GPS Itu Menyesatkan? (entri berjela)

10
7:57 AM
Berkenaan dengan GPS, banyak yang aku dengar daripada kawan-kawan selama ni. Ada komen positif, ada jugak komen yang negatif.

Yang positif tu, kebanyakannya akan suggest aku gunakan beberapa aplikasi yang mereka kira amat membantu semasa dalam perjalanan ke arah tempat yang tak berapa familiar atau tak tau langsung. Dan yang negatif pulak, biasanya akan cakap macam ni:

"Huh, nama je pakai GPS. Tapi sesat barat jugak! Tension aku..."

Itulah dia. Kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal GPS melalui apa yang aku tau. Kalau salah tolong tunjukkan. Dulu masa belajar, salah satu subjek yang aku ambik silibusnya ada diselitkan dengan beberapa topik berkenaan Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System).

GPS ni berbeza sedikit daripada Remote Sensing (Penderiaan Jarak Jauh) walau pun kedua-duanya menggunakan khidmat jasad buatan manusia yang mengorbit bumi berdasarkan kiraan tertentu. Seingat aku, Remote Sensing ni cuma kaedah mengumpulan data permukaan bumi contohnya suhu, kepadatan penduduk, penggunaan tanah atau ramalan cuaca; sama ada dengan menggunakan data cerapan dari satelit atau pesawat udara. Antara bidang yang menggunakan kaedah Remote Sensing ni pulak (kalau tak silap aku) adalah meteorologi, pertanian, geologi dan kajian marin. Ringkasnya, semua kaedah pengumpulan data tanpa direct contact boleh disebut sebagai Remote Sensing.

Berbeza dengan Remote Sensing, GPS pulak adalah kaedah untuk menentukan kedudukan (positioning) suatu titik di atas permukaan bumi dengan menggunakan lebih daripada satu satelit. Mengikut sejarahnya, GPS ni cuma digunakan dalam bidang ketenteraan je beberapa puluh tahun dulu tapi kemudiannya diaplikasikan pulak dalam bidang pemetaan. Ini bermakna, GPS yang kita gunakan hari ni sama ada dalam aplikasi telefon pintar atau built-in dalam kereta, bukan setakat pihak tentera dah pakai sejak zaman perang dingin lagi, malahan mempunyai kejituan yang lebih tinggi lagi.

Beberapa tahun dulu, masa aku kerja kat company lama dan terlibat dalam beberapa projek yang menggunakan peralatan GPS, kejituan (accuracy) yang boleh dihitung boleh mencecah sampai 0.001 milimeter! Cuba bayangkan, kecanggihan tahap apa yang pihak tentera miliki sekarang...

Tapi kenapa aku bagitau tadi dengan menggunakan beberapa buah satelit? Jawapannya senang je. Semakin banyak satelit yang digunakan untuk menentukan kedudukan suatu titik tu, maka makin jitu la hasil cerapannya. Pelarasan akan dibuat melalui hasil cerapan beberapa satelit tu. Itu lebih dalam lagi, aku sendiri pun payah nak terangkan bagi orang faham. Contoh paling mudah, bila kita switch on device kita kemudian dia display 9 buah satelit, maka hasil cerapan yang dibuat mesti lebih baik daripada 3 buah satelit je.

Itu asas dalam bidang pemetaan.

Jadi kalau macam tu, kenapa kita masih boleh sesat kalau nak pergi kenduri kahwin? Sedangkan kita dah guna aplikasi GPS yang terkini...

Sekali lagi aku nak ingatkan, kualiti cerapan yang pihak militari dan pemetaan gunakan tak sama dengan apa yang disediakan untuk kegunaan civilian iaitu kita. Biar macamana mahal gadget yang kita guna, tetap akan ada error yang besar. Cuma mungkin lebih baik sedikit daripada sejak mula benda ni diperkenalkan dulu.

"Tak reti la guna GPS ni".

Mula-mula sekali aku senaraikan aplikasi navigasi yang pernah aku gunakan iaitu OviMap, Garmin, Sygic, Waze, Papago dan jugak GoogleMap. Pada aku, semua aplikasi ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri bergantung kepada tahap pamahaman dan kebolehan kita menggunakannya.

