ADUN

8
11:35 AM
Baiklah, biar aku beritahu kisah yang sebenarnya.

Berdasarkan sejarah yang tak pernah tercatat secara rasminya, aku dilahirkan sebagai anak Johor di mana mak ayah aku telah membawa aku ke satu daerah kecil kurang ternama untuk dibesarkan bersama dua lagi adik beradik. Daerah yang dinamakan sebagai Kulaijaya (dulu dikenali sebagai Kulai sebelum dinaikkan taraf). Membesar dan bersekolah di situ sehingga akil baligh, aku kemudiannya bersekolah (tingkatan 4) pulak kat bandaraya Johor Bahru dan bekerja di sana selama beberapa tahun selepas tamat pengajian di Kuala Lumpur.

Tapi, sebagai manusia yang bergelandangan di tempat orang, aku masih kerap jugak berulang-alik dan menjenguk apa-apa yang patut di tempat aku dibesarkan...

Mungkin Kulai yang aku lihat, dengar dan kenal tak sama dengan apa yang kalian lihat menerusi imej satelit dari Google ini...


Tapi, inilah realitinya... Pekan (atau bandar?) ini tidak banyak yang berubah sejak lebih 20 tahun lalu terutama di pusat bandarnya. Kedudukan pusat yang aku maksudkan adalah di persimpangan jalan persekutuan bernombor <1> dan bernombor <94> sehingga ke stesen keretapi sejauh lebih kurang 800m.

...

Kadang-kadang kalau tiba waktu boring, aku tak kisah layan sembang dengan orang yang aku tak kenal. Asalkan bukan sembang benda-benda mengarut seperti siapa penyanyi K-pop paling cute atau apa warna kegemaran Justin Bieber (sekadar contoh).

Hari tu, sementara menunggu Maharaja Lawak Mega bermula, sempat jugak aku sembang dengan beberapa orang dalam page yang dah lama aku join tapi tak pernah aktif. Semuanya bermula apabila aku terbaca post ini...


Beberapa minit lepas aku mengirimkan komen, timbul pulak beberapa respon daripada ahli yang lain...


Rasanya, kalau la aku tak pernah keluar dari daerah ni, mungkin aku berminat jugak nak jadi wakil rakyat kat sana. Tapi masalahnya, sampai sekarang aku tak dapat pilih parti mana yang patut aku wakili. Adakah Tupperware, Zhulian atau pun Amway?

Hahahaa, terima kasih la korang sebab layan aku. Kalau aku balik sana bila dah pencen esok, boleh la undi naik nama aku. Jangan takut, setakat atap asbestos sorang lima keping tu memang takde hal punya la!

*maaf, aku tak sembunyikan profile picture supaya tidak mendatangkan kekeliruan akan siapa pemilik komen...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Blur. Aku tak dpt baca komen ko. Huh.......

    Serius, Johor makin teruk. Makin terabai. Makin menindas. Makin menghimpit. Makin menekan. Segala-galanya...

    ReplyDelete
  2. ok, aku dah tukar size. maaf...

    ReplyDelete
  3. kulai..selalu ke sana bila raya. sbb ramai sedara kat sana. nak komen pun tak berani, sbb tak tau sgt sana.

    tapi kalau pontian, ada kemajuan. tapi takmo lebih2 sgt..sesak pun tak best.

    ReplyDelete
  4. dulu digelar pekan koboi. sekarang? ada pasaraya nama kowboy jual barang borong...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pergi ke Kulai...di Johor cuma pernah pergi JB, Kluang (pernah tinggal 3 bulan di sana) dan kdg2 pergi ke Batu Pahat (urusan keluarga)...

    ReplyDelete
  6. parents aku pun kulai weh.. tapi duk felda la.. sebelah kampung mawi.. tuk aku sekampung ngan mawi.. eh melalut.. aku rasa pilihanraya nanti sedang elok time aku pntang..

    apa kata ko pilih amway je.. kikiki .

    ReplyDelete
  7. Jay Ar : persamaan kluang dengan kulai, dua-dua ada stesen keretapi...

    ReplyDelete
  8. Rai : aku pulak, satu sekolah dengan mawi. ceh! amway tu dah kira old timer...

    ReplyDelete