Pandai Jaga Suami

10
2:01 PM
Selalu kita dengar orang akan kata macam ni, "wah, dah gemuk kau sekarang, pandai bini kau jaga" atau "dah berisi laki kau sekarang, pandai kau jaga". Tak pernah dengar? Besar punya tipu!

Mungkin mereka yang cakap macam tu berpendapat bahawa, lelaki yang meningkat berat badannya berbanding sebelum berkahwin disebabkan isteri yang pandai menjaga serba-serbi keperluan suami. Daripada makanan yang sedap-sedap, pakaian yang sempurna penjagaannya iaitu tiap-tiap pagi siap digosok sebelum kerja atau pun rumah yang bersih licin macam pipi Anita Sawarak.

Bolehkah dipanggil isteri mithali macam tu? Mungkin ya, mungkin tidak...

Pada pendapat aku : seorang isteri tu akan dikira pandai jaga suami kalau dia dapat mengekalkan tahap kesihatan suami sama macam masa dia belum kahwin dulu (atau lebih baik lagi). Bukan diukur pada berat badan semata-mata. Kalau berat badan naik mencanak daripada saiz cacing kerawit jadi macam anaconda tapi lepas 20 tahun bermacam jenis penyakit datang hinggap, pun tak guna jugak. Nak bangga apa kalau tiap-tiap minggu temankan suami pergi buat check-up darah tinggi atau kencing manis akibat makan tak berpada-pada.

Aku rasa, persepsi itu la yang perlu diperbetulkan. Tapi kalau dah semulajadi bila kahwin badan terus naik, aku anggap itu satu bonus. Isteri mana tak gembira tengok suami chubby, sama macam lelaki-lelaki yang dapat isteri gebu...

*aku minta maaf kalau ada yang berkecil hati, ini adalah pendapat peribadi...

10 nasihat berguna:

1Malaysia

9
10:58 AM

Sekarang aku ada kat rumah. Sebentar tadi ada sekumpulan lelaki berkemeja biru melalui depan rumah aku. Salah seorang daripadanya datang dekat dan mengetuk pintu pagar sambil memberi salam.

Bila aku jenguk dan perhati betul-betul, ada logo 1Malaysia kat dada dia.

Dan aku pun terus sambung berbaring sambil meneruskan tontonan kisah burung purba kat Animal Planet...

*aku jawab salam dia dalam hati.

Published with Blogger-droid v2.0.9

9 nasihat berguna:

"Friend of my friend" di Legoland

15
12:09 AM
Sejak awal pembukaannya secara rasmi beberapa bulan lepas, tak pernah terlintas dalam kepala botak kacak aku nak menjejakkan kaki ke tempat ni. Makin aku kutuk lagi ada. Bagi aku, tempat yang mengenakan bayaran hingga boleh dihitung dalam kiraan ratus bukanlah untuk aku. Aku yang tak berapa banyak duit dalam akaun bank. Aku yang tak berapa nak up-to-date dalam perkembangan dunia sosial. Dan aku yang tak berapa gemar berada di tengah-tengah orang ramai...

Pun begitu, demi menurut pujukan dan muncungan bibir seorang perempuan bernama Adele, aku terpaksa mengalah lantas menyemak berepa baki duit yang ada dalam akaun secara online. Mujur, rezeki Adele ada dalam bentuk kegembiraan di taman tema yang pertama di Asia ni. Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Pada mulanya, aku dapati tak ada sesuatu yang boleh dikatakan istimewanya tentang tempat ni. Apa yang ada cuma beberapa jenis permainan yang dibahagikan kepada beberapa zon seperti Lego Kingdoms, Land of Adventure, Miniland dan Lego City. Semuanya seperti dijangka dipenuhi dengan permainan macam dalam taman tema lain. Ada kereta lumba Nissan untuk budak-budak, ada permainan roller coaster untuk mak dan bapak budak, ada Legoland Express iaitu kenderaan untuk mereka yang malas berjalan tapi terpaksa beratur hampir sejam untuk 20 minit perjalanan, ada kedai `cederahati' yang menjual topi berjenama Lego berharga RM59.90 dan jugak gerai menjual popsorn berharga RM10! Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Cuma ada satu ciri penting yang menjadikan Legoland ini adalah Legoland, iaitu kebanyakan permainan dan binaan bangunan di sini diperbuat (atau sekurang-kurang kelihatan seperti diperbuat) daripada bongkah-bongkah kecil dan besar permainan Lego. Bab yang satu ni memang aku terpegun sangat hinggakan aku berlegar-legar di Miniland beberapa kali untuk merakamkan gambar statik dan video bandaraya miniatur ni dari dekat. Bukan itu je, kenderaan-kenderaan kecil di celah-celah bangunan, komuter yang menjalar sepanjang Miniland, kipas kapalterbang di lapangan terbang mini, kapal dagang dan kren di pelabuhan, semuanya bergerak! Menjadikan dunia miniatur ini seolah-olah hidup. Tak lupa jugak, terdapat satu konsert mini yang sedang berlangsung di Dataran Bandaraya kecil ni.

Tu dia Dataran Bandaraya, memang macam real seh! 

Yang ni pulak Masjid Sultan  Abu Bakar, terus mengingatkan aku pada entri aku yang ni.

Tapi, satu-satunya binaan miniatur yang buat aku terpegun adalah ini, Menara Berkembar Petronas (KLCC).Setinggi lebih kurang dua kali ganda aku, terasa macam badan aku tiba-tiba membesar macam godzilla jantan berkepala botak pulak. Sangat terperinci buatannya. Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Tu dia, kalau aku update status dalam facebook aku gunakan gambar ni dan bagitau jejantas udara tertinggi dunia ni bakal runtuh sebab kegagalan salah satu struktur penyokongnya, mesti ramai yang panik.

Malangnya, cuma itu sahaja yang membuatkan aku teruja sepanjang berada di tanah Lego ni. Sebelum tu, aku terpaksa beratur lebih sejam semata-mana nak menaiki roller coaster termasuk menunggu sehingga masalah teknikal dapat diorang atasi. Tapi tak sampai seminit aku dapat main benda ni. Ditambah dengan cuaca terik, walau pun langit berawan dan awal pagi sebelumnya bumi sekitar Johor Bahru dibasahi hujan, ketiak aku betul-betul basah...

Sebelum tu...

Ketika kami menunggu urusan tiket diselesaikan oleh `friend of my friend' di pintu masuk, kami sempat jugak dihiburkan oleh seorang artis muda. Aku panggil dia ni artis sebab kerjanya kat situ adalah menghasilkan objek-objek seni dengan hanya menggunakan sepuluh jari tangan sahaja. Jangankan budak-budak, orang tua pun dia layan jugak. Mintak je la bentuk apa pun, dia akan cuba buatkan...

Kau tak perlu memiliki wajah penyanyi Kpop atau bersuara Justin Bieber untuk aku gelarkan artis, cukup sekadar menghasilkan sesuatu supaya ada orang lain terhibur.

Sebelum tu...

Aku ada jugak merakamkan beberapa aksi pengunjung di luar pintu masuk Legoland ni. Ada yang bermata sepet dengan bahasa Jepun mereka, ada awek cantik bertudung dan badan dibaluti t-shirt ketat, ada kanak-kanak berlari-lari sekeliling tiang pintu gerbang... Semuanya datang ke sini dengan berbekalkan hati yang gembira sambil melupakan harga tiket yang sebenarnya. Tapi, jangan tanya aku berapa bayaran masuk ke tempat ni. Nanti aku bagitau...

Nampak tu, si kerdil ni tak pernah mengadu penat berdiri lama-lama atas pintu gerbang ni walau pun tak pernah diberikan bayaran setimpal. Tetap setia menyambut semua orang yang datang.

"Aku dah pergi Legoland, korang hado?" Damn, tiba-tiba aku rasa benci pada diri sendiri bila keluarkan ayat bapak berlagak macam ni.

Sebelum tu lagi, aku tiba kat situ lebih kurang pukul 10:30 pagi. Aku menjangkakan tempat ni masih lagi tak dipenuhi dengan manusia-manusia gila dari serata tempat, tapi tekaan aku silap apabila dari jauh aku dapat tengok ratusan manusia tengah beratus dalam barisan yang berliku-liku menuju ke kaunter tiket. Aku tertonggok kat depan kaunter tu bukan sebab nak beli tiket, tapi masa tu aku sedang melayani perasaan kaget dengan apa yang berlaku. Soalan pertama aku kepada Adele adalah, "Apasal ni, sultan nak bagi duit raya ke?"

Gila, ini betul-betul gila...

Ohya, sebenarnya harga untuk bayaran basuk bagi orang dewasa adalah RM140 sahaja. Diulangi, RM140 sahaja! Tetapi sebenarnya aku dan Adele separuh bertuah hari tu sebab `friend of my friend' yang aku maksudkan adalah salah seorang pekerja di situ. Jadi dapatlah kami masuk situ berlagak macam orang kaya dengan separuh harga iaitu RM70 seorang. Pun begitu, tangan aku tetap menggigil seram sejuk masa menghulurkan not RM140 (untuk dua orang) kepada `friend of my friend' tu...

