan aksi dari kedai Mesra. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, anak-anak lebih suka tidur atau melayan dunia masing-masing di telefon bimbit.

Itulah kehilangan yang dirasakan oleh ibu bapa walau pun anak-anak berada betul-betul di depan mata...

...meminjam sedikit kata-kata Abang Ariff, orang lama kat tempat aku kerja.

4 nasihat berguna:

Magnet Roti Telur

2
7:29 AM

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam malas nak terkejar-kejar pergi kerja pagi ni. Lagi pun dah lama aku tak pekena roti telur kat warung sebelah traffic light Bukit Angkasa, Kerinchi ni. Layan jugak...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 nasihat berguna:

Isolasi

2
12:43 PM
.
.
.
Pada aku, aku lebih rela kehilangan salah satu jari pada tangan daripada kehilangan seseorang yang aku anggap sahabat. Tetapi tak banyak yang dapat aku lakukan jika ada antara mereka yang cuba menjauhkan diri daripada aku.
.
.
.

2 nasihat berguna:

Angkut

4
10:41 PM
Memang dah lama aku bengang. Rasa tak puas hati yang teramat sangat. Hampir setiap hari sebenarnya terutama sekali bila aku balik kerja dah malam dalam keadaan yang agak letih. Perasaan aku makin sakit bila tengok tong sampah aku tak tertutup, terdedah dalam keadaan yang tak sepatutnya.

Kadang-kala sisa-sisa sampah bertaburan di sekitarnya. Entah kenapa, perkara ini selalu membuat aku rasa tak puas hati dengan kontraktor angkut sampah kat kawasan perumahan aku. Bukan baru sebulan dua, malah sejak aku berpindah ke sini lebih kurang tiga tahun lalu.

Dah la cerewet, banyak cekadak lagi tu. Mereka cuma akan angkut sampah yang terikat atau berbungkus sahaja. Kalau main longgok macam tu je, jangan harap nak dilayan. Rumput kering, ranting kayu atau yang seadik-beradik dengannya jugak tak terkecuali.

Dan sejak akhir-akhir ni, khidmat mereka semakin kurang konsisten. Pernah sekali, sampah kat kawasan aku tak dikutip selama hampir seminggu. Dan paling aku kurang percaya walau pun aku sendiri tengok depan mata, bila mereka melakukan operasi kutipan sampah jam dua pagi! Apa kes???

.
.
.
.
.
.

Namun begitu, beberapa hari yang lepas semua itu segera aku maafkan apabila aku terpandang satu fenomena yang sedikit menjentik hati. Ini yang aku saksikan apabila aku menghabiskan masa `mengepam asap' kat luar rumah petang tu. Dalam keadaan hujan petang yang turun dengan tiba-tiba (ya, aku ponteng kerja time tu), hembusan asap dari lubang hidung dan mulut berbibir munggil aku memang mengasyikkan, sebelum perhatian aku dialihkan kepada mereka...

Baru aku sedar, aku tak pernah berterima kasih terhadap apa yang mereka lakukan selama ni.
Jauh sekali untuk menghargai.
Siapa antara kita yang sanggup melakukan kerja sebegini dalam hujan???

4 nasihat berguna:

Kabus

4
8:09 AM

Sejak akh menjadi jembalang dalam hutan batu ni, memang jarang sangat aku dapat sedut udara pagi yang berkabus macam ni. Kulit pun dah lama rindukan titisan-titisan embun jantan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 nasihat berguna:

Pagi Ini

3
10:27 AM

Cari tapak, lawat tapak, tengok tapak... Usha-usha apa yang patut...

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 nasihat berguna: