JPO

19
9:31 AM

JPO, apa benda tu? Theme park macam Legoland jugak ke?

Ala, tempat yang jual barang branded la. Tapi harga dia murah sikit...

Ye ke? Tak pernah dengar pun.

Takkan la. Kan hari tu Najib yang rasmikan!

Memang rabak betul la aku ni. Benda besar macam ni pun aku boleh tak tau. Kawan aku orang Melaka yang boleh dikatakan tak pernah sampai Johor Bahru ni pun boleh tau. Aku yang ada adik kat sini tak tau apa? Sigh...!

Cuti sempena hari Krismas tahun lepas, sebelum hilang penat disebabkan acara rombongan separa percuma ke Legoland, malamnya aku pun ajak la satu-satunya adik seibu dan sebapa yang aku ada ke sini. JPO atau nama penuh dalam surat beranak Johor Premium Outlet.

Kira ok jugak la tempat ni sebab tiket parking pun tak mahal macam Metro Parking kat KL ni. Tapi sangat la ok kalau aku ni seorang penggila barang-barang berjenama. Niat utama aku datang ke sini bukan semata-mata nak bersantai, nak beli barang jauh sekali. Tapi cuma nak menghabiskan sisa-sisa minyak petrol dalam tangki dan jugak tenaga kat badan. Lagi pun kalau orang tanya "kau dah pergi JPO?" Boleh la aku jawab "dah" dengan muka yang berlagak walau pun tak beli satu habuk pun.

Apa yang aku perhatikan, kebanyakan yang datang sini sama macam aku. Cuma nak jalan-jalan je. Kebanyakan yang jalan-jalan kat sini lebih senang melihat-lihat dari luar tingkap kaca je, pun sama macam aku. Tambahan, ada jugak segelintir yang datang sini nak tangkap gambar macam rombongan sekolah pergi zoo, pun sama macam aku jugak!

Rasa macam power pulak datang tempat eksklusif, snap gambar pakai telefon bijak...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. byk jugak wang abis bila ke sini tahun lepas...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, asal berbaloi. masa pergi tu mujur aku ni tak bawak bekal duit banyak (dan bukan kaki shopping)...

      Delete
  2. factory outlet kat jakarta bes lagi pak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jakarta? ngak bisa pergi deh. banyak godaan...

      Delete
    2. deh=dong
      kan..? hadoi, best betul, sampai terlupa nak simpan duit nak makan.. =,='

      Delete
    3. tolong jangan goda aku. hahahaa...

      Delete
  3. Teringi gak nak ke JPO tu, dgr cite jer...mana boleh tahan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memang berniat berbelanja, kena standby pitihnya bos. kalau tak takut menyesal nanti...

      Delete
  4. dah lama pasang angan2 nak singgah JPO nie..tapi fulusnya nak kena ade gak..kalau datang jauh-jauh semata-mata nak window shopping cam tak berbaloi pulak..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bila dah sampai, kena beringat sikit bro. karang terbabas membeli, tak balik pulak...

      Delete
  5. Target market dia ialah Singaporean..
    Malaysian yg tak cukup duit, cuci mata aja lah..
    Jujurnya, harga kat situ tak murah mana pun..factory outlet di Australia lebih berbaloi dan betul betul murah, dan pilihan barangan lebih banyak & latest model.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, tak tau pulak pasal harga barang ni. patut la sedap je cuci mata...

      Delete
  6. Saya pun tak pnah sampai. Takde niat pun nak pegi, brand yg kita pakai takde jual kat situ..camne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cuci mata pun ok jugak...

      Delete
    2. Inilah pertama kali org Alor Setar yg sedikit jakun seperti JR ni dengar pasal JPO...hehehehe...

      Delete
  7. Inilah kali pertama org Alor Setar seperti JR yg sedikit jakun ni dengar pasal JPO...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lagi tu sebab jauh. Ini orang johor yang kerap balik pun tak tau...

      Delete
  8. Cantik blog tuan.

    IM dah lama tak pergi shopping. pergi kat kedai depan rumah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai depan rumah pun macam-macam ada...

      Delete