GPS Itu Tidak Menyesatkan (entri banyak screen shot)

12
1:11 PM

Beberapa minggu yang agak sibuk buat aku. Cuma sempat membaca beberapa blog je kebelakangan ni. Apa pun, walau pun memainkan peranan kecil dalam membangunkan negara Malaysia ni, aku tetap tak lupa akan hutang yang perlu aku jelaskan sejak tak berapa lama dulu berkenaan dengan GPS (bukan GPRS!). Sebelum ni, aku ada terangkan serba sedikit berkaitan penggunaan aplikasi GPS dan cara nak menggunakannya dengan lebih berkesan di sini.

Tetapi, aku rasa masih ramai lagi pengguna yang baru nak berjinak-jinak menggunakan GPS ni masih lagi tercari-cari macamana pulak cara nak pergi ke sesuatu tempat tu dengan kaedah yang betul dan berkesan. Kat sini aku akan tunjuk sepintas lalu selepas menggodek fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi yang biasa terdapat dalam smart phone iaitu GoogleMap, Sygic dan Waze. Terpulang kepada kita nak gunakan yang mana satu, bergantung atas beberapa faktor.

Situasinya, kita nak pergi ke satu tempat tu contohnya rumah kenduri kahwin mak teh kita, restoran seafood yang famous atau ada family gathering. Tempat tu pulak kita memang dah tau alamatnya berdasarkan maklumat dari sumber yang lain, atau kita dah jumpa dalam peta. Cuma masalahnya, kita tak tau mana laluan yang sesuai nak kita guna. Atau lebih teruk lagi, kita ni seorang yang buta jalan. Nak pergi kerja pun pernah tersesat.

Aku harap, penerangan ringkas ni akan sedikit membantu anda di luar sana. Tambahan lagi, kalau ada sesiapa yang tahu kaedah lain selain daripada yang aku tunjuk ni, jangan la kedekut nak kongsi. Atau pun ada kesilapan dalam penerangan aku, tolong khabarkan. Takde hal punya...

~~~~~~~~~~

GoogleMap

Andaikan kita dah jumpa lokasi sesuatu tempat tu kat atas peta atau setelah carian menggunakan POI. Contohnya Jalan Tasik Prima 3/1. Langkah pertama, tap kedudukan jalan tu selama beberapa saat sampai keluar alamat atau nama jalan. Kemudian tap sekali lagi nama jalan yang keluar tu.


Satu menu baru akan muncul macam gambar kat bawah. Tap pulak kat ikon bintang supaya ikon tu menyala. Tujuannya adalah untuk menandakan lokasi tu sebagai lokasi favorite kita. Gunanya, kita boleh cari semula lokasi ni di kemudian hari.


Lepas tu, katakan la esok atau lusa kita nak cari atau pergi semula ke tempat tu. Bila dah buka aplikasi GoogleMap tu, sentuh ikon Maps kat sebelah atas kiri skrin.


Satu drop down menu akan keluar macam gambar bawah. Sentuh pada My Places.


Satu menu baru akan tubik. Lokasi yang dah kita tandakan (starred) sebelumnya akan keluar. Kalau banyak kita tanda, maka akan berderet la senarai tu. Pilih lokasi yang kita nak pergi.


Satu lagi menu akan keluar. Di sini kita akan diberi pilihan sama ada nak paparkan pada peta atau nak ditunjukkan direction ke sana. Kalau kita sentuh Map, GoogleMap cuma akan tunjukkan di mana lokasi pada peta, sebaliknya sentuh pada Direction, maka aplikasi akan buat calculation laluan yang boleh diambil.


Selalunya, GoogleMap berkebolehan memaparkan lebih daripada satu laluan dan jugak kaedah. Sama ada dengan kenderaan awam, berjalan kaki atau dengan kenderaan persendirian. Terpulang la pada anda.

~~~~~~~~~~

Sygic

Andaikan juga anda dah jumpa lokasi tujuan di dalam peta Sygic ni sama ada dengan menggunakan POI atau manual panning. Contohnya anda nak pergi Jalan Seri Kembangan 9/6.


Tap jalan tu untuk beberapa saat hingga nama jalan tu keluar dan jugak warna jalan tu di`hatching'kan macam dalam gambar kat bawah. Di sini, satu kelebihan bagi mereka yang mempunyai jejari runcing macam aku. Kalau kita tersilap sentuh, maka mungkin aplikasi tu akan tunjukkan jalan yang bersebelahan. Tapi bagi pengguna smart phone yang ada stylus pen, anda juga mempunyai kelebihan yang sama.


