Biar Orang Cina Pimpin Islam Di Pasar Malam

8
7:48 AM

Penulis : Ann Wan Seng
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd
Harga : RM 15
Jumlah Mukasurat : 129 (tidak termasuk prakata)

Selalunya, bila ke pasar malam, pandangan aku lebih tertumpu kepada deretan DVD cetak rompak, char kuey teow dan jugak pakaian bundle. Tapi beberapa minggu lepas, sudut pandangan aku dialihkan secara tiba-tiba ke sebuah buku yang amat menarik tajuknya. Buku yang kalau tak silap pernah aku lihat di beberapa toko buku sebelum ni. Cuma disebabkan aku bukanlah seorang pencinta buku (ha?!), jadi tidaklah menjadi kewajipan untuk aku memilikinya.

Tapi kali ni, berbekalkan duit yang tak habis selepas membeli beberapa jenis makanan, aku beli jugak buku ni sebab nak tau sangat apa yang si penulis ni nak sampaikan. Dan juga kenapa orang Cina boleh dibenarkan memimpin Islam. Atau lebih tepat lagi, orang Islam yang muncul sebagai pemimpin itu datangnya dari kaum Cina.

Apa pun, lepas baca buku ni, ini adalah kesimpulan yang aku buat terhadap orang Cina khususnya di Malaysia:
  • -memandang Islam adalah sinonim dengan Melayu, membuatkan mereka menolak Islam dengan kuat.
  • -perlu difahami dengan mendalam agar dakwah dapat disampaikan lebih berkesan
  • -menolak Islam berbanding agama lain dengan keras kerana tidak mahu budaya dan cara hidup mereka terhapus serta terpaksa mengikut adat resam Melayu.
  • -mempunyai ciri-ciri falsafah dan kebudayaan yang kuat berbanding kepercayaan agama, jadi mereka lebih terbuka menerima agama lain.
  • -begitu mementingkan nasab dan salasilah keluarga, jadi anak lelaki lebih kuat ditentang daripada memeluk agama Islam kerana tak mahu nama keluarga mereka lenyap.
Dan ada satu lagi statement yang sangat menarik perhatian aku, lebih kurang macam ni:

Orang Cina yang merantau ke sini selepas zaman Laksamana Cheng Ho adalah golongan yang hidup susah dan melarat di tempat asal. Sebab itu mereka sanggup mengambil risiko merentasi lautan untuk berhijrah ke rantau Asia Tenggara. Di sini pula, pada awalnya mereka terpaksa bekerja separuh mati menjadi kuli dan hamba di lombong-lombong. Ada di antara mereka yang tidak dibayar gaji, cuma cukup makan untuk mengalas perut. Tetapi, atas daya usaha dan kegigihan, mereka hari ini dilihat sebagai kaum yang berjaya memonopoli banyak bidang ekonomi dan perniagaa. Jadi orang Melayu dan kaum lain tidak perlu berasa iri hati terhadap mereka, malahan perlu belajar, meneliti dan mempraktikkan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat Cina.

Fikir-fikirkan. Sekian, wassalam...

*entri tiada kaitan dengan Tahun Baru Cina.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. penjelasan yg baik dan mesti tak berat sebelah sebab ia tulisan AWS..seorang cina muslim.

    faktor survival membuatkan diorang berjaya di tempat org..kita dah rasa selesa/selamat, sbb tu kita tak rasa perlu fokus utk usaha habis-habisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie : orang melayu perantau aku tengok tak banyak beza dengan cina, ada kebolehan survival yang tinggi...

      Delete
  2. hoho.. dari kesimpulan awk, sy rs, buku ni patut ditukar tajuk pada; biar org cina pimpin Malaysia nih.. alamak, takut kena bannedla komen nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4feet8 : tambahan, pemimpin daripada kalangan cina islam. cuma mungkin kita yang tak sedia lagi...

      Delete
  3. renung2 kan.. sebagai orang Melayu aku rasa kebanyakan kita terlalu selesa dengan hidup.. nak mau berusaha dan lebih banyak mengharapkan subsidi.. dengki dan khianat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WWK : subsidi, dari dulu hingga kini. sampai jadi alat menarik undi...

      Delete
  4. Tak salahnya jika org Cina memimpin Malaysia, yg penting mereka beragama Islam. Apa guna Melayu memimpin negara tapi tidak melaksanakan Islam dan sentiasa nampak memusuhi Islam?

    Lagipun org Cina lebih dulu menerima Islam dari org Melayu. Ketika org Melayu masih beragama Hindu, Islam dah bertapak lama di negara China...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay Ar : antara masalahnya sekarang ni, majoriti masyarakat masih memuliakan bangsa melebihi agama...

      Delete