Kacang Pool Haji

18
11:08 AM
Aku tak berapa pasti dari mana nama makanan ni boleh muncul. Atau adakah memang terdapat kaitan secara langsung antara pemilik premis ni dengan permainan pool satu ketika dulu? Itu aku tak peduli. Yang aku peduli, kacang pool ni memang dah lama terkenal seluruh Johor Bahru.

Sebut je kacang pool, semua orang akan tunjukkan jalan menuju ke arah Larkin, seterusnya ke sebuah medan selera yang terletak di sebelah balai bomba. Jadi secara automotiknya, tempat ni dinamakan sebagai Larkin Bomba. Sinonim betul kacang pool ni dengan bomba. Mesti brader bomba kat sini dah tak heran dengan kacang pool ni.

Apasal, ada bubuh kacang ke dalam mangkuk kacang pool ni? Takde pun. Komponen dalam menu ni adalah roti bakar, kuah daging cincang dan jugak telur mata. Itu je. Tapi orang yang makan kat sini dah serupa enam bulan hanyut kat tengah laut. Macam tak pernah jumpa makanan. Penuh!

Sedap sangat ke benda alah kacang pool ni? Sedap, memang sedap. Lagi sedap kalau ada orang belanja!

Sebelah kanan bawah gambar, Mie adalah nama housemate aku masa stay beberapa tahun kat Johor Jaya dulu. Tapi aku tak pasti nama brader baju warna purple tu... 

Roti bakar. Lembut di dalam, sedikit garing di luar. Serupa macam hati aku... 

Ini cicahnya. Jangan mengaku rakyat Johor Bahru kalau tak pernah makan benda ni...


  • Aku akan jadi warga Lembah Klang yang paling bahagia kalau kacang pool ni ada jual kat sini...
  • Rasa macam Saari Amri pulak up cerita pasal makanan, bikin lagu ikut selera khalayak paling banyak. Yela, aku perhati ramai orang suka baca (dan up cerita) pasal makanan. Cara gak!
  • Entri berikutnya berkemungkinan besar pasal makanan jugak...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. ok owww...aku orang johor tapi tak penah makan kacang pool..dan aku sangat positif yang seluruh ahli keluarga aku tak penah makan kacang pool ni..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Kalau rakyat johor, tu terlalu umum. Takpe kalau tak pernah makan. Tapi kalau rakyat JB, sekurangnya pernah dengar...

    ReplyDelete
  3. perhgg hati dan roti tiasa beza. haha. nice perumpamaan

    ReplyDelete
  4. aku tak pernah lagi makan kacang pool nie..hehe..kat KL xde jual eh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. tak pernah jumpa lagi. tapi roti kosong memang sedap cicah kuah kacang(nasi impit tu)

    ReplyDelete
  6. Mmg tak pernah mkn pun. Walaupun pnh stay jb 2thn dolu2. 1st time tau kat tv.

    takleh bygkn rasanya..

    ReplyDelete
  7. nanti turun jb aku serbu tempat ni

    ReplyDelete
  8. karen : hatiku memang rapuh... haha!

    ReplyDelete
  9. Azlan : kalau ada, aku la orang pertama belanja tokey kedai tu makan...

    ReplyDelete
  10. 4feet8 : roti kosong kalau makan masa perut kosong, tak cicah pun dah sedap...

    ReplyDelete
  11. Ujie : mungkin boleh cuba buat sendiri kat rumah kot...

    ReplyDelete
  12. Khai : yes, jangan tak serbu!

    ReplyDelete
  13. Kacang pool? Adakah kacang pool tu sama dgn kacang poi yg banyak terdapat di Kedah ni? Kacang poi tu bentuknya bulat, memang sedap bila direbus..

    ReplyDelete
  14. Jay Ar : yang ni memang takde kacang langsung...

    ReplyDelete
  15. Hah? Adelah....tp kacangnya dah hancur....klu mkn, ade tekstur kacang....

    ReplyDelete
  16. fara : yeke? tapi macam takde. mungkin deria rasa aku bermasalah. jadi, kena tukar nama `daging pool haji' sebab rasa daging lebih dominan...

    ReplyDelete
  17. yup. daging yg dominan sbb kacang pool takde kat msia. kene import. maybe costly. tp still ade dlm kcg pool tu....huhuhuhu!

    aiseh! aku rindu nak mkn kacang pool bomba larkin. ko bt aku terkenang nostalgia lama.

    ReplyDelete
  18. fara : rupa kacang pool tu aku sendiri pun tak tau...

    ReplyDelete