Pembedahan Terancang

18
8:58 AM
Menghabiskan masa hampir setengah jam melakukan pembedahan berisiko rendah terhadap mata ketiga dan keempat aku. Kecederaan parah ini adalah akibat perbuatan ganas ultraman kecil ketika pulang ke kampung sebelum ni.

Pukulan cedoknya mampu menumbangkan raksasa bersaiz tiga kali ganda daripadanya, walau pun lampu kecil di dada dah berkelip-kelip. Pergh, tu belum kena fire lagi tu.

Tidak banyak harapan diletakkan terhadap doktor yang pertama kali menerima kes yang seumpama ini. Dengan peralatan minimum tetapi dipenuhi dengan kepakaran yang berada pada tahap tertinggi, hanya mampu menunggu dalam debaran...


Tapi hasilnya agak memberangsangkan jugak la...


Akhirnya, aku dapat melihat seperti sediakala tanpa bantuan cermin mata kesayangan yang lagi satu. Lain kali aku perlu berhati-hati akan serangan fizikal dan mental oleh ultraman-ultraman kecil. Dan aku pun perlu berlatih mempersiapkan perisai halimunan agar tak mudah lagi ditewaskan oleh mereka...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. haha.. bedah lekat pakai gam gajah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada satu lagi spek mata. tapi lens yang ni masih cantik lagi kalau nak beli baru...

      Delete
  2. kreatip dan berinovasi... sy puji ni

    ReplyDelete
  3. Nasib la spec ada frame..masih boleh dibaiki. tapi mmg kira teliti la boleh buat benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. frame ni murah, tapi selesa. sayang nak tukar...

      Delete
  4. hahahah...saya pakai cermin mata dlm mata..mudah, tiada risiko jatuh/pecah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi orang kata leceh pulak nak jaga. mungkin jenis pakai buang ok kot...

      Delete
  5. Kalau JR pergi buat pembedahan di klinik spek mata aje. .
    Tapi nasib baik juga tak pecah, kalau pecah panjang cerita, doktor spek mata pun surrender....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes ni kalau lens yang pecah, memang wajib jumpa yang pakar...

      Delete
  6. wahahaha..kat rumah saya ada 3 ultraman...memang pernah spek bengkok dengan ultraman yang paling kecik...cantik frame tu bro macam mahal je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM90, paling murah yang ada kat kedai. Tapi paling selesa. Sebab kena repair balik.

      Delete
    2. entry pasal ultraman ni saya lanjutkan dekat entry saya hehehe...ada top up sikit

      Delete
  7. akhir sekali aku buat pembedahan terancang terhadap cermin mata aku resultnya tak memberangsangkan..hehehe..kalau patient dia manusia dah tentu kena saman..tapi takpe..gagal tu adalah part of process belajar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal boleh pakai & tak mudaratkan mata pun ok la tu...

      Delete
  8. Aku igt, ko bt pembedahan laser td. Mane tau kot ley tau bape kos...he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia. Kalau laser aku rasa dalam ribu jugak kot. Lagi pun mata aku masih belum sampai tahap tu lagi.

      Delete