Kerinduan

20
9:40 PM


Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini... Entah, aku sendiri pun dah lupa bila.

Atas sebab-sebab yang sengaja aku enggan elakkan, ini adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini, sejak berbelas tahun lalu. Aku tak tau kenapa. Adakah sebab aku ni terlalu degil? Memberontak sampai macam ni sekali? Langsung tak peduli...

Sedangkan inilah parit kecil yang pernah menjadi tempat aku berkubang dulu. Aku dengan adik perempuan tomboyku. Aku dengan beberapa orang sepupu. Dan kadang-kala aku sendiri.

Dan baru sekejap tadi aku terbayangkan arwah yaie yang sedang tenang menggulung rokok daun di muka pintu. Dengan tubuh kurus keringnya itulah dia rajin mengayuh basikal ke kebun beberapa ratus meter di belakang sana.

Petang itu, air yang mengalir masih lagi sama seperti dulu warnanya. Ada kejernihan dalam pekatnya. Ada kocakan halus dalam larian kelesuannya. Ada gumpalan buih-buih gebu dicelah-celah helaian rumput. Aku rindu. Aku rindu nak berkubang di dalam air parit separas betis ni, macam dulu. Aku rindu nak panjat pokok jambu air di hujung penjuru laman belakang sana, yang sekarang dah jadi tempat sandaran basikal buruk. Mungkin kerinduan yang sama juga telah mengisi ciuman sayang nyaie ke kedua-dua belah pipi aku, sebaik aku bersalaman dengannya.

Baru aku sedar, selama ni rasa keegoan aku telah melenyapkan rindu aku pada wajah tua ini.

Hm, udara kat sini masih lagi sama. Bau tanah gambut yang basah, masih lagi sama. Angin juga masih lagi bertiup dalam kadaran yang sama, lembut. Halus. Terisi molekul kenangan dingin di antaranya.

Aku harap, aku masih lagi orang yang sama. Sama sejak aku melangkah pergi meninggalkan laman ini buat kali terakhir dulu.

yaie = atuk
nyaie = nenek

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. aku pun rindu kehidupan kecil yang dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih rindukan kehidupan lepas, takut tak berani pulak nak berdepan dengan yang akan datang ni...

      Delete
  2. sy rasa mcm baca edisi cerpen jer.. pandai awk gubah.. yaiee dan nyaiee tu loghat negeri mana? nenek masih ada..? jd, pulangla selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermakna atuk dan nenek dalam bahasa jawa (ayah adalah orang jawa). insya Allah...

      Delete
  3. wah..layout baru ehh...stylo2..hehe..btw, seronok kalau ade pengalaman macam tu..macam aku yang membesar kat bandar nie aktiviti aku dan tentu berbeza..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbeza, tapi keseronokan tetap ada. almaklum la, budak-budak...

      Delete
  4. Bila balik kampung kadang2 JR mencari2 sesuatu bahan kenangan masa lalu yang ditinggalkan: parit tempat berkubang semasa kecil, sawah tempat mencari anak ikan, hutan tempat memburu burung...Tapi semuanya dah tak ada, pembangunan telah menelan semua nostalgia masa lalu...tiada lagi parit, tiada lagi sawah, tiada lagi hutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayu bila tempat2 yang banyak kenangan tu dah takde.

      Delete
  5. parit gambut..mmg saya pun rinduuu sgt nak mandi2 dlm tu. mcm zaman kecik2 dulu. bilik mandi mana ada, situlah tempatnya.

    tapi skrg parit2 tu dah mengecil dan penuh tumbuhan liar. org pun dah tak main/mandi dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada air paip, fungsi parit pun dah berkurang. Tu yang makin terbiar.

      Delete
  6. Kt mane tu? Dulu ms aku kcik, aku selalu kate - parit tu tertumpah air sarsi. Sbb tu color die cokelat. Tapi sbnrnya, efek tanah gambut...

    Dan tibe2, aku pun rindu kat arwah nenek dan arwah atuk aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, pandai pulak orang dulu satu kampung pakat minum sarsi...

      Delete
  7. Rohani kita mungkin boleh sama tetapi tidak jasmani. Bumi juga pelan lama pelan tua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya hati ni tak la berubah...

      Delete
  8. Sedih pulak aida baca entry kamu nie.. terkenang zaman kanak2 dulu.. zaman yang tak ada serabut2.. Tengok air yang mengalir tu sunyi je rasa.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air ni nampak je gelap, tapi ada banyak makna...

      Delete
  9. memang best "Jeblon" kat dalam parit ni hahaha...kat mana ni bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung ayah aku da. simpang renggam, sebelah ladang nenas (nanas?)...

      Delete
  10. tanah gambut ke bro.. mikir dua kali gak nak jeblon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manyak syok ma, air sejuk...

      Delete