...ke Afrika Selatan

10
12:12 PM

Baru tadi anak di South Africa call bersama ketua pelajar nak buat bayaran yuran. Saya dah bank in dari sini suruh bayar setahun, senang tak perlu fikir setiap bulan.

Alhamdulillah. Allah bagi rezeki cukup termasuk tiket balik cuti. Bulan Ramadhan ni genap lah setahun setengah tak jumpa, hanya skype dua minggu sekali. Ramai orang tanya kenapa tak belajar di sini saja.. Saya kata saya dah hantar anak saya di tahfiz kat sini dari umur 11 tahun. Cukup 13 tahun saya fikirkan mana nak cari tahfiz di luar negeri biar, expose awal ...

Tidak lama, dapat info dari ustaz Yunus ada di Afrika Selatan. Lalu saya pergi sendiri siasat keadaan madrasah tersebut. 12 hari saya di sana bersama pelajar dan berjumpa guru-guru di sana menziarahi rumah mereka dan ambil sanad sikit-sikit. Kami dilayan sebagai tetamu istimewa selama tiga hari.

Tujuh hari saya berada di madrasah Zakaria Park, minggu berikutnya saya pergi ke Skeer Port untuk menziarahi seorang ulama di sana. Tiga hari kami dilayan sebagai tetamu. Tiada pelajar Malaysia di sana. Di Skeer Port kira-kira lima jam perjalanan dari Zakaria Park, akhirnya bertemu dengan ulama tersebut, ia sungguh istimewa kerana berada di dalam hutan..Malam kami bersembang dan saya di baiat dengan tareqat Naksabandiyah dan menerima pesanan dan saya baca salasilah ulama tersebut sehingga ke Rasulullah.

Balik kepada cerita Madrasah Zakaria Park. Apa yang saya lihat di sana sungguh istimewa akhlak pelajar-pelajar, tiada bising. Mereka akan bagi salam setiap kali terserempak. Seorang pelajar bernama Zaqwan bawak kami bertemu dengan guru-guru di sana. Bila kami masuk rumah kami buka kasut, saya lihat Zaqwan akan pusingkan kasut hala keluar, begitulah kami disantuni.

Menurut cerita Zaqwan, pelajar-pelajar wanita (madrasah berasingan) akan diajar al-Quran dan diajar jadi surirumah yang baik, antara silibusnya adalah memasak dan menjahit.

Hari ke-13 kami balik Johannesburg. Bertolak awal pagi bimbang ada aral melintang.

Sampai airport kami check in awal ada 4 jam lagi kerana flight pukul 2.00pm. Kami check in pukul 10.00am. Masa panjang lagi, kami berjalan-jalan sekitar airport tak sedar masa berjalan., tak sedar panggilan terakhir kerana speaker tiada beza dengan DJ radio di airport.

Sedang kami sibuk melihat-lihat ternampak pramugari memanggil-manggil kami suruh masuk kapal. "Run, you are late. You have 5 minutes before the border close" apa lagi, saya tengok tiket pintu 4 terus lari. Pergh..... Sangkakan pintu dekat rupanya dekat 2 km... 10 minit lari belum jumpa pintu 4. Sampai saja tengok atas kapal terbang dah menyala lampu merah.... Tertinggal flightlah.....

Itulah sedikit kisah yang tidak dapat dilupakan.

*Dicedok (dengan izin) daripada sebahagian kisah seorang kenalan di Facebook. Aku kagum jugak dengan keberaniannya melepaskan anaknya yang baru berumur belasan tahun, merantau ke seberang Lautan Hindi hingga benua berasingan. Bukan senang tu. Sedangkan hari pertama anak kita masuk darjah satu pun, ramai mak bapak yang gelabah.

*Tahniah juga atas keterbukaannya menghantar anaknya mendalami ilmu tahfiz di madrasah sana...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Perkongsian pengalaman yg menarik!

    Rasanya cukup tinggi pergantungan dia pd Allah, sampai yakin utk tinggalkn anak yg masih muda sejauh itu..demi ilmu agama pulak tu. mmg luar biasa.

    ReplyDelete
  2. anaknya yang lain pun ada yang belajar tahfiz jugak, tapi dalam malaysia je. nekad jugak kan hantar sampai seberang laut. tapi ganjarannya, takde siapa yang dapat bayangkan...

    ReplyDelete
  3. Aku ingat anak ko.. Hebat gila.. Aku nk antar anak masuk asrama pun pk banyak kali kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat. Aku tabik sangat pada dia...

      Delete
  4. Tabik buat sm...JR selalu rasa kerdil dan terharu bila berhadapan dgn mereka yg berjiwa besar seperti sm yg sanggup meghantar anak yg belum begitu besar untuk menuntut ilmu agama di lokasi sejauh itu. Semoga bila mereka pulang akan dapat memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat yang dah banyak sangat makan gula-gula berbau materialistik ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Bang, ni kisah salah seorang kawan kat facebook. Sekadar mahu berkongsi kisah kekaguman dengan semua

      Delete
  5. IM pun lebih suka anak belajar jauh-jauh untuk timba pengalaman di negeri orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula tu mesti kita pun berdebar jugak...

      Delete