Mentarang

16
7:30 AM

Sekinchan - Sungai Besar, adalah laluan yang kerap aku tempuhi sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Kalau dulu kali pertama aku lalu kat jalan ni, apa yang begitu menonjol cuma deretan gerai buah-buahan di kiri dan kanan jalan je, selain hamparan sawah padi. Itu sahaja.

Ohya, ada satu lagi. Mentarang...

Sebelum ni, seumur hidup aku tak pernah makan binatang yang nama mentarang ni. Tak lama kemudian, entah kenapa Tuhan bukakkan pintu hati aku yang rapuh ni untuk berhenti sekejap, singgah membeli di tepi jalan. Mana la tau, mentarang ni rasa dia lebih kurang sama macam kupang (kegemaran aku). Masa tu, makcik tu bagitau aku binatang ni sedap kalau dibuat masak gulai atau sambal. Kalau nak digulai, tak payah keluarkan isi pun takpe. Tapi kulit tu kena sental dulu dengan berus supaya lumpur yang melekat tu tertanggal

Aku ikut nasihat makcik tu. Cuma aku tak buat gulai, tapi aku masukkan dalam oven. Lebih kurang macam mentarang bakar jugak la.

Selain boleh dimakan oleh makhluk bernama manusia, aku pun baru tau mentarang ni boleh dibuat umpan mengail. Agak berkesan jugak. Cuma masalahnya, aku terpaksa lebih rajin sedikit periksa umpan kat mata kail sebab isinya yang lembut membuatkan ikan-ikan kecil suka sangat curi. Sekali baling, sekali pasang umpan, tak sampai lima minit. Mana larat bai! Sudahnya, udang pasar jugak yang jadi taruhan.

Berbalik kepada makanan, dapat aku perhatikan yang drive-thru sekarang dah mula jadi trend. Selain daripada cendol bakar yang terkenal kat Bukit Rotan tu (tak pernah singgah sebab sentiasa penuh), kat area sini pun ada jugak drive-thru kelapa bakar. Agak memudahkan jugak, dan tahniah untuk idea bernas para peniaga zaman sekarang. Memang layak aku panggil usahawan.

Dua minggu lepas, sekali lagi Tuhan dah bukak pintu hati aku berhenti sekejap kat warung tepi jalan yang ada jual mentarang ni. Mulanya aku ingatkan kat sini cuma ada jual mentarang segar dan mentarang bakar je. Tapi rupa-rupanya binatang mentarang ni pun boleh dimasak dengan pelbagai cara. Salah satunya, masak black pepper...

Rasa boleh tahan, cuma semacam berpasir sikit.

Setelah mengetahui rasa mentarang yang berbeza sedikit berbanding kupang (kupang lebih manis), aku tak la begitu teruja dengan menu yang baru ni. Tapi disebabkan Adele punya pasal, aku layankan aje la. Satu lagi menu pilihan kami tengahari tu adalah, ini. Mentarang bakar...

Yang baju merah/hitam tu adalah anak buah yang paling rapat dengan aku.

Cuma entah kenapa, dah beberapa kali cuba makan mentarang ni, kepala aku akan rasa pening. Perut pulak rasa mual. Macam mabuk naik tongkang pun ada. Mungkin aku alah dengan binatang mentarang ni...

*Pergh, tiga entri berturut-turut pasal makanan. Ini macam baru la meriah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. aku pun mengalami tanda2 yg sama bila makan mentarang...

    ReplyDelete
  2. sedap di rebus... makan cicah sos

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah makan..bila ko kata rasanya cam berpasir tetiba teringat telur penyu..adehh..

    ReplyDelete
  4. Khai : orang kacak memang alah dengan mentarang kot...

    ReplyDelete
  5. tmm : dah beberapa kali cuba, hasilnya tetap sama. pening kepala, mual...

    ReplyDelete
  6. Rai : kat sandakan boleh dapatkan telur penyu dengan mudah. teringin jugak rasa...

    ReplyDelete
  7. mlm td baru tengok kat tv psl mentarang.

    pernah mkn sekali masa ke perlis, tak kena kat tekak la. cukup la sekali tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : rasanya mentarang ni ada kat sebelah pantai barat (kawasan berlumpur) je kot, sebab tak pernah lagi jumpa kat kuantan atau terengganu...

      Delete
  8. menatang apa lak mentarang. haha. baru dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bane : bro, kalau nampak boleh try. tapi rasa kureng sikit banding kupang.

      Delete
  9. Pernah dengar namanya, pernah tengok rupanya, tapi belum pernah makan isinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay Ar : ha, boleh la try. tapi harapnya takde alahan...

      Delete
  10. owh..mentarang nie menatang rupanya..heheh..seafood eh, klu seafood tak dapat laa aku makan sebab aku memang jenis xsuka makan seafood..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Azlan : oh, aku ingat kau ada alahan. ada pendapat, seafood yang betul2 freash dari laut tak beri efek negatif kat penghidap resdung...

    ReplyDelete
  12. selalu gak nampak mentarang ni bila ke kuala selangor. tapi tak pernah singgah nak beli lagi.. adakah rasanya seperti pepahat..? sbb tak dpt imagine rasa bila awk ckp kupang manis sikit. sy pun peminat kupang. mentarang tawat habis ke, atau takda rasa apa-apa?

    ReplyDelete
  13. 4feet8 : lebih kurang kot macam pepahat. mungkin lemak sikit...

    *kat kuantan, pepahat disebut lonjok (kalau tak silap).

    ReplyDelete