OviMap adalah aplikasi yang paling user friendly tapi peta jalan yang disediakan agak terbatas perinciannya berbanding GoogleMap atau Waze. Tambahan pulak, setahu aku OviMap ni belum ada lagi dikeluarkan untuk sistem operasi Android. Agak sayang sedikit sebab OviMap ni lebih ringan dan kurang membebankan processor. Saiz pun tak makan ruang yang besar mana.

Garmin pula, kalau tak silap aku memang old timer dalam bidang peranti GPS ni. Merekalah adalah antara yang awal memperkenalkan peranti GPS yang lebih mudah dibawa ke mana-mana tanpa antena sebesar piring Asstro (selain Topcon dan Trimble). Benda tu dinamakan GPS handheld. Cuma sebesar remote control je. Untuk aplikasi telefon pintar, jalan yang disediakan atas peta pun lebih terperinci lagi (tapi tetap tak boleh lawan GoogleMap). Cuma kekurangannya, aplikasi ni saiznya agak besar membuatkannya macam lembab sikit semasa digunakan. Nak detect signal pun kadang-kadang fail. Kalau telefon `hang' masa tengah guna Garmin tu, memang biasa pada aku.

Lain-lain macam Sygic, Waze dan Papago tu cuba la sendiri. Aku malas nak terrangkan...

"Kalau macam tu, macamana orang lain pakai elok je tapi aku boleh sesat?"

Satu soalan yang baik.

Sebagai orang yang takde kepakaran dalam bidang pemetaan, aku nak beri dua tip iaitu pertama, memandu pada kadar kelajuan yang sesuai dan kedua, sentiasa memandang jauh sedikit ke hadapan.

Tapi kalau dah sesat jugak, bermakna kalian memang mempunyai kebolehan orientasi arah yang sangat teruk. Kedua-dua tip yang aku berikan tu memang berkait rapat. Kita tengok satu senario yang biasa kita hadapi:

Cuba bayang anda sedang memandu Proton Iswara tapi penuh bertampal stiker Mitsubishi dan berada di Jalan Mersing (rujuk gambar kat bawah ni). Kedudukan semasa adalah di simpang empat (bertanda huruf A)   dan tempat tujuan adalah pasaraya Carefour di sebelah kanan. Berdasarkan laluan yang sepatutnya digunakan seperti paparan gadget, kalian sepatutnya belok ke kanan masuk di Jalan Aman (titik B) iaitu lebih kurang 300 meter dari titik A. Jadi kalian pun memandu dengan penuh rasa ghairah tanpa memerhatikan keadaan sekeliling kerana percaya 100% kepada GPS.

Tapi sebaik sahaja kalian menerima arahan daripada suara awek kat gadget tu macam, "now, turn right", tau-tau je kalian sebenarnya dah terlajak simpang (titik C). Bila belok seperti yang diarahkan, kalian bukannya berada di Jalan Aman menuju Carefour, tapi sebaliknya berada di stesen minyak Shell.

Tu yang rasa nak maki je GPS tu!

Gambar 1 : gambaran situasi yang biasa berlaku.

Kenapa macam tu pulak? GPS ni menipu ke apa? Tidak, GPS tak pernah menipu macam ahli politik. Secara mudahnya, sila lihat gambar 2 kat bawah untuk memahami kenapa benda macam ni boleh berlaku.


Gambar 2 : Stesen bumi tu tak payah ambik tau kenapa ada kat situ, cuma penting untuk mewujudkan sistem triangulasi dalam pengiraan koordinat GPS.


