Gayat

12
12:32 AM
Matahari dah atas kepala, tapi hati aku ada semacam tak puas hati je dari tadi. Ada satu tempat lagi yang aku tak pergi, lebih tepat lagi tak panjat. Bukan ada apa sangat pun, sebab aku memang dah tau apa ada kat atas tu. Cuma beberapa peralatan mekanikal yang baru siap dan dalam proses testing. Ada pun, tujuan aku nak memanjat sehingga tingkat atas struktur setinggi bangunan 10 tingkat tu cuma nak menguji sejauh mana tahap keberanian aku menentang ketakutan.

Tapi jangan silap, aku bukan ada masalah takutkan tempat tinggi sebab aku boleh panjat pokok rambutan gading sampai ke pucuk, selagi ada tempat berpijak. Cuma, masalahnya aku sedikit gayat bila berada di bangunan tinggi. Lebih-lebih lagi kalau cuma berpaut pada handrail sebesar batang penyapu atau berpijak pada plat nipis.

Mujur, tangga menuju ke puncak tangki air ni bukan diperbuat daripada metal plate, cuma papak konkrit yang diperkukuhkan dengan besi pengadang dan juga kedudukannya terletak di sebelah dalam column, bukannya berlingkar di sebelah luar. Kalau tak, mungkin aku cuma sanggup panjat sampai tingkat empat aje kot...

Sekali dongak, memang sayup menunjal awan.
Tu yang terasa nak naik sangat.
Nak mencabar diri kononnya.

Brader ni umur dah 52 tahun.
Tapi dia lebih tangkas memanjat dan sampai ke atas lebih dulu daripada aku walau pun kami sama-sama botak dan hensem.

Kalau tak silap, itu adalan jalan masuk ke Kampung Ulu Sebauh (Bintulu).
Kata kawan aku yang naik lepas aku, kalau panjat (merangkak) sampai atas tank boleh nampak laut. 
Tak hingin aku!!!

Menghampiri minit yang ke-10, sambungan skru kat lutut terasa semakin longgar. Kepala lutut pulak dia punya goyang dah macam layang-layang. Sekejap ke kiri, sekejap ke depan. Ada karang aku berimaginasi jadi kupu-kupu bersayap silikon, terbang menjunam ke bawah. Lepas tu bila sedar, aku dah ada dalam rumah mayat.

"Bang, jom turun. Makin kuat pulak angin ni." Aku tersengih sambil pura-pura berani mengajak brader berbaju oren tu turun...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. kalau aku..memang geyat = gerun + gayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kena test jugak...

      Delete
  2. saya pun serupa .. sangat penggayat orangnya .. ada fobia yang masih tak dapat dilawan. naik kapalterbang pun sentiasa dibayangi ketakutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik flight, kena cuaca ribut. orang jiwa kental pun boleh berdebar...

      Delete
  3. teringat masa darjah 5. Panjat bangunan tangki air kat area kawasan perumahan kg Batu Hitam, sbb nak tgk view dari atas bukit. Siap duduk dan berjuntai kaki ke bawah sebelum penduduk kat situ menjerit suruh turun. Entahlah mungkin umur2 masa tu, perasaan ingin tahu tu kuat sgt sehingga tak terfikir pun bahaya.. Bila dah besar fikir semula, mmg bahaya betul kalau terjatuh. T.T

    ReplyDelete
  4. masa kecik, mencari keseronokan tu nombor satu...

    ReplyDelete
  5. Klu aku,mst mulut berbuih. Aku fobia tinggi. Gayat tak hengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tutup mata, panjat perlahan-lahan...

      Delete
  6. JR penggayat tegar. Masa kecik pernah merangkak bila meniti atas jambatan keretapi selebar 1 meter. Tapi bila dah tua2 sekarang, gayat dah kurang sikit. Pernah meniti di atas canopy di Taman Negara tanpa rasa berdebar, walau gayat masih ada sikit2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada perkembangan positif kat situ...

      Delete
  7. fuh..tinggi gak tuh..tapi respect laa brader tu..umur dah 50an pun still leh panjat tangga tinggi2..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia aktif bersukan sejak muda. tengok la badan macam atlit umur 20-an...

      Delete