Dan khabarnya, harga sebenar tiket ni akan dinaikkan dua kali ganda tahun depan apabila taman tema air kat dalam tu siap sepenuhnya. Pergh...!!! Memang sah tanah Lego itu bukan untuk orang tak kaya macam aku...

15 nasihat berguna:

Tiada Azam

9
10:37 AM

Tinggal beberapa hari je lagi kita semua nak buang kalendar yang ada sekarang dan digantikan dengan kalendar percuma dari mana-mana kedai runcit. Ada kalendar dinding, ada jugak kalendar jenis letak atas meja. Yang paling aku tak boleh blah pulak kalendar saiz kad yang selalu along selitkan kat celah pagar rumah atau pejabat. Lagi berani, ada jugak yang akan selitkan kat celah leher belalang tempur aku. Kononnya supaya kita mengingati mereka sepanjang tahun, menandakan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan pertolongan.

Dan tak berapa lama lagi jugak (sebenarnya sekarang pun dah mula), kita semua sibuk cerita pasal azam. Apa azam baru tahun depan, apa azam tahun ni yang sudah dan belum tercapai. Nak carry forward atau biar burn macam tu je. Terpulang la...

Seingat aku, aku tak pernah ada azam tiap kali tiba tahun baru. Bukan sebab aku ni jenis yang tak bervisi dan bermatlamat dalam hidup, tapi biarlah aku sendiri tentukan bila masa sesuatu impian aku tu perlu tercapai tanpa dikongkong oleh jujukan nombor atas kertas yang dipanggil tarikh. Apa yang penting, misi aku sepanjang masa adalah mahu terus kekal sebagai penyumbang penting kepada kemajuan ekonomi negara tanpa disedari.

Caranya mudah je, terus membayar cukai atas satu komoditi yang tak ramai daripada kita semua suka iaitu...

(gambar dari entri ini)

9 nasihat berguna:

Hantu Kopek

10
11:44 AM
Pertengahan tahun 1980-an dulu...

"Balik cepat, dah maghrib ni!" Jerit mak aku dari depan pagar rumah teres kos rendah ke arah aku yang masih lagi tak sudah-sudah bermain. Aku, Zali, Akab dan Iwan memang suka main kat tebing yang menjadi pemisah antara kawasan kejiranan kami dengan kawasan berpaya sana. Tebing itu lebih tinggi beberapa kaki daripada aras paya bertakung air itu.

"Nanti la kejap, orang nak main lagi ni," balas aku entahkan sampai entahkan tidak ke cuping telinga mak aku. Sekilas pandang, rambut mak aku dah mengerbang macam watak hantu sundel bolong dalam filem Indonesia yang jadi kegilaan pada masa tu.

"Cepat balik! Sekarang jugak. Nanti kena sorok dengan hantu kopek baru tau!" Jerkah mak aku cuba menakut-nakutkan kami.

Sebaik mendengarkan amaran mak aku tu, Iwan bertanya kepada kami, "kalau hantu kopek tu macam Raja Ema, korang balik la dulu. Aku nak tinggal..."

Haramjadah, nak makan sorang nampak!!!

*baru lepas tonton filem Afdlin Shauki yang macam harrom...

10 nasihat berguna:

Dinding

10
10:37 PM
(gambar sebenar, bukan curi dari Google)

Ini adalah gambar yang aku snap beberapa hari lepas. Sebenarnya ini bukan dinding luar barisan belakang kedai mamak, bukan jugak tiang column di bawah jejambat sekitar KL, jauh sekali nak mengatakan bahawa ini adalah sebahagian besar runtuhan sebuah bangunan lama yang menjadi mangsa vandal.

Tapi ini adalah sebahagain kecil daripada salah satu dinding panel di dalam rumah. Tu dia, dalam rumah! Bukan luar rumah. Tak cukup dengan kesan tampalan poster yang mengakibatkan cat terkopek, ditambah pulak dengan tampalan huruf-huruf ABC yang tak cukup sifat. Itu kira ok lagi. Tambah menyakitkan mata kepala, terdapatnya kesan contengan dari hujung kanan sampai la ke hujung sebelah kiri setinggi paras pinggang lelaki kacak macam aku.

Bila aku tanya, "kenapa dibiarkan budak-budak tu conteng sana-sini, lepas tu kau tak marah ke?" dan jugak "kau tak nak cat balik ke, sayang la sebab dulu pakai cat mahal yang jenis limited color".