Anggapkan kalian sekarang sedang melihat kat skrin gadget GPS tu. Pada masa tu kalian sedang berada di kedudukan A dan masa yang sama aplikasi dan alatan yang kita gunakan sedang sibuk mengira koordinat titik A. Kepantasan hasil kiraan itu dikeluarkan bergantung kepada:

  •  Kemampuan alatan. Kalau lagi canggih gedget tu, mesti la lagi power processor. Jadi lagi laju la dia kira.
  • Keupayaan aplikasi.. Biasanya aplikasi yang berat ni leceh jugak dia punya perangai. Nak pulak kita instal dalam telefon kokak cap ayam. Memang lembab macam cacing la dia punya buat kerja.
  • Faktor sekeliling. Kalau kita berada di bawah tempat yang teduh atau terlindung, memang payah sikit satelit kat atas tu nak detect, walau pun cuaca baik. Contohnya kalau kita ada kat bawah jejambat, dalam terowong, celah-celah bangunan atau di bawah kanopi pokok-pokok getah.
  • Faktor semulajadi. Ini jarang berlaku, tapi tetap ada kemungkinan jugak. Kadang satelit ni susah nak detect kedudukan kita dan menghasilkan ralat adalah bila hari terlalu panas. Ini akan mewujudkan biasan gelombang yang disebabkan oleh suhu atmosfera yang tinggi. Contohnya bila kita berada di kawasan yang berdekatan dengan laut.
  •  Lagi satu, jangan lupa pastikan kredit tu cukup bagi yang pakai prepaid. Sebab data (koordinat) akan dihantar ke gadget kita melalui talian GPRS atau 3G. Tolong jangan keliru antara GPRS dengan GPS!!!

Kemudian, bayangkan la aplikasi kita tu dah siap kira dalam sesaat semudian dan memberitahu kedudukan kita di titik A, tetapi sebaik sahaja ikon kereta tu muncul kat titik A, kita sebenarnya dah pun ada kat kedudukan B. Ini yang dinamakan sebagai selisih atau `sela masa' (time interval) dalam kiraan GPS. Sebab tu aku suruh kalian memandu dengan kadar sesuai dan mata tu pandang jauh sedikit ke hadapan. Bila awek GPS bagitau kita kena belok lagi 300 meter kat hadapan, bermakna kalian mungkin kena belok dalam lebih kurang 100 hingga 150 meter je lagi.

"Macamana kalau aku nak cari satu tempat tu tapi takde dalam GPS?"

Baiklah, kita ke permasalahan yang berikutnya. Benda macam ni pun biasa berlaku kat aku, terutama sekali masa aku pakai OviMap dulu sebab Ovimap ni petanya tak berapa lengkap. Selalunya kalau kita nak ke sesuatu tempat tu kita akan cari dalam GPS dengan menggunakan kaedah POI. POI ni bukan nama budak kampung aku yang malas pergi sekolah tu, tapi Point Of Interest. Merujuk kepada senarai tempat-tempat tertentu berdasarkan ketegori yang tersendiri. Kalau kita nak merasa makan tomyam, kita akan pergi ke `menu' kemudian `search' atau `go to location' (bergantung kepada aplikasi) dan pilih `food'. Atau pun bila nak hantar bakal mak mertua ke terminal bas Bandar Tasik Selatan, kita akan pilih `transport'. Kat situ terdapat bermacam-macam pilihan yang mungkin.

Tapi macamana kalau kita nak pergi kenduri kahwin kawan ofis kita kat Sungai Long sana? Apa gila orang nak letak rumah kawan kita tu kat dalam senarai POI. Mudah je kalau kena dengan cara. Kat sini aku bagi satu panduan mudah yang biasa aku guna.

Mula-mula kita dapatkan dulu alamat tempat tujuan tu. Cara nak dapatkan alamat tu aku takkan ajar, bukan kerja aku. Bila dah dapat, kenalpasti pulak kedudukan alamat tu kat Google Map setepat yang mungkin. Lebih elok kalau cari guna pc. Bila dah jumpa, `point'kan arrow pada rumah kawan ofis kita tu (seelok-eloknya klik kat jalan depan rumah dia, bukan atas bumbung). Tengok gambar 3 kat bawah.

Gambar 3

Bila dah pasti, klik kanan supaya satu `command box' kecil keluar macam gambar 4 kat bawah.

Gambar 4

Kemudian, klik `What's here?'. Bila kalian dah klik tu, satu koordinate latitud/longitud dalam bentuk perpuluhan akan diberikan. Tengok lagi gambar 5 kat bawah ni.



