ICT Md Ali

10
10:17 AM
Dulu masa bos korang datang, dia komplen apasal asyik makan kuih yang banyak boleh dapat kat KL. Tapi lepas je aku bawak dia makan kat sana, tersenyum dia sampai nak balik. Senang hati. Masa makan tu pulak, memang bersungguh-sungguh la orang kata.

Md Ali ni adalah driver aku masa aku pergi Kuala Terengganu minggu lepas. Memang ramah. Kalau rajin ajak sembang, memang tak cukup tanah nak melayan dia. Pendek kata kalau perjalanan dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam pun dia boleh steady je bercakap. Pun begitu, masih lagi ramah di tahap yang sederhana. Bukannya tahap yang annoying.

Ala, apa bagi padam. Hisap dalam sini la.

Kata dia dari dalam kereta bila dia nampak aku cepat-cepat padamkan api rokok sebelum masuk kereta. Gila kau nak hisap rokok dalam kereta projek. Kereta baru pulak tu. Buatnya geng-geng bos yang tak hisap rokok dapat bau, tak ke kena tibai karang?

Tapi brader Md Ali ni rilek je offer hisap rokok dalam kereta.

Masuk petang hari ke tiga, sorang technician kat sana bawak aku pergi satu port makan yang dimaksudkan. Berdekatan dengan airport, kampus UMT dan jugak kem RAMD batalion ke entah berapa aku dah lupa, tempat ni memang syok gila. Duduknya betul-betul tepi laut. Pantai Mengabang Telipot namanya.

Sebelum kami sampai tu, sempat jugak berhenti depan rumah Md Ali (beberapa ratus meter dari tempat kejadian) ajak dia makan sekali. Bereh. Kejap lagi aku sampai naik moto!

Masa sampai tu dalam pukul 4 lebih, cuma ada empat buah kereta je yang parking kat depan warung (atau restoran? atau kedai makan?). Tapi tak aku sangka, sejam lebih kemudiannya berjujuk pulak kereta yang parking kat situ, dua-dua belah jalan.

Tengok kedai tak la gah macamana pun. Dengan dinding dan tiang kayu, atap asbestos. Tapi pelanggan mengalahkan KFC kat rumah aku bila nak bukak puasa. Mungkin itulah identiti kot. Sengaja owner ni tak nak renovate lebih-lebih.

Ohya, ICT yang aku maksudkan tu datangnya daripada perkataan `ikan celup tepung'. Makanan yang famous kat sini. Sebut je, hampir semua orang Kuala Terengganu yang siuman boleh tolong tunjukkan arahnya. Selain ikan, ada jugak sotong, udang dan keropok lekor. Apa pun, sotong petang itu adalah juara sebenar.

Bersaiz gadang, hampir menyamai pergelangan tangan aku. Dicelup dengan tepung sebelum digoreng, tanpa dipotong terlebih dahulu. Bila nak makan barulah pelanggan potong sendiri guna gunting. Unik? Ya, pada aku ini semua memang unik. Cara makan kat sini dah macam aku makan pisang goreng pulak.

Seperti mana yang Md Ali bagitau, isi sotong ni jadi lembut (tepung rangup) adalah disebabkan cara penyediaannya selain kesegarannya. Aku tak heran pun, sebab negeri pantai timur ni memang kaya dengan hasil laut sejak dulu.

Ini baru pusingan pertama. Sepatutnya sotong ni orang lain punya, tapi disebabkan Md Ali adalah kenalan owner ni (sekampung), kami yang dapat dulu.

Tu dia, tak nak ramai pulak orang yang makan kat sini.

*Tulisan dengan huruf italic adalah dalam loghat Terengganu.
*Lokasi GPS kedai ni, Lat: 5°25'40.368", Long: 103°04'22.692”

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Warung Pok Nong? Fav aku tuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti namanya sebab lupa nak tanya md ali ni. sekarang, favorite aku juga...

      Delete
  2. Replies
    1. confirm aku akan datang lagi...

      Delete
  3. kedai "biasa2" ni selalunya makanannya memang sedap2.....tengok pon rasa selera sotong tu.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang biasa2, pergi tempat biasa2, yang sebenarnya luar biasa...

      Delete
  4. Kdg2 ada kedai2 kecik yg pelanggan2 terpaksa beratur utk dpt makanan, rahsia bukan pd bentuk kedai tapi rasa makanannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai cantik, harga mahal tapi tak kena citarasa anak tekak pun takde makna jugak...

      Delete
  5. tak pernah makan lagi kat KT tapi aritu time pergi kuantan ade gak try makan ICT nie..bleh tahan gak laa sedapnya walaupun aku jenis tak suka makan ikan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada kenalan yang pernah makan kat dua2 tempat ni. dia pilih ICT kuala terengganu ni jugak...

      Delete