Tapi dia jawab selamba... "Aku memang sengaja biarkan ada satu tempat untuk budak-budak tu berkarya. Dari mata kasar kita, ini cuma contengan biasa budak-budak kecik je. Tapi ada sorang psikiatris kanak-kanak bagitau aku yang diorang ni sebenarnya sedang berimaginasi, sedang mencipta sesuatu, mengolah kepada sesuatu yang cuma mereka je faham dan jugak sedang mengasah daya kreativiti. Biarkan je la, lagi pun aku dah khaskan dinding tu untuk diorang buat sesuka hati..."

Iye la tu, aku hampir setuju dengan pendapat psikiatris tak bertauliah yang tak pernah masuk tv tu. Apa pun, kalau nak cat rumah raya tahun depan, jangan lupa panggil aku sekali. Dan kepada budak-budak tu, aku harap mereka tak mensia-siakan peluang mengasah bakat dari usia yang muda lagi...

10 nasihat berguna:

Kertas Ujian

12
3:55 AM
Sebenarnya, aku memang dah lama tak memaki dan mencarut terutamanya dalam blog yang baru ni. Kalau dulu, hampir setiap hari aku akan `compile'kan kata carutan yang terbuku ke dalam bakul sampah sampai melimpah-limpah, membuak-buak... Terlalu banyak yang aku tak puas hati, terlalu berderet perkara yang buat aku panas hati, semuanya berulang-ulang.

Kadang-kala je aku akan memberikan kata-kata pujian (ikhlas, bukan bodek membabi buta) pada perkara atau orang yang aku rasa patut diberi penghargaan. Dan, aku mahu kekal `bersih' dalam blog ni.

Tapi, sepanjang hari kita celikkan mata bermula dari kita bangun tidur sampai la kita kembali melelapkan mata (atau mati sempat mengucap), sesekali kita akan didatangkan dengan ujian yang bukan dalam bentuk peperiksaan bulanan atas kertas. Syukur, Tuhan masih lagi sudi memberikan ujian yang tak seberapa ni menandakan dia tak terlepas pandang akan kita, supaya akan ada sesuatu untuk dicatitkan pada kemudian hari...

*Berderau darah aku bila tahu ipar aku nyaris kemalangan dengan sebuah kereta gila awal-awal subuh tadi, masa dia memboncengkan bini dan anak dia yang umur setahun lebih atas moto... Nasib kau baik wahai pemandu budiman, aku dah malas nak memaki...

12 nasihat berguna:

Bontrot

12
9:32 AM
Dulu, kawasan luar bandar atau sebahagian kawasan sedikit urban kat Johor, budaya ni diamalkan semasa adanya kenduri-kendara di satu-satu tempat. Tetamu yang datang takkan pulang dengan tangan kosong. Masing-masing akan dipastikan pulang dengan makanan, sama seperti apa yang mereka makan ketika majlis. Bukannya `goody bag' macam sekarang. Biasanya majlis perkahwinan.

Kalau tetamu dihidangkan dengan nasi ambeng (sebutan sebenar adalah `ambeng' bukan `ambang'), mereka tetap juga akan membawa pulang makanan ke rumah, untuk dijamu oleh seisi rumah yang tak hadir iaitu baki (bukan baki sebenarnya sebab yang dimakan kat situ sikit je, tapi yang dibawa balik lebih banyak) makanan di dalam dulang tu. Ini adalah tradisi masyarakat jawa.

Benda ni kebiasannya disebut sebagai `berkat'. Selalu benar kita dengar kita tegur orang yang balik dari kenduri dengan soalan "dapat berkat apa?" atau "dapat berkat tak?". Aku tak pasti kenapa benda ni dinamakan sebagai berkat. Mungkin sebagai (1) simbol kepada keberkatan yang tuan rumah perolehi dengan memberi sedekah makanan kepada orang ramai atau (2) boleh juga dikatakan berkat (hadiah) yang diperolehi oleh tetamu yang tak dapat datang. Entah, tak terfikir pulak aku nak tanya siapa-siapa sebelum ni.

Hari Ahad lepas, aku ada memenuhi undangan majlis perkahwinan kat Sungai Panjang (dalam daerah Sungai Besar). Kawasan kampung, orang kampung, tuan rumahnya pulak adalah orang banjar (bapa pengantin) dan orang minang (mak tiri pengantin). Dan sebelum pulang, aku dibekalkan dengan berkat untuk dibawa balik.


Sebenarnya, benda ni kalau orang jawa mereka panggil `bontrot'...

12 nasihat berguna:

Kawan Kepada Kawan

6
12:31 PM
"Bro, lu ada tak nombor mana-mana tow truck. Atau kawan-kawan lu ke. Bos gua punya kereta tersangkut la. Nak tunggu callman, mau koyak kena ketuk."
"Tunggu jap, gua selongkar dulu phone book ni. Nanti gua call balik."