Dah dapat? Ok, sila ambil pen dan kertas dan catitkan. Koordinat tu pulak kemudiannya perlu di`convert'kan ke dalam benduk ddd.mm.ss. Cara nak convert kalau tak tau sila tanya cikgu matematik sekolah menengah dulu. Untuk koordinat lokasi kat atas, format yang aku dah kira (senang je) adalah Lat:3°04'53.43" dan Long:101°43'41.31".

Faham setakat ni? Kalau tak faham bukan masalah aku... Hahahaa!!!

Lepas tu koordinat garis lintang dan garis bujur dalam format yang baru tu akan kalian gunakan dalam carian kat GPS nanti.

Sebenarnya selain carian lokasi dengan menggunakan POI, kita pun boleh pergi satu tempat tu dengan kaedah `manual entry'. Maksudnya, kita bukan search guna POI, nama jalan atau alamat (aplikasi Garmin boleh cari guna alamat siot!), tapi koordinat satu tempat tu. Kadang-kala, cara ni lebih tepat lagi berbanding cara yang lain-lain tu. Kat mana nak cari `manual entry' tu kat aplikasi GPS, cari la sendiri. Sebab bergantung kepada aplikasi apa yang kalian gunakan.

Baiklah, semoga dengan kesabaran kalian membaca entri ni sampai habis akan dibalas Tuhan dengan tidak lagi sesat di atas muka bumi ni. Kalau sesat jugak, jangan salahkan GPS. Sebaliknya salahkan diri sendiri atau driver yang tak reti dengar arahan.


About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. entri panjang lebar.. tapi sangat2 membantu

    ReplyDelete
  2. Khai : berdasarkan pengalaman jugak ni. kalau ada silap, harap betulkan...

    ReplyDelete
  3. Pglmn saya..guna garmin kat pntai timur mmg selalu sesat. sampai satu tmpt terus hilang arahan. Plg teruk kena masa nk ke masjid kristal. Dia bwk kita sampai tepi sungai..masjid tu kat sbrng sungai. adoihai..

    Tapi kalau kat area bandar (mcm kl) mmg sgt membantulah.

    Skrg guna sygic. Rasa mcm lg okey pulak.

    ReplyDelete
  4. garmin untuk telefon ni memang ke laut dia punya signal. sebab tu tak boleh percaya 100% kat gps ni. sygic pun ok jugak (baru cuba guna). tapi kalau guna waze, lebih kepada `social oriented', jadi senang la nak dapat info daripada users lain secara realtime...

    ReplyDelete
  5. aku guna google map je..tapi satu yg aku sangat marah pasal google map adalah dia mesti nak pilih option highway instead of option jalan dekat.. tak pasal2 aku gaduh ngan laki aku sebab dia lagi pecaya google map dari bini dia.. sungguh pun aku ni cuma co pilot takde lesen tapi aku lagi expert jalan sbb aku mudah sikit ingat jalan kalau da penah pegi sekali..grrr..

    gila tak kalau dari shah alam nak ke sungai ramal tu google map bagi jalan naik kesas pusing sampai ke tol sg besi sebelum turun balik ke bangi guna plus.. degil bila aku cakap boleh lalu jalan puchong. hahaha..

    sekian,
    isteri geram!

    ReplyDelete
  6. fuh...panjang lebar sebab detail..hehehe..tapi aku selalu pesan ngan orang pakai GPS supaya jgn percaya 100% sgt sbb kadang2 map dia x update dan masalah teknikalyang lain..buat rujukan okay laa..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Rai : kalau tak silap kat google map tu untuk ke satu destinasi, dia akan beri beberapa pilihan. kita boleh select yang mana satu. tapi kalau ada co-pilot yang power, tak payah gps pun gerenti sampai. (ini betul punya geram)

    ReplyDelete
  8. Azlan : ya, itulah salah satu masalahnya. tak update dan peta tak lengkap.

    ReplyDelete
  9. SM: bkn garmin kat hp tu..ni yg ada device dia. Tu yg geram, beli mahal2 tapi mengecewakan. Skrg dah lama tak guna, sygic kat hp lagi mudah.

    ReplyDelete
  10. Oh, garmin yang tu pun ramai orang dah tak recommend. sayang, sebab garmin ni well-known brand dalam bidang aplikasi gps sejak dulu (sebelum zaman smart phone).

    ReplyDelete