Sudah Berpenghuni

22
7:54 AM


Dulu, tanah lot sebelah sana cuma diisi dengan baris-baris pokok pinang je. Disulam dengan beberapa jenis pokok buah-buahan. Tapi sekarang, tanah tu sudah pun berpenghuni. Dalam kiraan rambang aku, semua sekali ada la tak kurang 20 penghuni semuanya.

Bila ditanya kepada makcik aku tentang siapa yang bertanggungjawab tentang hal membersihkan/menguruskan tanah yang dah berpenghuni tu, dia jawab "Pakcik kau yang buat semua tu. Bila ada orang meninggal kat kampung ni, dia la yang jadi tukang gali kubur".

"Macam Nasir Bilal Khan tu ke?" tanya aku sambil tersengih, yang juga menerima sengihan sebagai jawapan.

Untungnya rumah berjirankan mereka yang telah berpindah ke alam lain ni. Setidak-tidaknya dapatlah sentiasa beringat tentang kehidupan yang satu lagi tu...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

22 comments:

  1. tanah wakaf ke atau memang tanah kubur tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owner sebelah tu dah wakafkan tanahnya untuk perkuburan.

      Delete
  2. Kau balik Johor ke CNY ritu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Main mercun dengan orang johor.

      Delete
  3. aku ade seorang kawan sekolah yang bapanya seorang tukang gali kubur..time sekolah dulu memang seram gak laa nak gi umah dia tapi dia kata kita semua makhluk allah s.w.t...tak ada apa yang perlu ditakutkan klu kita meminta pertolongan dariNya..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecik, jangankan malam, siang pun tak berani lalu...

      Delete
  4. bkn semua org,kuat semangat dan berani berjirankan kubur..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa. Sepupu yang sekolah rendah, rilek je main basikal kat sebelah kubur tu.

      Delete
  5. JR dulu pernah tinggal di kuaters yg bersebelahan tanah perkuburan. 'Tak banyak' berlaku perkara pelik pun sepanjang 7 tahun berjirankan 'manusia-manusia dari alam lain'. Bila kata 'tak banyak', maksudnya pernah juga berlaku benda2 pelik, tapi bukan selalu. Apa nak takut manusia bukan bersendirian di alam ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Pelik' yang biasa2 tu kira ok lagi bang...

      Delete
  6. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam. Sama-sama.

      Delete
  7. Replies
    1. Sama la bro, tapi hari-hari pulak buat dosa...

      Delete
  8. Besar bakti pakcik SM kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa muda, dia ni gangster sikit. pernah sampai masuk lokap...

      Delete
  9. Betul tu...Ziarah org meninggal...tgk kubur...mengingatkan kita yg selalu lalai ini, akan destinasi kita kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka pun tak ganggu kita macam orang yang hidup ni...

      Delete
  10. dulu saya masa kecik berjiran kat jirat cina bro...hahaha..selalu dapat air kotak free kalau ada cina mati..apsal kelakar pulak ni..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang pernah ambik upah jadi `orang yang menangis'...

      Delete