"Bro, ada tak kenal mana-mana lawyer yang baik hati. Kira boleh kawtim punya. Gua buat loan rumah ni, nak appoint lawyer sendiri, senang sikit."
"Orait bro, gua nak check dulu. Nanti gua call balik."

"Bro, gua tengah cari orang yang boleh quote harga la. Nak extend gua punya dapur. Semua yang gua tanya nak makan belas-belas riban pulak."
"Small matter, ada ramai. Nanti gua call balik, bagi yang paling tak mahal."

"Bro, ada siapa-siapa nak angkat Kancil 660 lampu bulat tak? Kawan gua nak tolak ni. Starting harga 4 ribu boleh nego lagi. Dia nak duit cepat."
"Ha, gua rasa macam ada kot. Nanti gua tanya."

.
.
.
.
.
.

Dalam hidup, kita tak boleh cuma bergantung harap pada orang-orang tertentu je. Sebab, sudah pasti satu hari nanti kita akan memerlukan bantuan daripada orang-orang yang berlainan bidang kepakaran.

Mujur salah seorang kawan aku yang sedikit itu adalah bekas rakan sekolah dulu serta seorang ejen insurans yang berjaya. Berjaya kerana pergi melancong ke luar negara beberapa kali dalam setahun dan mampu memiliki rumah berharga lebih setengah juta ringgit.

Kelebihannya pada aku, dia mempunyai ramai orang yang dikenali sebagai `friend of my friend' yang nyata amat berguna...

6 nasihat berguna:

Hipotermia

2
10:06 PM
Adakalanya apabila terpaku sendiri di pinggir tebing cinta, seakan sebelah tapak kaki aku enggan menginjak ke atas hamparan batu agar pegangan tubuh lebih kejap lagi. Bagaikan enggan menerima hakikat bahawa angin sejuk di hujung titisan salji keliru ini mulai mendera seluruh pancaindera.

Halus menusuk tembus ke cuping telinga. Kasar menumbuk-numbuk pangkal dada...

Namun, sepintas lalu rupanya masih ada lagi jalur cahaya rindu dari kejauhan sana yang berupaya membekalkan roh ke dalam jasad kurus ini. Moga, segeralah ia menghampiri untuk menyelimuti tulang dan kulit ini lantas melindungi aku daripada mati akibat hipotermia!

*Serius, aku terus rasa macam nak muntah kahak sebaik habis menaip ayat-ayat di atas. Bab romantis geli-geli memang kelemahan terbesar aku...

2 nasihat berguna:

Kalah Kerana Lantai

8
11:13 PM
"Kalau pandai menari, lantai berlubang pun takde hal"

Tersengih pulak aku baca komen kawan kepada kawan aku kat dinding kawan aku sebentar tadi. Memang betul la tu. Tak kira la, kalau kita ni memang hebat, beradu atas gelanggang apa pun tetap takde masalah... Bertemu dengan siapa pun, macam makan kuaci je... Diadili oleh pengadil yang senget sebelah pun, selamba je kita gorengkan lawan kita tu...

Tapi kalau dah memang kita ni belum lagi sampai ke tahap untuk menjadi pemenang, bertanding atas permaidani bersulam emas pun belum tentu dapat memperlihatkan kemenangan. Terimalah hakikat, kita telah kalah. Kalah untuk kali ini.

Cuma, kalau nak saling menuding jari atau bertengkar sesama sendiri selepas kekalahan tu, jangan la sampai terlupa yang kerja kita buat selama ni bukan semestinya tamat bila menghadapi kekalahan. Bila semua hati tu dah sejuk, pergi sambung balik kerja...

* susulan kekalahan Harimau Malaya 0-2 kepada Gajah Putih dalam separuh akhir kedua sebentar tadi.
* ada orang salahkan Korea pulak, kononnya pengadil berat sebelah.
* yang salahkan padang selain faktor konspirasi pun ada.
* apa pun, siapa yang bet Malaysia kalah malam ni, mesti untung besar punya!

"Hey, sexy lady!"
(gambar curi dari Google)

8 nasihat berguna:

Pemberontakan Radio

10
12:30 AM
Secara jujurnya, sebahagian besar diri aku ni didisplinkan oleh cikgu-cikgu (warden) ketika aku menghabiskan masa selama dua tahun di sekolah teknik. Nak bangun pagi dengar bunyi siren, nak turun sarapan dengar bunyi siren, nak pergi sekolah kena buat row call lepas dengar bunyi siren, nak pergi main kat padang pun dengar bunyi siren. Pendek kata, aku ni dah macam ahli bomba pelatih yang katilnya letak betul-betul sebelah siren.