Kemudian, dengan jari telunjuk yang runcing dan halus tu, sentuh pada alamat yang keluar. Satu menu baru akan dipaparkan. Rujuk gambar kat bawah.

Ada beberapa pilihan yang diberikan, sama ada nak terus ke sana dengan berkereta atau berjalan kaki bagi mereka yang larat. Kat sini, aku nak tunjuk cara nak simpan lokasi tu, jadi sentuh pada Add to favorites.


Belum simpan lagi. Sebelum simpan, untuk kemudahan kemudian hari kita boleh menamakan semula lokasi itu. Dah siap taip, sentuh butang Done.


Minggu depannya pulak, atau pun nak tengok balik lokasi tu, sentuh butang Main Menu dan menu macam gambar bawah akan dipaparkan. Sentuh pada Navigate to...


Yang ni kalau jari tak berapa runcing pun takpe, manu macam gambar kat bawah tetap akan keluar jugak. Sentuh pada Favorites sebab lokasi yang sebelum tu memang dah sedia tersimpan.


Sentuh pada nama lokasi yang kita nak pergi tu.


Dan macam GoogleMap jugak, kita pun akan diberikan dengan beberapa pilihan. Pilihan Share location tu pada aku agak istimewa. Nanti-nanti la kalau teringat akan aku ceritakan.


~~~~~~~~~~

Waze

Mula-mula sekali, anggapkan kita ada nak jumpa seseorang kat bawah pokok Jalan P4 H. Setelah jumpa kedudukannya pada peta, dengan jari telunjuk atau ibu jari atau apa-apa jari pun boleh, sentuh jalan tu untuk beberapa saat.


Maka, nama jalan tu akan dipaparkan seperti gambar kat bawah.


Kemudian, sentuh butang Add.


Taip nama lokasi yang kita maksudkan. Kemudian tap butang Done.


Sekarang, lokasi tu dah sedia tersimpan. Cara nak pergi ke tempat tu pulak (mungkin hari lain), sentuh butang Menu, kemudian sentuh ikon Navigate.


Setelah satu menu baru akan terpapar. Kalau nama lokasi tu tak ada dalam paparan ni, sentuh ikon Favorites.


Sekarang, senarai lokasi yang ada dalam Favorites akan dipapar. Sentuh mana-mana lokasi yang kita nak.


Sebaik sahaja kita sentuh lokasi tersebut, secara automatik Waze akan buat calculation cara nak pergi ke sana.

~~~~~~~~~~

Macamana dengan penerangan aku? Harap faham sebab aku tak pernah masuk mana-mana maktab perguruan. Kalau offer tu pernah la, tapi aku tolak. Jadi ilmu nak mengajar tu memang kosong langsung.

Oh ya, satu lagi. Macam yang aku bagitau sebelum ni, selain daripada guna kaedah manual panning atau carian POI, kita pun boleh cari kedudukan satu tempat tu dengan kaedah mamasukkan koordinat latitud dan longitud secara manual. Yang tu pun akan aku ceritakan kemudian hari. Semoga aku tak lupa.

Sekian.

*kalau ada lagi orang masuk blog aku sebab nak cari awek kat GPRS, memang tak tau la nak kata apa...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Great sharing bro...

    Sygic aku tak pernah guna selama ni...nak try juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la. seronok jugak cuba benda baru ni. asalkan tak punah...

      Delete
  2. Kalau pergi ke tempat2 yg tak berapa mahir, biasanya anak yg guna aplikasi ni, sbg pemandu JR ikut saja arahan belok kiri, belok kanannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur dia co-pilot yang pandai baca peta, dan jugak ada driver yang cekap...

      Delete
  3. selalu gak tersalah sebut gps ngan gprs

    ReplyDelete
  4. aku sebenarnya beberapa kali dah try guna GPS tapi susah betul nak tangkap..aku jenis suka guna cara manual gak..caling...caling..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada yang di`calling' tu. aku pernah kenal dengan orang yang bijak bagi direction...

      Delete
  5. aku paling suka waze...

    best sebab comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. level paling awal, ada pacifier kat mulut...

      Delete
  6. ada GPS pon aku main blasah jer , tau2dah sampai...itu kalau tak sesat..haha, kalau sesat pon insyaAllah sampai jgk cuma beza cepat dan lambat.. yg penting selamat. penerangan yg hebat tu bro .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa. Kalau tak pakai gps ada kemungkinan tak sampai langsung!

      Delete