Oh, uniknya majlis kamu itu!

16
8:36 AM
Semua orang memang mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah, gilang-gemilang dan serba-serbi sempurna. Bukan setakat pengantin, mak bapak pengantin pun sama. Yang kaya, yang miskin dan jugak yang duit cuma paras-paras je.

Untuk itu, ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit (ada ke yang sampai ratusan ribu) semata-mata mahukan majlis mereka menjadi majlis yang sentiasa jadi kenangan oleh para hadirin. Pada mereka, "baiklah, mari kita pilih tarikh yang unik dan mudah untuk diingati."

Pada aku, majlis perkahwinan yang sempurna bukan diukur pada berapa ribu jemputan yang datang, ketinggian kek khas yang ditempah, set-set persalinan, jumlah hantaran yang tak masuk akal... Tapi apa yang menjadikan majlis itu jadi lengkap adalah apabila :

-hampir semua orang-orang penting (aku tak maksudkan wakil rakyat) seperti kawan baik atau saudara terdekat dapat datang.
-tak banyak makanan yang terbazir.
-cuaca tak hujan lebat sepanjang majlis.
-jadi tempat pertemuan kawan-kawan lama (contohnya kawan study dulu).
-mempunyai unsur keunikan tersendiri yang takde kat majlis lain.

Beberapa hari lalu, aku ada menerima satu cenderahati daripada seorang kawan sekerja bersempena majlis perkahwinan anak buahnya, yang mana aku tak dapat datang ke majlis tu. Biasanya, dalam goodie bag untuk para jemputan tu akan diisi dengan beberapa barang seperti mug, bunga, sapu tangan, cawan kecil atau jajan (selalu orang bubuh kerepek atau bahulu).

Tapi kali ni, kawan aku tu dah keluarkan satu idea bernas dengan memberikan benda ni kepada para jemputan. Satu idea yang aku rasa sangat unik dan akan dikenang oleh tetamu untuk sekurang-kurang dalam tempoh setahun!

Gambar minggu lepas. Kalendar kuda, kredit pujian untuk kawan aku tu. Modal tak sampai seringgit...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. cousin sy pun kawin bg kalendar sbb masa dia kawin bulan 12. kalau kawin tgh2 thn, kena cari idea lain.. hehe..
    tapi, betul awk ckp tu,yg penting, semua jemputan dtg, makanan tak membazir, dan cuaca ok sudah cukup menjadi kepuasan..
    mungkinlah sbb sy impikan majlis penikahan/perkahwinan yg sederhana saja.. ;)

    ReplyDelete
  2. wah..bagus betul idea kalendar ni! berguna.

    saya pulak jenis simple. masa kawin dulu, org lain yg risau sbb sume benda saya takmo.

    ReplyDelete
  3. Eh, ade lebih? Aku nak satu. Huuuuu~

    ReplyDelete
  4. Idea yg bagus...tapi ia cuma sesuai jika kenduri dibuat bulan Disember atau awal Januari. Kalau beri kalendar utk kenduri bulan Jun dah macam tak relevan pula...

    ReplyDelete
  5. 4feet8 : belanja ribu2, tapi hasil hasil (perkahwinan) mendukacitakan pun tak guna jugak...

    ReplyDelete
  6. Ujie : kalau semua pun tak nak, risau jugak tu...

    ReplyDelete
  7. fara : sori, ada satu je. memang untuk aku kalendar kuda ni...

    ReplyDelete
  8. Jay Ar : kalau tengah tahun, kira cabaran jugak la nak cari idea yang unik...

    ReplyDelete
  9. awal tahun ngan hujung tahun tu relevan la juga kan... ye dak

    ReplyDelete
  10. tu belum lagi yg lari tak hanta makanan, yg lari tak hantar photographer dan baju tak siap.. minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  11. Khai : tu la, aku pun tertunggu jugak kalau ada idea canggih untuk yang tengah tahun ni...

    ReplyDelete
  12. tmm : lain daripada yang lain...

    ReplyDelete
  13. 4feet8 : jangan sebut selalu, fikir positif dulu...

    ReplyDelete
  14. ade ade kenalan yang time dia kawin daripada 100 jemputan hanya 200 orang jer kawan2 dia..yang lain semua parent dia puya kenalan..aku pun tatau sapa yang kawin..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Azlan : nahahaa! mungkin kawan2 dia ramai tak dapat datang atau parents dia yang lebih excited kot...

    ReplyDelete