Tapi tu cuma sekejap je. Bila aku dah menjawat jawatan senior, barulah semua tu ada sedikit kelonggaran. Bila tiba waktu makan (kalau malas nak turun), aku cuma jerit ke bawah "wei, ambikkan aku nasi" kat budak-budak junior yang tengah beratur. Kebetulan, dorm aku sepanjang dua tahun tu tak berubah, terletak betul-betul kat atas dewan makan.

Bila petang-petang waktu padang, aku lebih suka membuta dalam bilik. Beberapa jam melepasi waktu tengah malam, aku masih lagi tak tidur dan melepak dalam dewan prep. Bila orang lain semua dah tidur termasuk brader jaga dapur kantin, aku pulak tengah berusaha panjat pagar nak keluar tengok tengok wayang kat Leisure Mall. Selagi tak kantoi dengan cikgu, kawasan asrama itu adalah hak milik kami bersama. Sampaikan aku pernah berkomplot dengan dua lagi geng bawak lari tv dari dewan makan ke dalam bilik semata-mata nak layan World Cup, tengah-tengah malam buta. Ternyata kerja terkutuk tu berjaya direalisasikan berkat usaha dan perancangan rapi semua pihak terlibat.

Dan beberapa kali jugak tapak tangan aku bengkak kena libas dengan cikgu dan pengetua, tak termasuk bibir aku berdarah kena tempeleng sebab kantoi ponteng program maulud kat surau asrama. Jimbet betul, kan aku dah kata, belakang bengkel tu tak berapa clear, tapi geng aku tu tak percaya. Ambik kau!

Cuma, sampai sekarang aku tak faham kenapa peralatan elektronik macam radio mini atau walkman (masa tu memang dah canggih) tak dibenarkan sama sekali untuk beroperasi di dalam kawasan asrama.

Adakah kami ini budak-budak teknikal (sebahagian besarnya vokasional) berpotensi menjadikan benda-benda tu sebagai senjata api atau kami ini mudah terdedah dengan anasir jahat dari luar dengan hanya mendengar saluran radio Best104 dan beberapa saluran dari negara jiran Singapura semata-mata? Cuba bagitau aku kenapa...

*kepada Cikgu Shahuddin, saya masih terkenangkan radio kecil saya yang dibeli dengan duit simpanan yang cikgu rampas hampir 20 tahun lalu. Dengan radio itulah saya selalu mendengar Careless Whisper dari stesen 107.5fm...

10 nasihat berguna:

Dua Belas

6
8:19 AM
12 Disembar (tahun tak ingat) adalah tarikh lahir kawan aku, si Priya. Patut la sebelum start belalang tempur pagi tadi aku tengok dia punya dinding penuh dengan hantaran bunga dan ucapan selamat. Takpe beb, aku wish lambat sikit. Mungkin minggu depan kot. Aku memang macam tu, kalau beratur suka kat belakang...

Mungkin hari ni ramai kot orang bernikah walau pun tarikhnya bukan jatuh pada hujung minggu. Apa yang penting, tarikh tu memang cantik. Triple twelve. Cuma aku harap, ramai lelaki yang ada penyakit mudah lupa tarikh penting bukan setakat dapat ingat tarikh mereka bernikah (kalau hari ni la) semata-mata, malahan tarikh kematian pun kena ambil tahu jugak walau tak seorang pun daripada kita yang boleh jangka bila...

*tambahan
Untuk Priya. Ya, nama facebook aku memang panjang. Ada 37 aksara semua...

6 nasihat berguna:

Princess

6
8:01 AM
Percayalah!

Jika terdapat seorang lelaki bukan muhrim kamu yang mengatakan kamu adalah princess di hatinya, itu adalah sebesar-besar dusta. Jangan percaya kerana dia mengangkat kamu ke tempat yang tinggi itu dengan hanya menggunakan mata.

Mungkin dia telah jatuh cinta kepada kamu kerana kamu terlalu cantik hingga mampu membuat semua orang termasuk perempuan berpaling untuk kali kedua dan ketiga. Katakan sahaja semua ratu cantik yang pernah ditabalkan di dunia, pasti kamu memiliki semua ciri-ciri fizikal yang mereka ada...

Mungkin dia telah jatuh cinta kepada kamu kerana kamu seorang yang bijak dan begitu menyerlah di dalam kelas. Tak siapa yang dapat mengalahkan kamu dalam peperiksaan sejak hari pertama kamu mendaftar di tadika...

Mungkin dia telah jatuh cinta kepada kamu kerana kamu adalah jenis wanita idamannya. Hampir semua ciri impiannya ada pada kamu seperti mendapat anugerah dekan setiap semester, pandai memasak pelbagai resepi, tidak terlalu cantik atau terlalu hodoh, cukup membuatkannya bangga apabila kamu berdua jalan beriringan...

