Mamat

14
1:21 PM

Kisahnya, ada seorang remaja lelaki. Namanya Mamat (sekadar nama panggilan). Umurnya 15 tahun iaitu baru masuk tingkatan tiga kalau berdasarkan congakan ringkas sistem pendidikan negara. Baru nak kenal dunia. Dan tengah nak naik, orang kata. Dari pagi sampai tengahari dia akan berada di sekolah, macam rakan-rakannya yang lain. Dan sebelah petangnya pulak, dia akan diam di rumah. Tak macam rakan-rakannya yang lain.

Bukan sebab dia seorang yang anti sosial atau bersikap macam kera sumbang, mana mungkin! Sebab dia antara seorang yang agak aktif dengan bermacam jenis aktiviti. Tak kira la sama ada yang melibatkan sekolah atau program di kawasan kejiranan. Cuma, diamnya di dalam rumah dari petang hingga malam itu bersebab.

Bapanya bekerja sebagai pemandu lori jarak jauh (sebenarnya dia pesara tentera). Jarang ada di rumah. Manakala, ibunya pula seorang pengusaha kedai makan. Kedai makan yang memulakan perniagaan dari petang hingga ke larut malam. Tetapi, ini juga bukanlah sebab utama dia berada di rumah. Boleh sahaja dia menolong ibunya di kedai makan. Menggoreng daging burger, membakar otak-otak atau paling kurang pun mengambil pesanan dan mengemas meja. Cuma ada sesuatu yang lebih penting di dalam rumah semi-D sederhana besar itu.

Sebenarnya, di rumah itu tinggal seorang perempuan tua berpangkat nenek sejak beberapa minggu lalu. Tinggalnya di situ kerana tubuhnya kini semakin uzur dimakan usia. Tidak sihat. Sakit kaki, sengal sendi, darah tinggi. Kebanyakan penyakit berkaitan usia ada padanya. Dan kini, telah menjadi tugas si Mamat untuk menguruskan perempuan tua itu pada sebelah petang hingga malam, bagi menggantikan ibunya. Memandikan, menyuapkan makanan ke dalam mulut, malahan membersihkan kencing dan berak perempuan itu (maaf kalau ayat aku ni agak kasar). Bukannya dia tiada adik-beradik yang lain. Ada.

Cuma abang sulungnya kini sedang menjalankan tugas sebagai anggota tentera. Tambahan lagi, dia sudah berkahwin dan mempunyai komitmen tambahan. Kakak? Ada, tetapi dia juga tak mungkin dapat membantunya kerana memenuhi tuntutan sebagai pelajar di salah satu negeri pantai timur sana.

Ya, aku tak pasti adakah masih ramai lagi remaja lelaki dalam usia begini yang sanggup mengorbankan waktu gemilangnya bersama kawan-kawan sebaya semata-mata menjalankan tugas menjaga seorang tua. Seorang tua yang juga adalah neneknya...

*Mamat itu adalah sepupu aku.
*Perempuan yang tidak sihat itu adalah nenek aku sendiri.

"Tok, nanti cuti raya cina orang balik sana tengok atok eh..."

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. semoga bahagian utk mamat dipermudahkan oleh Nya atas apa yg telah dia lakukan.. sepupu awk mmg baik..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dak mamat tu. Semoga kebaikannya dibalas seribu rahmat.

    Ada budak 15 thn, hilang. Gempar 1 Malaysia dek sokkabar tukang-kasik-menggelabah-orang. Upenye, lari ikot bf nepal.

    Adehhh!

    ReplyDelete
  3. 4feet8 : rasa kagum pun ada...

    ReplyDelete
  4. fara : again? hmm...

    ReplyDelete
  5. dia seorang yg sgt wow!
    Alhamdulillah ada insan begini. susah nak cari tau..remaja, lelaki pulak. Semoga Allah merahmatinya.

    ReplyDelete
  6. bagus mamat!

    moga kau jadi insan berjaya di dunia di akhirat mamat. aminn

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..Mamat memang seorang yang jarang-jarang ditemui..banyak pahalanya tu...semoga dipermurahkan rezeki mamat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Jika kita berbuat baik kepada orang tua, insyaAllah bila kita tua nanti, anak-anak kita akan berbuat baik pada kita!

    ReplyDelete
  9. Ujie : cantik terma `sangat wow' tu...

    ReplyDelete
  10. karen : aku pun sama-sama doakan untuk dia...

    ReplyDelete
  11. im : insya Allah, macam tu la harapnya...

    ReplyDelete
  12. dah tahu tanggungjawab... baguslah dan besar ganjarannya nanti...

    ReplyDelete
  13. Khai : bukan senang nak cari budak macam ni...

    ReplyDelete