Pesalah Berjaya Ditahan

16
10:36 AM


Sebelum ni, dah berkali-kali aku mempersoalkan tentang dari mana makanan ni dapat nama. Namanya je kacang pool, tapi tak pernah pulak aku jumpa butir kacang dalam ni walau pun sekali. Walau pun sebiji.

Nah, sekarang pesalah telah ditemui apabila beliau gagal menyembunyikan diri daripada cedukan sudu aku. Kau ingat bila dah terlepas daripada mata kisaran lumat tu, kau boleh pulak terlepas daripada pandangan mata rabun jauh aku ni?

Sorry bai, silap besar namanya.

Dengan ini, aku isytiharkan pesalah yang selama ini dicari-cari telah pun berjaya diberkas! Ditahan tanpa sempat melawan, dihukum tanpa perbicaraan. Dan hukumannya adalah disumbat ke dalam perut aku tanpa dibenarkan mengucapkan salam perpisahan...

*Entri berkaitan di sini.
*Aku keliru dengan nama sebenar kacang ni, pool atau faul?
*Harap bukan fool, sebab I don't wanna be fooled by anyone, anyhow, anymore...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. kacang perang eh?
    eh? kacang ni blend campur daging ke..? masuk telur?
    apakah rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang kisar sama daging, lepas tu buh telur mata. rasanya sangat sedap kalau orang belanja...

      Delete
  2. ko hebat... ko dah berjaya berkas pesalah yang 'adakah benar bersalah.?', dan pesalah itu yang jenis kaku tak melawan.! hehehe...

    apa2 hal, tahniah bai.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang je nak tangkap si kacang ni...

      Delete
  3. dah boleh tukar kerja ni.. jadilah detektif

    ReplyDelete
    Replies
    1. detektif conan versi botak. atau kojak?

      Delete
  4. Betulla..mmg pool.
    Tu kcg merah kan? Yg biasa ada dlm ABC.

    ReplyDelete
  5. Pak Haji Larkin Bomba gagal kisar kacangnya selumat lumatnya? haha

    ReplyDelete
  6. Dulu, bos aku org Arab. Die pnh msk kcg pool utk kitorang. So, dr situ aku tau kacang pool mmg ade kcg. Tapi kcg pool org Arab ade beza sket dr yg pemes kat larkin. Walau apapun, aku mmg peminat kcg pool. tak kiralah. Arab ke, Jawa ke, Bawean ke...wahahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, boleh la buat kat rumah bila ada masa...

      Delete
  7. ceh..aku igtkan pesalah apa tadi..rupanya pasal kacang pool aritu..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersalah, sebab dari dulu aku tak pernah jumpa...

      Delete