Percayalah...

Ada seorang lelaki yang serta-merta menjadikan kamu princess di hatinya sebaik kamu dilahirkan, tanpa perlu dia ucapkan berulang-ulang kali... Tanpa perlu dia memuji segala kelebihan yang kamu ada berbanding orang lain...

Dialah lelaki pertama yang kamu kenali... Dan kamu adalah princess yang sebenar dihatinya...

(imej ada kaitan sikit dengan aku)

6 nasihat berguna:

Tebiat

4
5:10 PM

Aku ada satu tabiat yang aku tak pasti sama ada baik atau buruk. Yang pasti tabiat ni masih belum pernah menyusahkan atau membahayakan orang sekeliling aku.

...iaitu aku memang gemar berbaring depan tv sebaik sampai ke rumah, sama ada balik dari kerja, mengail atau dari rumah kenduri kahwin. Kalau tak dapat lama, dapat lima minit pun dah kira heaven dah.

Aku pasti, ramai antara kita yang ada tabiat tak kira baik atau buruk. Cuma kalau boleh, tak perlu sampai menjejaskan orang lain.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 nasihat berguna:

Zapin

4
10:25 AM

Sehari kemudiannya, selepas aku puas membuang masa di sekitar bandaraya Johor Bahru, aku pun bertolak ke sebuah taman perumahan di pinggir bandar Kluang untuk menyempurnakan hajat sebenar aku kembali ke negeri kelahiran ni. Menghabiskan masa beberapa jam di sana, aku cukup kagum dan bangga sebab penduduk di sini masih lagi memelihara identiti negeri Johor itu sendiri. Tak lain dan tak bukan, tarian zapin.

Seronok jugak layan budak-budak sekolah rendah ni menari zapin untuk tetamu dan pengantin. Rasa tak puas pun ada sebab dah lama tak tengok live show yang bertaraf amatur tapi masih lagi bernilai macam ni. Tahniah dan terima kasih jugak kepada mereka yang berusaha mengajar budak-budak ni. Semoga warisan tradisional macam ni kekal hidup sampai bila-bila.

Salah seorang sepupu aku ada dalam gambar ni. Ya, aku ada ramai sepupu. Dari yang umur 40 tahun sampai la yang tadika.

Takpe, dah besar sikit boleh la pakai tudung kot...

4 nasihat berguna:

Dua Menara

8
1:09 PM
Dua minggu lalu, hari Sabtu dan Ahad jasad dan minda aku memang takde kat sini tapi dah dilencongkan ke negeri kelahiran aku, atas tujuan memenuhi undangan majlis perkahwinan di sana. Tapi, petang sebelum hari kejadian tu sempat jugak aku pusing-pusing sekitar bandaraya Johor Bahru buat seketika. Tak banyak tempat yang mengujakan, memandangkan Danga Bay pun taklah semeriah macam mula-mula dulu.

Cuma, ada dua tempat yang mendatangkan kerinduan aku pada kehidupan masa lalu. Semuanya berlaku di sini. Dating dengan awek lama (damn!), lepak dengan kawan-kawan, buat kerja luar, buang duit yang tak berapa nak ada dan macam-macam lagi.

**************************************************

Kali ini, imej yang aku cuba fokuskan adalah dua menara yang menjadi mercu tanda kat situ.

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Terletak di atas bukit mengadap Selat Johor, aku pernah bermalam kat dalam masjid ni dan jugak menjadi masjid pilihan aku kalau aku ada urusan luar pada hari Jumaat. Aku pernah terbaca artikel, senibina masjid ni diiktiraf sebagai antara yang tercantik di Malaysia.

Gambar-gambar lain...







**************************************************

Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

Menjadi ikon ketika Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya. Antara acara yang kerap diadakan kat sini (dulu) adalah Karnival Jom Heboh, cis! Kat sini, perniagaan steamboat masih lagi berjalan seperti biasa macam dulu. Cuma kali ni aku tak nampak lagi brader `jaga parking' yang bertugas dengan upah minima sebatang rokok. Mungkin juga hari masih terlalu awal.

Abaikan waktu yang tertera atas muka jam besar tu, semuanya tak betul! Masa tu jam aku baru menunjukkan pukul 6:45 petang. Perhatikan imej bulan di bahagian atas kanan gambar, awal pulak dia masuk kerja.

Gambar-gambar lain...






8 nasihat berguna:

8 nasihat berguna:

You Have My Respect!

