Mee Bandung Tepi Sungai

14
7:29 AM
Setiap kali balik dari Johor ke sini, aku memang akan terbayangkan mee bandung kat Tangkak. Kuahnya yang betul-betul kaw telah membuatkan aku perut aku memulas sampai terberak-berak dua hari. Memang power. Tapi tu cerita beberapa tahun dulu...

Selain mee bandung kat Tangkak tu, ada satu lagi mee bandung yang jadi pilihan aku. Bukan aku je, bahkan mak aku dengan akak aku sekali. Lokasinya adalah kat Simpang Renggam. Kalau dari Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Andak lebih kurang 1 km, terletak betul-betul di tepi Sungai Benut. Dan lebih tepat lagi, Kampung Kolam Air.

Koordinat GPS;
Lat : 1°49'40.23"
Long : 103°17'52.32"
...mana la tau kalau ada yang berkeinginan nak cari.

Entah kenapa, susah sangat nak cari mee bandung yang kuahnya betul-betul real. Kebanyakan yang ada jual kat sini, kuahnya pekat sebab sos je. Mungkin sebab perniagaan kedai makan dimonopoli oleh peniaga dari Kelantan, jadi mereka ni sangat tak arif nak menghasilkan kuah mee bandung yang sebenar. Itulah yang jadi mee bandung tapi kuah rasa sos!

Apa pun, mee bandung yang aku maksudkan ni memang terbaik. Sehingga menjilat sudu!

Sebelum...

Selepas...

Aku seorang yang gemarkan makanan berkuah. Ikutkan hati, memang nak je aku hirup kuah ni sampai habis...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. wah..menyelerakan mee bandung nie..aku suspek kuah dia pun licin lepas ko amik gambar tuh..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azlan : kalau tak order air, memang aku hirup macam teh ais...

      Delete
  2. pergh..menggoda! nanti saya cari bila balik pontian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : kalau exit machap ke pontian melalui ayer baloi, molek sangat la singgah...

      Delete
  3. terima kasih berkujung ke blog pcl, aku rasa mee bandung yg terbaik memang ada kat Johor...selalu je dgr orang rekemen makan mee bandung johor, tp kalau ke Bandung ada tak mee sebegitu ?

    p/s , kalu nk minta pcl review blog blogger lain pon boleh, buat spt mana yg diminta dlm entri segmen tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL : hahaha... sama kes macam nasi goreng pattaya. tak pasti kat sana ada ke tak menu ni...

      Delete
  4. owhhh.. nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khai : menarik, tertarik...

      Delete
  5. oh..nampak mengujakan kuahnya.. hangin aku kalau mee bandung lebih sos..tapi bestnya takat ni tok laki aku kata mee bandung aku terbaik dalam list dia..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai : satu kepuasan kalau masakan kita dapat pujian dan jadi favorite...

      Delete
  6. Hmmmm...tengok gambar saja dah rasa mcm nak telan pinggan bulat2. Itu belum makan betul2 lagi, kot boleh telan dgn garpu2 sekali...

    ReplyDelete
  7. kat muar takde pulak mee bandung letak limau.. yang ni macam lain pulak..

    ReplyDelete
  8. Jay Ar : tu pun mujur sudu dengan garpu tu tak lembut macam mee, kalau tak...

    ReplyDelete
  9. zulhilmi : kadang aku suka perah limau, kadang macam tu je. aku jarang ada kesempatan singgah muar, itu pasal tak berapa arif mee bandung kat sana...

    ReplyDelete