10
2:31 AM
Aku terlupa entah bila kali terakhir aku jejakkan kaki ke dalam stadium semata-mata nak tengok game. Kalau tak silap lebih kurang sepuluh tahun dulu kot, masa tu team Malaysia kalah dengan Pakistan (kalau tak silap) dalam Piala Sultan Azlan Shah kat Bukit Jalil. Itu dulu, zaman aku masih lagi `berkaki lipan'. Sekarang, menjejakkan kaki ke dalam mana-mana stadium adalah sesuatu yang agak mustahil jugak bagi aku walau pun kedudukan rumah aku cuma lebih kurang 10 minit dari Bukit Jalil.

Kalau dah malas tu, malas la jugak. Tak payah nak cari banyak alasan...

Tapi entah macamana, hari tu boleh pulak tergerak hati aku nak tengok game yang aku jangka tak memihak kat pasukan kita. Berdasarkan game sebelumnya, aku agak diorang ni memang tak boleh blah lebih-lebih lagi kalau diorang turun pakai jersi biru.

Perancangan dibuat sehari sebelumnya dengan satu lagi kaki. Mengikut perjanjian, lepas Asar dia akan datang rumah aku dan parking kereta dia kat sini. Idea bernas, cantik. Apa punya gila nak pergi sana naik kereta.

Dalam renyai, kami kuatkan jugak semangat pergi sana dengan belalang tempur aku. Sebab aku dapat rasakan semacam ada satu aura halus yang membisik ke dalam cuping telinga aku, tapi aku tak dapat tentukan butir kata-katanya. Cuma yang aku tau, suara tu mungkin datangnya dari tengah padang Stadium Nasional sana.

Sampai lebih kurang jam enam petang. Orang memang dah ramai. Pelik betul aku, diorang ni tak pergi mengaji ke petang-petang macam ni? Lantak, yang penting aku masuk terus mencelah cari port parking yang aku senang nak ingat.

...Damn, tiba-tiba malas pulak nak menaip pagi-pagi buta ni.

 Gila, sampai pukul 6, ada lagi lebih kurang 3 jam nak kikc-off tapi dah penuh.

 Geng-geng Ultras tengah buat warm up kat luar. Kawan aku kata, "Ritual apa yang diorang buat ni?"
Aku jawab dalam hati, "Ni bukan ritual, tapi nak bakar semangat la bebal!"

Hitam kuning... 

 Aku sebenarnya tak berapa gemor tangkap gambar masa tengah game, boleh lari fokus...

Kecewa betul aku dengan diorang ni. Tak macam dua tahun lepas masa kita balun diorang kat tempat sendiri. Belum habis lagi, seat dah banyak kosong. 

Hitam kuning memang dominan betul malam tu. Mungkin jersi biru tak cun kot... 

Bila game habis, ni je yang tinggal. Boleh sumbat dalam dua biji bas sekolah. Tapi aku rasa penonton kita pun lebih kurang macam ni kot kalau kalah. 

Mak aih, nasib baik aku naik belalang tempur. Kalau tak boleh berak cair aku dalam kereta nak keluar dari sini. On the way balik, aku tengok ramai yang parking kat highway KESAS. Sampai nak dekat tol pun ada.

Suka la korang sebab kita menang malam tu. Aku? Aku biasa-biasa je, sebab aku bukan kaki bola tegar...

Sedikit kesimpulan aku tentang apa yang berlaku sepanjang petang dan malam tu:

  • Jersi hitam kuning jadi pilihan berbanding biru merah..
  • Harimau Malaya menang bukan sebab mereka bermain lebih baik berbanding lawan, tapi sebab aku yang datang. Kalau aku tak datang, ada kemungkinan besar diorang kalah.
  • Super Safee betul-betul kena ikat malam tu. Aku rasa dia kena kurangkan makan nasi lemak supaya dapat berlari lebih pantas macam lipas berkaki 16.
  • Player kita banyak buat mistake yang sama macam game sebelum. Nak control bola pun sedikit goyang walau pun takde challenge.
  • Farizal main terlalu daring, Kunanlan pulak bersahaja. Dia lupa kot yang ini bukan training.
  • Jika anda lelaki peminat bola tegar yang selalu pergi stadium, anda berpeluang besar memiliki awek hot. Cilakak betul! Juling lubang hidung aku tengok cikaro ni semua...
Apa pun, tajuk entri ni sebenarnya aku tujukan kepada Ultras Malaya sebab mereka layak diberi penghormatan dengan semua sokongan dan usaha yang penuh komited tu. Salut!

*tambahan, untuk semi-final karang aku tak pasti sama ada nak pergi atau tak sebab harga tiket dah jadi RM40 pulak. Cis!





10 nasihat berguna: